Posts

Showing posts from 2013

Selamat Datang 2014

Selamat tahun baru. 2014.

nih mesti ramai dok senaraikan azam. sambil tgk azam apa yang dah tercapai dan tak tercapai kan. hehe. azam aku  tahun nih? hmmmm, azam aku supaya semua perancangan 2014 mencapai sasarannya. azam dan perancangan nih tak sama kan.
selamat tinggal 2013. abadikan semua kenangan manis. kenangan pahit menjadi sempadan supaya ianya tidak berulang pada 2014. 
ok lah korang, semoga 2014 akan lebih cemerlang dari tahun sebelumnya :) selamat tahun baru!

Kopi: CBTL

Image
Salam Kopi.
Hmm korang kata aku asyik gi kedai kopi fave je kan. *aku yang kata korang kata. Padahal korang tak kata pon hehe*

Baru nih dpt list of kedai kopi yang menarik perhatian aku. Baru 3 dlm list tuh yg aku dah gi. So plan tahun nih nak buat coffee hunting lah hahhaaha. Dah start harinih pon sebenarnya.

Long friday break. Kesejukkan dlm aircond. Pagi tadi minum kopi itam kosong je. So terasa nak makan scone. Terus terpikir CBTL (coffee bean tea leaf).

Drink: double choc latte.
Hmm it's not mocha. Not cappucino. But double choc latte. Great taste! Latte mix with the choc. U can taste sweetness of choc in latte. Tak lah manis kan. No syrup added I suppose. Agaknya lah.

Eat: mum's scone.
One of best scone in town kat CBTL. How to explain how scone taste erk? I alway refer it as bantat cake hehehe. I have totally no idea why this scone being so famous. Hahahha.

Ok itu jer :)

*live from CBTL TTDI*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celc…

Good morning :)

Image
Hujan rahmat selebat-lebatnya pagi nih. So aku delay kan sket waktu untuk keluar rumah pagi nih. Korang dah breakfast? Aku bfast awal pagi nih. Left-over homemade scone dgn kopi o kosong. Bliss! Pepagi hujan minum kopi o.
Have a nice day everyone :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hasil pisang.

Image
Aktiviti baking adalah salah satu aktiviti yang sgt seronok skang nih. Tapi simple baking lah. kekadang tgh stress buat keje boleh stop baking kejap. Haha. Dah kata simple tuh, tak perlu nak keluarkan mixer bagai lah, semua boleh mix dengan tangan jer.

Pisang adalah buah fave plak skang nih, ada jer stok pisang unt bfast. Biasa beli pisang dole je kat supermarket tu. Pisang lain tak kenal. Tapi kalau sesekali transform pisang nih unt jadikkan sesuatu yg lebih menarik pon ok kan. Tambahan pulak aku mmg kene kurangkan pengambilan bahan yang ada gluten (apa itu gluten sila google hehehe. Nnt lah aku buat entri lain). Kalau ikut jgn ambik langsung unt nak hidup sihat selesa, tapi apakan daya aku dikelilingi oleh makan bergluten yang sedap2 semuanya *hmmm alasan sangat kan*. Mana2 yang ketara mmg aku tak ambik lah macam roti pasta mi etc. Cuma kalau teringin sgt. Dan aku pernah jugak totally on gluten free diet for 6 months, traces pon tak usik. Eh, aku nak citer pisang ke gluten nih.

Merah-merah delima

Image
Kenal buah delima? Hahaha soklan tak agak2 plak kan. Lately aku selalu jer ada stok delima. Sebb ada supplier. Hmmm supplier lah konon kan.

Buah delima nih kat pasar malam kan murah, 3 biji rm5. Tapi kalau setakat nk gi pasar malam semata2 nak beli delima 5 10 ringgit. Adalah tidak rajin. Aku kan tak suka nak gi tempat crowded tanpa tujuan. *tujuan unt beli delima tak cukup kuat hehe* . Tapi skang ada kawan yang suka gi pasar malam, so senang lah, kirim jer. Abis stok delima order jer. Hehe.

Al kesah, selama nih aku selalu lah tertanya-tanya, kenapa panggil merah delima. Sebab selama nih, buah delima yg aku makan warna putih ala2 merah gitu je. Ni baru dpt jumpa delima yang merah. Memula tuh sgt excited gak lah, sbb baru tau kenapa org panggil merah delima, sbb warna merahnya yang cantik. *owhh merah memang sentiasa cantik* hehe

Sejak simpan jer stok delima nih, ada lah 2 3 kali dah jumpa delima yang kaler merah cantik nih. Basically rasa yang putih tu pon manis cam lebih kurang gak…

Jom Makan : Nando's

Image
Acara makan. Jumaat harituh ada borak2 ilmiah kononnya. So sebelum discussion ajak dorang makan kat Nando's since aku ada satu voucher Nando's dpt masa SHAPE run arituh.

