Posts

Showing posts from August, 2013

Catatan Perjalanan : Ho Chi Minh (ii)

Image
cerita basi, dah nak travel ke tempat lain pon, cerita nih blom abih cerita . hehe   Day 3 Sambungan kesah ke HCM. sangat takde masa nak cerita, berkurun jer entri nih dok dalam draft. ok, hari ketiga kitorang kat HCM, trip pergi ke Delta Mekong. Jauh jugak dari HCM city tu. about one hour jugak sehala. hah pagi nih aku bangun on time lah, takde lah lewat lagik. lepas breakfast terus kitorang mulakan perjalanan. tidor bangun jugak aku dalam coach tuh.  Basically trip nih nak bawak round naik boat lah sambil lihat kampong dorang. boat kitorang hanya kitorang 5 orang jer. best lah kan. jmemang best trip nih. sebab takde lah dibawak ke tempat2 yang kitorang taknak pergi dan tourist guide pon ok.  So, kitorang dibawa dari satu kampung ke satu kampung. kampung yang mula2 tuh kitorang tengok perusahaan lebah dorang. sesambil tuh bleh tgk lah suasana kampong dorang. lebih kurang kampung kat tempat kita jer lah. then ada bawak naik sampan. memula tu tak berapa nak suka. aku ka

Rebate!

Image
Korang tau tak pasal rebate touch n go? Tak kesah lah tau ke tidak aku nak cakap gak. Actually kalau korang bayar tol guna kad touch n go at least 80 kali sebulan, korang bleh dapat 20% rebate. Normally aku dapat dalam rm40 jer lah. Jarang sgt kot dpt lbh dari. Ada gak sekali dulu dpt lbh kurang rm70. Tapi kali nih, bulan Julai baru nih lah, sbb dok travel utara selatan utara, so dapat rebate lebih. Bulan sebelum tu dok menghala selatan timur , tak banyak sgt pon dapat. Terkejut gak bulan Julai punya rebate dapat rm 91 . Hehe Ok lah jugak kan, saper nak bagi. Aku memang pengguna tol tegar. Kalau ada pilihan yang memudahkan, memang pilih yang mudah lah. Tapi skang mostly guna jalan ber tol pun tak berapa nak mudah sgt gak kan. Dah banyak sgt kereta kat jalan raya agaknya. Apapun jadi lah pemandu yang berhemah. :) Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jom makan: Ma' Cik biryani

Image
Hallo korang. Ketandusan makanan dah blog nih lately kan. Owhhh jangan buat spekulasi sendiri mengatakan aktiviti makan aku berkurangan sebab beriya jaga makan. Tiada apa2 makna disitu. Makan tetap happening, cuma tak dipaparkan untuk tatapan korang. Tak abis lagi sesi makan2 kan. Ok, ini kononnya perjumpaan raya bebudak sekolah. *mahasistua**tua ker? Err tak lah* tapi last minute kitorang jugak yg muncul. Biasalah, kitorang nih last minute tu kekadang ada je panGgilan pulau. Konon nak mood raya, pilih nak makan beriani. Biryani? Macamana eja sekalipon korang tau lah apa yg aku nak sampaikan. Masa memula dengar ' jom jumpa kat MA'CIK BIRYANI' terus dok terpikir nih org melayu punya masakan lah nih. Beberapa jam sebelum pergi sempat google nak tgk menu, skali dengan sejarah skali dapat. Kedai nih kira konsep baba nyonya. Kenapa serve beriani sebagai makanan utama? Sbb owner punya fave. So owner nih belajar masak etc, so cenggitu lah serba sedikit ceritanya. Dalam kedai nih b

Duit raya

Salam aidil fitri. Masih dlm bulan raya kan. Hehe Terkenang masa zaman kekecik, seronok raya sebab dapat duit raya. Zaman tu bukan lah org bagi banyak pon, tapi seronok kan. Tapi zaman sekarang, bebudak tak tau kot zaman kita dulu dpt duit syiling jer. Skang takde dah kot yg bagi duit syiling. Paling takde sgt pon singgit kan. Yang lebih afdal sedekah lah masa bulan puasa. Tapi sedekah di bulan syawal, boleh juga. Ada yg kata, tak payah lah bagi duit raya, takde bajet. Lain orang lain katanya. Bagi aku, nak bagi duit raya bukan nak tunggu banyak duit. Sebab takde duit jugak lah aku bg duit raya. Bagi ikut kemampuan. Kalau korang bagi kat org dah banyak duit, mmg lah takde nilai. Nih sedekah kat budak2, dorang mesti happy kan. Menggembirakan org kan baik. Bagi duit raya ada yg kata ikut amalan agama lain. Biasalah, lain orang lain lah katanya. Apapun, bagi aku bergantung pada niat jugak lah kan. Seronokkan, bila tgk kanak2 kira duit raya. Dorang pon seronok dapat duit r

Salam syawal

Image
Salam Syawal. Salam aidilfitri. Macamana raya korang? Jangan tanya raya aku. Hehe. Lamanya tak aktif bercerita kat sini kan. Kadang2 sibuk, kadang2 malas. Padahal ada jer entri pasal menjelang syawal, tapi sbb tak habis cerita, dah syawal pon tak publish. Takpe lah, panjang umur untuk menjelang syawal akan datang lah plak. Tajuk syawal, gambar kopi. Biasalah, lepas berpuasa nak kopi lah kan. Bulan puasa jarang minum kopi. Jarang sket lah. Ni penangan kopi jugak kot boleh buat entri at this hour. Tahun nih syawal is about makan. Apa yang aku tak makan? Macam semua pon makan. A day before syawal dah pekena lemang dan serunding. Sempat jugak berbuka dengan bubur lambuk. Banyak dah rasa bubur lambuk sana sini, setakat nih, bubur lambuk versi terengganu tetap dihati. Sate, nasi impit dan kuah kacang bestnya kan. Nasi dagang pon ada lah kalau dah beraya kat dungun. Nasi minyak pon 3 version aku makan pada raya pertama. Tak masuk lagi ketupat lemang dan seangkatan. Lontong pon ada. Nasi lemak

Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Salam Aidilfitri kepada semua yang selalu berkunjung ke sini. Dari jauh ku pohon maaf jika ada entri2 aku yang secara langsung atau tidak langsung *sengaja atau tidak sengaja* menyinggung atau mengguris perasaan korang. maklumlah, aku pon manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan macam korang jugak :). Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.