Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

Hallu....

Fuhh jenuh lah nak siapkan cerita ... dari awal tahun sampai ke hujung tahun. tapi takper lah, buat jugak lah catatan perjalanan ku itu kan.

Sambungan dari cerita Itali tu. Sampai kat London Gatwick dah midnight. so, untuk jimat accommodation  kitorang melepak (tido) kat COSTA COFFEE. ramai jer lah orang yang melepak situ tunggu pagi. sambil melepak. minum kopi makan sandwich. Best toilet kat GAtwick airport nih. sebab toilet besar. siap ada sink dalam tiap2 cube toilet tuh. so boleh hangkut troli terus dalam tuh kalau travel sengsorang.


6 MARCH 2017.

awal pagi dah ambik tiket train nak ke Victoria station. tiket agak mahal sebb dah luar kawasan kan. dalam 14++ euro. dari Victoria tuh kitorang ambik District line turun kat Hammersmith. then ambik tube Hammersmith and City line ke Shepherd's Bush Market. sampai ruma reaht2 kejap sebelum keluar merinda ke kota London.

Kira harini last day lah kat London sebelum balik esok. Harini gi Oxford St, gi semula HRC . kira hari nih jalan2 makan2 minum kopi jer lah. sempat jugak singgah TAZA lagi sekali. 


Satu tempat yang mesti singgah jugak kalau gi london/UK adalah sports direct. haritu baru sempat ronda-ronda area white city. kebetulan Sports Direct situ nak tutup dan buat clearence yang giller-giller. fuhh mula lah rambang mata. tapi mengenangkan luggage yang dah sangat padat tuh maka, bertapis-tapis lah jugak membeli. 

Area Shepherd's Bush Market nih makan memang sangat senang. merata kedai halal. samapai tatau nak pilih makan apa. Actually kat London or UK semua nih memang senang sangat makan. KFC ..subway halal pon ada. tapi haritu tak sempat jugak nak pergi kedai makanan melayu kat sana. ok next trip lah. hehehe




7 March 2017.

Last day in London. Flight malam nanti. tapi my travel buddy dah malas nak jalan jauh2 since dia dah aim few thing kat area white city tuh. lagipon nak kene packing elok2 jugak lah barang tuh. sbb asyik ada jer pertambahan barang kan. kitorang decide lepas zohor nak gerak le Heathrow dah.

So pagi tuh kitorang menapak area Shepherd's Bush market jer lah. sambil minum kopi dan try Fish and Chips. aku memang suka Fish n Chips salt and vinegar. Masa gi UK dulu kawan perkenalkan. terus rasa macam best hahaha. satu lagi kedai yang suka masuk adalah PoundLand atau any kedai 1 pound hehehe. Selesai shopping bagai kitorang balik packing lagi sebelum gi airport.




Boleh tahan jugak lah mengangkut barang ke airport. sebab kene tukar 2 ke tiga train ntah. tetiba dengan confidentnya the last train to Heathrow tu boleh pulak tersilap ambik yang tak ke terminal 4. tatau lah excited nak balik atau taknak balik tuh heheh. tapi just turun mana2 station dan ambik train lauluan yang sama tapi stop kat terminal 4 ajer lah. 


SAmpai kat heathrow, sempat lah tukar VAT etc kan. lepas masuk terminal pon sempat lagi last minute shopping. Flight LHR - KUL MH01 kul 9.35 malam.  Sampai KLIA kul 6.35 ptg 8 March 2017. so selesai citer #UKtrip2017 #Europetrip2017


Biasa aku buat trip nih tak plan lama. takde lah bertahun nak beli tiket bagai yang ni pon tak sampai 3 bulan dalam 2 bulan jer kot ke tak sampai. beli ticket, terus confirmkan itinerary, booking hotel dan beli local train/bus ticket.

Costing untuk semua tu takde lah nak berlumba paling rendah antara korang buat. tapi cukuplah kalau harga terendah yang dapat cover accomodation food transportation semua tu secara economical dan practical. 

Tetiba rasa dah lama tak cop passport. skang pon masih takde plan kemana-mana pon dalam masa terdekat. tambah pulak sekarang susah nak cuti. so tunggu jer lah ada rezeki lain nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam