M.A.K.L.U.M.A.N

UNTUK MAKLUMAN SEMUA
Untuk makluman semua, masalah sambungan ke sesetengah website yang lambatatau langsung tidak tiada sambungan adalah berkait rapat dengan berita ini:-

Kabel utama ke Eropah telah terputus. Ini menyebabkan semua laluanantarabangsa ke Eropah telah dialihkan untuk melalui laluan-laluanalternatif lain seperti melalui USA.Ini menyebabkan laluan-laluan alternatif ini mengalami kesesakan danmenyebabkan laluan antarabangsa menjadi lambat.

Berita boleh dibaca di :-

http://blogs.usatoday.com/ondeadline/2008/12/3-major-cables.html

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

Perkhidmatan Internet TM terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabeldasar laut21/12/2008 11:37am

KUALA LUMPUR 21 Dis. — Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM)kini terganggu akibat kerosakan sirkit sistem kabel dasar laut yangmenghubungkan Malaysia dan Eropah.TM berkata, kerja-kerja membaik pulih kerosakan sirkit Southeast AsiaMiddle Eastern and Western Europe 4 (SMW4) antara Palermo, selatan Italidan Alexandaria, utara Kaherah sedang dijalankan dan perkhidmatan dijangkaberoperasi seperti sediakala pada 31 Disember ini.Berikutan dengan masalah tersebut, pelanggan perkhidmatan internet TM akanalami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman webyang dihoskan di Eropah, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sementara mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet(IP) yang lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasiperniagaan kritikal yang dihubungkan ke Eropah juga mungkin mengalamigangguan perkhidmatan.Untuk mengatasi masalah tersebut, beberapa laluan internet telah dialihkanke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, katanya.

TM berkata, berikutan kerja membaik pulih, trafik ke Amerika Utaradijangka akan mengalami gangguan, sementara trafik ke negara lain adalahseperti sediakala.Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih“perkhidmatan internet” atau di help@tm.com.my untuk membuat laporanmengenai masalah perkhidmatan internet mereka, katanya. - Bernama



Comments

Masviona said…
lor padan ler pun...ini puncanye ye
kojah said…
laaaaaaaaaa....yeke?thanx sis!!
adenium said…
masviona - yes... hope da[at recove soon kan.. :-)

kojah - sama-sama :-)

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London