Posts

Showing posts from June, 2013

Dinner alumni SESMA

Image
Tahun ni, aku sempat join dinner alumni sekolah aku dulu, Sek Menengah Sains Sultan Mahmud. - SESMA. tapi masa aku F1-F5, nama sekolah adalah Sekolah Sultan Mahmud. Sebelum tuh, sekolah ni dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Terengganu. Masa aku matriks (pon kat sekolah yang sama ..hmmm) ditukar lagi ke nama sekarang. event nih buat pada 1 june harituh, hmmm baru nak update kan :). Sebelum ni ada jugak buat dinner alumni nih, tapi aku tak pernah join. Tahun nih, awal2 lagi dah ada kawan2 yang beli meja. sesekali buat amal untuk sekolah, apa salahnya kan.  Batch aku yang datang takde lah ramai, satu meja plus 2 3 orang lagik jer. dan antara kitorang memang dah biasa jumpa. takde lah yang tak pernah jumpa dari lepas sekolah. tetapi yang seronoknya adalah berjumpa kembali di sekolah. rasa terharu sangat. sebab bukan sahaja satu batch, atau batch senior setahun dua atau junior setahun dua yang ada jugak lah sesekali berjumpa. malah, batch terawal, iaitu batch 1976 p

Jom Makan: Red Bean Bag

Image
Dah lama tak ada entri makan2 nih kan. #eh, entri pon dah suam2 kuku je skang. *suam ke sejuk* Seronok ada kawan yang suka explore tempat2 makan nih. Dengan mudah jer aku terjebak dengan aktiviti nih. *tidak menyalahkan mana2 pihak haha* Red bean bag nih kat Publika. Kira sebelah Ben's Publika. Kedai nih kat tingkat atas. So ada kemungkinan kurang nampak. Tak ingat apa nama makanan yg kitorang order. Tapi makanannya adalah nachos dan jugak poached eggs. Ada a few lagi makanan yg perlu dicuba nih. Nak datang lagi :) Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mizuno Wave Run 2013

Image
9 Jun 2013. Untuk Mizuno wave run ni aku ambik fun run jer. Initially aku register unt Gaza run, tetiba pospon plak. Sempat lah register unt fun run Mizuno. Yang lain dah tutup. Keadaan muka bumi putrajaya nih tak berapa nak rata. Semput lah jugak. Walaupon takde lah berbukit. Endomondo track 7.21KM yg dah aku lari dgn 1jam 0minit 57saat. Kene practice harder lah nih. Belum bersedia lagi dan belom train lagi untuk larian yang lebih jauh nnt. Next run ujung bulan ni unt SCKLM. :) Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Organ Donation Run

Image
Aktiviti larian. Larian ni was organized by HELP University. Pada 26 Mei yang lepas. Hebat jugak lah larian 7KM ni. Sebab route nya agak berbukit bukau. Lalu ikut area Bukit Tunku. Finisher medal tak dapat sebab hanya the first 50 je yg eligible hehe. Tapi dapat habiskan larian yg berbukit tu dalam masa sejam pon dah happy dah hehe. Sepatutnya next run will be Run for GAZA, tetiba organizer pospon pulak. Dah tak sempat nak register unt 16KM mizuno run pada tarikh yg sama. Tapi masa tu mizuno fun run masih open for registration. So adalah rezeki berlari untuk Mizuno fun run pada 9 Jun nanti. :) Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.