Posts

Showing posts from September, 2013

SCKLM 2013

Image
SCKLM 2013. Lari jugak ahad 29 September, lepas ditunda dari June Haritu sebab haze. Ini larian yg memang sesak lah kalau 10KM. Sebab memang ramai yang participate. Ye, aku masih lagi lari 10KM jer.

Kalau nak ikut sejarah larian, aku mula join larian nih SCKLM 2012, join fun run jer. So tahun lepas takde medal hehe. Tapi tahun nih tak banyak medal lah, sbb ada a few masuk yang medal disediakan bukan untuk semua finisher.
Biasa timing aku lari, ngam2 jer lah dgn masa yg ditetapkan. SCKLM nih pon aku ambik cruise jer, tak mampu nak ambik speed. Kalau ambik leisure lambat sgt pulak mula, nnt panas *hehe, berkira tau* TAPI, dalam sejarah larian 10KM aku, ini lah masa yg paling buruk direkodkan. Nak nanges! Macam mana nih.

Insaf kejap. Terus risau sebab aku ada register untuk HM ni *tak agak2 kan hehe* Dah lah October aku takde join mana2 larian pon. *sempat ke, amatur macam aku nak training dlm masa sebulan nih?* apapun, Jom lari hehehe

Status kat FB hari ni ramai pasal SCKLM. Ramai…

Pisang

Image
Banana pie! Suka lah. *apple pie tak suka. Hehe* dok ikut kawan gi drive tru mcD ternampak ada banana pie, dah kenyang pon tetap beli hehe.

Aku memang suka lah mende yang berasaskan pisang nih, kek pisang, lempeng pisang, cekodok pisang, kalau pisang itself tak payah cakap lah. #eh, tapi pisang emas tak suka sgt sebb kecik kot, so kene makan banyak, leceh kan.

Ok, tuh jer nak cakap. *teringat kat banana choc chips muffin kat kedai kopi tuh lah*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hello Monday

Image
Happy Monday everyone :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lama tak tgk kan...

Image
*anak buah durian*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Great Eastern Life Run 2013

Image
Great Eastern Live Run, ahad lepas 15 September 2013. Actually aku tak register pon untuk larian nih. #eh, mmg nak register memula, tapi takde lak member *biasa lah lari pon nak ada member*. Dengan tgk route macam banyak bukit jer, *route pon nak berkira.kalau bleh nak flat jer* so tak register. Tapi sebab dah rezeki nak berlari, ada kawan kepada kawan yang terpaksa tarik diri last min, so bleh lah aku lari dgn harapan dapat medal hehe. Ada perjanjian larian sebelum tuh yg telah dibuat.*takpe takyah cerita lah*

Tahun nih tak banyak lari, ada gak lari tak dpt medal. Nak dpt medal untuk menang mmg takde lah, tapi dapat finisher medal pon cukup lah. Walaupon org lain dah kan main jarak lariannya nya, aku masih jugak belom mencuba HM hehehe.

*jom lari untuk hilang stress*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Photobook aku!

Image
Meh nak cerita pasal photobook. Dok dengar org ada photobook, nak gak ada. Takat nak jer lah, tak pernah lah usaha pon. Lagi pulak gambar2 aku mmg berterabur, hmm lagi lah tinggal niat jer. Tapi arituh, tgk kat groupon ada, terus jer beli. Walaupon ada halangan2 masa nak beli, pendek cerita berjaya gak beli hehe.

Masa memula tuh, download lah segala apa yg disarankan. *masa nih tak berjaya beli lagi* so sket2 susun gambar. Konon nak buat yang travel punya. So susun ikut tempat etc lah kan. Skali bila dah siap, nak submit order, tak boleh nak tukar ikut keperluan voucher yg dibeli, which is kene bayar banyak lah. *nih lah akibatnya bila voucher beli kemudian* . Cuba duplicate apa yg dah dibuat pon tak berjaya. Nak tak nak kene buat semula. Hmmm hazab lah plak nak cari balik gambar kat mana. Nak susun satu2 semula kan. Ntah, aku tak rajin lah kalau dalam keadaan masa yg limited nak buat plak semua skali tu kan. Hmmm kang silap2 mau expired voucher.

So dlm kepala masa tuh, jadikkan photo…

Sedekah

Image
Nak cerita pasal sedekah.#eh sedekah tak baik bgtau hehe. Okeh, ini bukan nak cerita pasal aku sedekah kat sesapa. Ni kesah peminta sedekah.Biasalah kan, kalau dok lepak makan tu, ramai je yg dtg mintak sedekah kan. Dulu ingat yg bebudak asing tuh jer ada sindiket, lately ada jugak yg tipu. Hmmm macam2 cara nak dapat duitkan. Kadang2 mmg susah nak tau kan yg mana betul atau tidak. Tapi kalau kita nak sedekah tuh, kita ikhlaskan jer lah. Apa yg berlaku dibelakang tu, antara dia dengan Pencipta lah. Aku sebenarnya dr dulu kekecik mmg kalau makan, makan lah, jangan dok buat mende lain. Even cakap pon takleh. Apa tak lagi nak buat urus niaga. kalau ada apa2 nak diskas pon buat lps makan. Apatah lagi kalau yg negatif atau sedih. Bukan apa situasi dulu, ayah balik kerja dah hampir senja, so dinner biasa lps maghrib. Sama ada ayah solat dirumah atau di surau. So lps dinner baru lah bukak cerita. Kalau berita gembira tak sabar nk bgtau, terbagitau jugak lah before dinner kekadang. Tapi skang …

