Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Itali
Fuhhh.... berzaman dah cerita nih, tapi tetap lah jugak kene letak sini, untuk kenangan dan rujukan di lain masa. nak sambung part ke Itali
Actually hazab jugak aku nak plan gi Itali ni. sbb banyak tempat yet time sangat limited kan. nasib baik my travel buddy nak gi Italy. so we had a great experience kat Italy. walaupon pada mulanya macam susahnya nak carik route yang terbaik dengan harga terbaik. Basically aku selalu buat plan last minit jer travel nih. skang lagi lah susah nak plan dan kerja ni. stress jugak disitu.
3 March 2017.
Lepas Breakfast pagi tu, kitorang menapak ke nearest train stop (Wilderswil) untuk ke Interlaken OST. dapat complementary tix dari hotel. Sayang nya nak tinggalkan Interlaken nih. INsya Allah aku pasti datang lagi. Harinih nak terukan perjalanan ke Italy.
Dari Interlaken OST kitorang ke Spiez, kerana TRENITALIA boleh ambik dari situ. dalam perjalanan tuh boleh nampak LAKE THUN dari dalam tren. so walaupun takde rezeki naik boat, tetap ada rezeki lihat view yang cantik.
Sementara tunggu our next tren, ke Firenze a.k.a Florence kitorang sempat lah melepak tgk view kat Spiez nih. Cantiknyaaaaaa.
Banyak city yang kitotrang tatau nak singgah mana sebenarnya. memandangkan my travel buddy ok jer apa yang aku plan, so..... kitorang singgah bermalam di Firenze. sebelum tu ada tukar train kat Milan. Milan ni kota Fesyen, so aku pass jer lah bandar nih. hahahaha. padahal banyak jer attraction kat situ kan. Dulu ada juga berangan nak gi conference kat Florence ni, so suka2 jer aku stop by situ. Plus ada HRC kat situ kan hahaha. so basically singgah semalam jer lah situ. betul2 untuk tidur.
Ni kat Milano Cetrale. eh ye ke, main station Milan. Crowded giller. singgah kejap jer sini. dok melepak sambil carik pharmacy jer. since tangan aku dah luka2 sbb cuaca sejuk sangat kan. Tren kat itali ni aku rasa macam panjang sgt jer. lagi pulak, kalau beli siap ada seat no. so memang kene siap2 tgk coah mana lah kan. kalau tak aku jarang beli tix dengan seat no.
Bila dah jumpa Lorong tu, sampai betul depan building tuh, tak reti nak baca sign yang ada kat building tu. Fuhh inilah pengalaman kan. dan pengalaman jugak naik lif yang biasa tengok dalam cerita omputeh tuh. (gambar-gambar kat atas tuh). hahaha, serious aku ingat takde dah lif macam nih. tapi ok jer. sebab dorang memang maintain dengan baik.
Lepas check in terus membuka bekalan. Brahims time!!! .... hotel2 kat Italy nih ada tax yang ala2 tourism tax ke apa ntah panggil. kira per head. dalam 5 euro or less gitu lah. kalau ikut hati. lepas makan tuh macam nak tido jer kepenatan. dan my travel buddy memang tak nak kluar dah. so aku berkira-kira lah ni nak keluar sorang jer. tapi last2 dia tukar fikiran. ye lah kan, dah lah singgah bermalam jer. kene lah menapak tengok keliling jugak kan.
Fuhhh.... memang tak menahan lah. dalam sejuk2 ...malam2... sempat jugak merasa gelato yang memang famous kat Italy nih. so malam tu sempat lah mencari HRC jugak. kira tempat wajib lah jugak kan. aku kan mana ada shopping2 kalau travel nih. so ini jer lah kenangan.
4 March 2017.
pagi nih weols nak teruskan perjalanan ke PISA. so, pagi tuh siap awal2, letak bag kat hotel. kitorang menapak mencari apa2 yang patut. malam tadik dah merasa gelato. so takkan lah peminat coffee tak merasa kopi di ITALY kan. kitorang breakfast kat nearby cafe - coffee dan pastry. kalau tengok gambar bawah ni 2 coffees dan doughnut besar best dan croissant ni tak dalam lima ringgit jer (read: 5 euro).