Nampak macam siket jer order. Tapi bersungguh2 kitorang makan meal memasing, so dah susah nak habiskan side dish. Aku makan quater chicken dan order potato wedged dan mash sweet potato. Dorang order wrap dengan nasi. Sedap gak nasi tuh. Hmmm aku sgt teruja nak order mash sweet potato tu, end up rasa macam tak best sgt. Macam kalau sweet potato tak buang kulit bebetul kan ada rasa macam getah2 sket pahit. So kene try lagi. Mungkin kat lain ok.

Lps makan melepak kedai kopi untuk discussion.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MKH Putrajaya International 12 Hour Walk 2013.

Image
Acara jalan kaki 12 jam. Ini tahun kedua aku join acara nih. Acara bermula 8pm(7 dec) - 8am (8dec).

Selama 12 jam tu berjalan lah semahunya mengelilingi PoJ, dataran putrajaya tuh. Satu pusingan 1km so buat lah seberapa pusingan yg mampu. Unt perempuan 28KM baru entitle for medal, lelaki 34km.

Tahun nih aku buat 40km. Berbanding tahun lepas 32KM. Ini memang acara takde kerja cari kerja. Hahaha. Tapi kalau dah mmg nak buat, mmg kita buat. Takde saper paksa tak tido malam dok join mende nih. Opppsss aku tido gak. Heheh.

Lps dah cukup 28km mmg sgt sakit kaki. Kira dah bleh dpt medal dah. So aku decide nak stop dulu, rehat dan buat lah apa2 yg patut. Gi kat kereta konon nak tukar kasut. Keadaan dlm kereta ada bantal , terus terpikir nak tido kejap. Kejap katanya kan. Sekali 2 jam!!! Bila terjaga terasa kaki sakit gak lah lagi. Tapi rasanya kalau jalan pakai selipar ok kot. Bangun lah basuh muka etc. Kat kol 5 jugak jalan semula. Dlm kol 6 aku stop lagi, masa tuh dah 35km. Memula i…

Nak kasutttt

Image
image: google nak beli kasutttttt. nak beli kasuttttttt. nak beli kasuttttt. nak beli kasut sekolah. saja lah, rasa nak pakai kasut cenggini gi sekolah. normally pakai kasut HP jer. sejak dari keje dulu tuh jer lah kasut yang dalam lingkungan kemampuan.

dari harituh dah nak beli kasut nih. cantikkan kaler merah nih. tapi pada usia ini, hmmm macam tak sesuai lak nak pakai kasut kaler nih gi sekolah. *walaupon hati cakap, apa ada kesah.kannnn* *hmm nnt ada yang kata tak sesuai kot gi sekolah pakai kasut cenggini - again apa ada hal kan* aku gi sekolah pakai sempoi jer, jeans ngan kemeja. paling suka kemeja belang2 dan kemeja kotak2 atau kemeja putih hehe.

tapi aku memang akan beli kaler lain lah, walaupon hati nak merah. dari sehari ke sehari nak gi tengok kaler etc. tapi budak sekolah takleh selalu gi shopping mall kan hehehe. owhhh tak payah lah susah2 nak gi shopping mall bagai kalau nak beli sepasang kasut jer. shopping is just a click away! memula tu nak google kaler yang ada jer. h…

TM Fan Run 2013

Image
TM Fan Run 2013 - 1 Disember 2013. Larian sebagai tanda menyokong atlit kita ke Sukan SEA nanti. Syabas kepada rakyat Malaysia yg menyokong.

Menteri KBS yang baru sangat sesuai dengan portfolio yang beliau terima. Sentiasa turun padang semasa aktiviti sebegini. Malah kadangkala turut menyertai acara terebut. Syabas YB.

Larian terakhir tahun ni. Tahun depan plak sambung. Larian macam biasa lah. Kalau ada bukit2 sket jer memang tercungap2 hehe. Tapi kadar bukit tak lah teruk macam ParkCity Run.

Semoga atlit2 negara akan perform dgn baik nanti. Malaysia Boleh!

*next week last event untuk tahun ni, acara jalan kaki* :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lari...Lari...Kita lari...

Image
Halluuu....
Meh nak citer sket preparation untuk aku join HM PBIM harituh. training takde lah hebat sangat. tak larat sebenarnya nak lari jauh2. berangan jugak nak buat LSD at least 30KM macam orang lain. tapi kemampuan tak ada.
sebenarnya kan, nak buat apa saja kita kene tau macamana nak buat lah kan. dengan kata lain, tak boleh lah main redah jer sebanarnya. kene belajar jugak.

aku skang giller kat kasut sukan lah. kalau dulu beli kasut ikut warna kesukaan, jenama fave, yang nampak cantik. bukan semua kaki kasut sesuai untuk semua kaki. pakai kasut nih almost 20km baru kaki sakit. hmmm ok lah kan. tapi kene belajar lagik lah apa yang tak kene. orang lain boleh lari 42km ok jer kaki kan, hehehe
beli botol air tuh. nasib baik tak beli yang 4 botol hehe. kadang2 aku bawak pouch jer bila berlari. tapi aku beli nih memang sebab aku dah register HM lah harituh. konon nak bakar semangat untuk training lebih, so macam-macam nak beli hehe. pakai nih best lah sebab tak bouncing. 
compression …

Keropok

Image
Ada tak yang tak suka keropok ikan. Hmmm aku memang hantu la. Tapi aku makan yg best je. Sbb aku kan tak suka cicah sos. Sedap dalam erti kata tekak aku adalah yang ala2 dalam gambar nih lah. Yang putih melepak kembang setaman aku telan time kebulur jer lah. Hahaha

Orang tranung panggil kepok. Sebut elok2 kalau KEPO'K tu jd mende lain.

Takde keje betul ke aku nih. Gambar kepok pon nak buat entri hahhaha.
Errrr chow ye. :p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Larian ParkCity 2013

Image
Ahad 24th November. Larian di kawasan yang tenang tetapi berbukit. Psyco tau aku rasa kalau lari anti gravity nih hehehe.

Starting dengan finishing adalah mendaki. I nih dah lah stamina ala2 jer. Tercungap2 lah kan. Masa kat info cakap ada satu water station at the top of the hill, kat km 5.5, hahhhhh mmg on top of the hill betul hahahaha. Tapi apa lah sgt kan, tak de masalah, jalan lenggang kangkung je lah. Haha, janji abis.

Medal lawa, kaler2. Aku ambik yg 10km jer. Ada 5km dan 3km jugak kot. Lps tuh acara untuk kids, 2.2km , 600mter etc.

Kalau ada duit banyak, maunya aku carik tempat kediaman kat kawasan nih. Kawasan kediaman terancang. Cantik. Aku suka kawasan macam nih, tapi kemampuan kurang.

Ujung minggu nih ada satu lagi larian. TM Fan Run.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penang dan Makan

Image
Makan dan Penang. Penang dan makan. hmmm, acara makan2 adalah satu kewajipan. kunjungan ke penang kali nih, kesah makan sangat pelbagai. bukan sekadar kari. hehehe...

nasi putih dan ayam halia/sos tiram. hidangan dalam bas. not bad. sebab tak pedas. skang kalau tak pedas ia adalah sedap. i cannot take spicy food anymore. haiyooo, kalau makan pedas, sendiri tanggung lah. owh ya, aeroline ada lah bas rasmi aku ke penang skang nih hehehe.
sampai Queensbay mall sementara tunggu kawan, sempat minum white choc mocha with cranberry topping. hmm siap ambik whipped lagik. dengan try the new cake tuh, MIDORI namanya- delicious with toffenut katanya. tapi aku rasa biasa jer. i lurve pisang more :p
kemudian gi dinner kat kedai Thai atas queensbay tuh jugak. Golden triangle kalau tak silap namanya. kawan aku order nasi goreng nenas, aku nasi goreng belacan. sedap nasi goreng belacan tuh, dah lah tak pedas. 
sessi breakfast. pagi sabtu tuh, kawan aku ada kerja sket kat youth park. so, sambil buat s…

Jom makan: Rahsia kopitiam

Image
Rahsia kopitiam Bandar Baru Bangi. Dekat dengan gateway Bangi, belakang petronas.

Niat asal nak makang foul madammas a.k.a kacang pool tu lps kawan dok citer. Bila tgk menu bleh plak ajak kawan share nasi ambeng tuh haha.

Kacang pool tu sedap. Macam sikit plak portion dia. Hmmmm tamak! Hehe. Tapi nasi ambeng tu biasa je. Takde special lah aku rasa. Macam makan yg lain gak.
Owh ya, kalau korang tau nasi beriani anje, kat dpn kedai tu lah. Masa dtg makan ni anje tutup. Hmmm hari apa sebenarnya tutup pon tatau. Kekadang friday tutup.

Eh tercerita kedai lain plak. Rahsia nih baru bukak lagi. Ada a few lagi menu yg nampak menarik. Nasi lemak! Next ti ai cuba ye.

Hidup untuk makan. Makan untuk hidup.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.