Jom makan : Homst (revisited)

Image
*makan itu sgt indah*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kordel,s Charity Walk 2013

Image
Acara jalan kaki amal pada ahad yang lepas- 8 September 2013. Sebab malam sebelumnya dah konon lari 12km *jer*...pagi nih agak sakit kaki nak jalan. *padahal org lain ok jer*

Kawan yg tolong ambikkan bib pon tak terdatang. *tapi dtg di akhir acara*.
Track ni unt jalan kaki aku ok lagi lah. Tapi, pernah harituh track nih lah untk larian. Fuhhhhh. Risau lah, tak improve lagi nih.

Walaupon charity, tapi sbb banyak sponsor, banyak pulak dpt barang sponsor.

*berjalanlah untuk amal *dan kesihatan**
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SHAPE night run 2013

Image
SHAPE night run 2013(7 September). Tahun ni ambik yg 12KM. Kelam kabut jugak, sbb start kol 8. Last lari arituh yg Mizuno run sebelum puasa. Huhh jenuh jugak nak habiskan. Dah lama konon tak berlari.

Macamana nak habiskan HM nanti nih. Hehe. Apapun, maju lah sukan unt negara :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

"sebuah perjalanan yang SEPI"

Image
image google
'Sebuah perjalanan yang SEPI' itulah ungkapan yang sedang aku lalui sekarang, bak kata orang british, a lonely journey! sebuah perjalanan yang dikelilingi oleh riuh rendah, hiruk pikuk kehidupan, tapi hakikatnya perjalanan ini adalah sepi, sunyi! kalau tak caya tanya lah orang2 yang seangkatan dengan aku.
Pada zahirnya aku bergelak ketawa. tetapi, perjuangan yang belum tiba titik noktah nih adalah sesuatu yang perit. ntah apa lagi lah rintangan dan halangan yang bakal ditempuhi dalam mencari titik noktah perjuangan ini. dapat ke aku mencari titik noktah nya. owh korang, tolonglah doakan aku. sesungguhnya itu satu faktor ketakutan juga, kerana walaubagaimana bagus pon kita, DIA maha berkuasa kan. 
Pernah jugak kadang2 aku kecewa dengan perjalanan ini, sipi-sipi kat ruang hati tuh macam terdetik sesuatu yang sgt negatif. TAPI, inilah sebuah perjalanan yang aku pilih. ramai orang lain jugak pilih jalan ini dan mereka berjaya. aku pon bermohon padaNya supaya perjalan…

cuti itu....bukan lah cuti....

Image
image: google
hai korang!  ada ke yang masih bercuti...? best kan kalau cuti jer... tapi kalau tak buat keje... takde cuti lah kan. hehe. sebab bagi aku, cuti nih adalah berhenti sekejap dari kerja yang biasa kita buat. pandai-pandai jer lah buat definisi sendiri.
aku skang orang katakan sedang 'cuti belajar', eh bukan cuti dari belajar, tapi cuti untuk belajar. atas pilihan sendiri. takde sape nak paksa pon. haha. aku pernah jugak buat pilihan cenggini dulu, tapi keadaan adalah berbeza. sebab cuti kali nih aku rasa sangat sesak dada. sesak nafas. semua lah sesak kekadang. tapi pada hakikatnya, semua pon ada, susah senangnya. apapun kalau dengan izinNya semua pon boleh jadi. semoga dipermudahkan lah kan.
Pandangan orang: aku seorang yang sedang bercuti, mudah kemana kemari, sangat flexible. masuk kerja (ke library atau Uni) lambat atau balik awal takde yang kesah pon. nak pergi ke tak pergi ke takde sapa yang kesah pon. orang tengah bekerja sedap2 jer aku dok melilau kat shop…

Catatan Perjalanan : Ho Chi Minh - Makan

Image
Cerita basi lagik. seriously aku pon dah lupa apa nak cerita nih. adoii. tuh lah bizi sangat kan. tujuan sebenar buat entry-entry macam nih adalah untuk rujukan, dah tuh, kalau macam nih memang defeat the purpose lah kan. hmm one thing aku skang nih suka gi jenjalan negara macam nih pakai agent, ambik muslim package nih sebab nih lah. makan memang heaven. trip nih murah je. makanan halal memang senang dapat lah kat sekitar city tuh. cuma agak pricey jugak lah bagik aku. nasi goreng dengan kopi dah lebih rm10. tapi nih dengan package ko boleh makan mewah. hehe.







nih kira sessi gambar menceritakan segalanya lah kan. hahaha. maafkan lah aku wahai korang semua. tak ingat dah nak cerita apa. yang aku ingat. aku memang tak komplen lah pasal makan nih. sebab ok jer tekak nih menerima. yang best jugak, dorang nih pandai cakap melayu. selain minum air kelapa, kalau dok kat restoren yang ada air tebu, aku sgt suka air tebunya. ntah , rasa lain macam sket lah. dia da perah limau sket kot. tapi…