Dalam jam sebelas, kitorang meneruskan perjalanan ke PISA Centrale. macam biasa. samapi train station uruskan left luggage. sebelum terus carik bas etc. kat italy ni kene hati2 lebih sikit memang banyak pick pocket. biasa kalau kat sini kita rasa warga kulit hitam tu yang selalu dengan kes jenayah nih kan. tapi kat sana tak jugak. dorang nih ok jer mostly. hati2 dengan minah2 gypsy tuh tau. masa naik bas tu aku blom sempat nak alihkan bagpack kedepan terus driver bas ingatkan aku. so, korang bayangkanlah. so kene hati-hati lebih lah ya.
kalau dari Pisa Centrale nih nak ke leaning tower of PISA tuh kene beli ticket kat tobacco shop kat station tuh jugak. dalam 1.20 euro jer. lupa dah bas apa. tapi bgtau jer nak ke PISA tu. masa dalam bas bagitau jer nak turun masa. tapi basically memang ramai jer orang nak turun kat PISA tu.
Dah sampai Italy nih macam2 italian food lah kitorang cuba... sebelum aktiviti bergambar kita isi perut dulu. memang sini jer yang kitorang nak pergi harinih. tapi nasib tak baik mana lah kitorang harini. sebab lepas bergambar2 bagai hujan. puas lah bergambar kan. so just melepak2 area situ jer. sambil beli souvenir. sebelum ke PISA centrale tu kitorang melepak kat McD dulu sambil minum kopi etc. menarik giler M Cafe dia hahaha.
kat luar PISA tuh..(bangunan condong tu)... banyak porang jual souvenir dan makan2... banyak bangla dan black jugak kat sini. tapi depa ni jual takde lah paksa 2 nak suruh beli. so rasa selesa lah nak menelek sebelum membeli. dah semalam dah aku perasan, masa kat Florence tu. dorang jual tapi takde annoying macam kat paris etc tuh.
Malam tu, kitorang teruskan perjalanan ke ROME. sampai Roma TERMINI dalam jam sebelas. aku memang dah bgtau sesiap hotel akan tiba by midnight. so sampai stesen beli dinner sket kat McD. kat station nih kadang2 korang boleh jumpa orang yang ditugaskan membantu kita yang tatau arah nih hahaha. legal lah dorang ni. maksudnya, kalau uols tunjuk or tanya arah mana nak tuju. dorang tolong lah. perlu tau... ye lah kat stesen tu kang tatau pintu mana nak keluar yang dekat sengan hotel. pintu kiri ke kanan.
so hampir tengah malam tu, kitorang menapak cari hotel. dalam almost 1km jugak lah hotel tuh kot. tetiba macam nak sesat. dalam dok berjalan ikut arah google map nih. ada lah sorang mamat hensem yang menegur aku... tanya nak gi mana. luckily dia cuba permudahkan pencarian kitorang.
eh cop... Italian nih memang hensem2 lah. ala2 Jon Bon Jovi jer. sejak dari MILANO Centrale lagi aku perasan hahaha. dan ramai yang hensem dan baik pulak tuh aku jumpa. terus suka ngan ITALY. selain banyak pick pocket tuh lah kan. itu tak suka.
dah jalan sampai depan hotel yang kitorang sepatutnya menginap nih. dah reti baca sign kat dinding. tapi ada masalah lain pulak. call hotel tuh tak berjawab. owh ya, kalau budget hotel kat sini biasa letak dalam bangunan yang uol kene ada kunci nak masuk dalam compund tuh. kebetulan ada orang nak masuk dalam building tuh. so kitorang tumpang lah sekali.
tapi hotel tuh dah tutup pon. dan takde pulak nak letak kunci atau notes untuk kitorang. call pon tak berjawab jugK. Adoii... dah lah letih dan lapar nih. last2 aku decide nak carik hotel lain jer. atau worst come to worst, nak tido kat ROME TERMINI jer lah kan.
masa menapak ke arah ROME TERMINI sambil nak carik hotel ada sorang pakcik nih tegur kitorang. tanya carik hotel ke. dia ajak tido kat hotel dia katanya. Fuhhh cuak jugak lah kitorang kan... cuba ko banyaangkan kalau kat Kl ... area2 banda besar celah2 lorong tuh dah past midnight. korang rasa......???? hahaha. pakcik tu kata 50 euro semalam. biasa lah budget hotel kan. aku cakap kat pakcik tuh kitorang nak tengok bilik dulu.
so pakcik tuh suruh anak dia uruskan kitorang. bila naik tingkat 3 tengok bilik.... fuhhhh.... cantik kot bilik tuh. terus jer setuju. so aku turun setllekan bayran kat bawah. then pakcik tuh kata. esok turun breakfast kat restoren. rupanya memang pakcik tu uruskan restoren dan hotel situ.
dan malam tu jugak aku terus email booking dot com bagitau keadaan kitorang. response booking dot com sangat pantas. katanya, sementara dorang contact hotel, apa yang kitorang nak dorang buat untuk kita. tanya jugak sama ada kitirang dah ada bilik ke etc. so aku bgtau yang kitorang dah stay kat hotel lain dan mintak dorang cancel kan hotel tu tanpa surcharge. esok nya dapat respon semua dah ok. bagus jugak service booking dot com ni.
5 March 2017.
Hari terakhir di Itali. pagi tu, lepas tinggalkan beg kat hotel tuh. kitorang turun breakfast. simple breakfast. Biskut,Croissant , kopi dan juice. cukup lah buat alas perut sebelum nak carik makan lunch nanti.
1st destination pagi tu ke Colosseum. kat sini ada jual ticket yang 24 hours untuk round town nih. sama jugak macam haritu, kne beli kat tobacco shop. kalau nak ke COLOSSEUM ni kene ambik metro B (biru). kalau dari ROME TERMINI ni 2 station jer. sampai2 jer tak perlu jalan jauh memang depoan mata jer Colosseum nih.
Ramai plak orang haritu. hmmm ada ke hari yang takde orang. haritu boleh masuk free. tapi q panjang giller. dan kalau nak masuk cepat kene banyar lah jugak. tapi memandang kan masa yang sangat terhad, kitorang tak masuk pon. bergambar lah puas jat situ.
lepas tu kitorang balik semula ke ROME TERMINI dan tukar train line A pulak nak gi ke Terri Fountain. 2 stations jugak kalau dari ROME TERMINI. tapi dari stesen nih jalan jauh jugak lah nak ke fountain tuh.
Tapi kalau turun stesen nih memang boleh jalan2 few places jugak kat situ. macam Spanish steps dan HRC hehehe.
tak ketinggalan beli gelato yang memang sedap tuh.
Kitorang dah janji nak collect bag kat hotel kol 3. sebb pukul 3 restoren tutup dan dorang akan bukak balik dalam kol 7. lepas collect bag tu kitorang gi cari souvenir kat tepi2 jalan tuh. sambil lunch kat tepi ROMA TERMINI tu jugak. memang banyak jer kedai makanan halal kat sini.
Makan sambil rehat2 kan kai jugak. biasa lah travel bagpack gini memang penat lah kan. lepas ni kitorang nak kene ko airport pulak, (Fiumicino) kat Rome ada 2 airport. dari Fiumicino ni kitorang ambik Norwegian Airlines ke Gatwick Airport London.
Untuk nak ke Airport nih boleh ambik bas dekat tepi ROMR TERMINI tuh, mesti akan nampak orang beratur panjang. stress pulak nak tunggu bas kat sini, sebab dorang tak reti nak beratur. tambang bas dari ROME TERMINI - FIUMICINO dalam 5 euro jer. tapi dah 2 bas bas terlepas dan bas ketiga takde nampak bayang nak dapat. nak berebut dengan dorang dah lah beg berat yang hamat. so we decide untuk bayar mahal tapi selesa lah kan. kitorang beli ticket Leonardo Express ke airport. tambang 14 euro kalau tak silap.
Flight malam tu kol 10 lebih ke London. masa kat airport tuh dah beriya nak tukar VAT kot2 Brexit nih kang apa yang beli kat europe takleh pulak tukar kat UK kan. rupanya boleh jer. few years lagi baru depa laksanakan.
Dalam flight tuh kira ambik peluang untuk tido lah. .....
ok... ada sket lagi sambungan.... lepas nih ye...
Comments
Lihatlah juga videonya di Youtube https://youtu.be/pg1apQjPrkY