Posts

Showing posts from July, 2013

Kenangan Ramadhan

Image
image: google
Salam ramadhan.
Apa nak cerita ye bulan ramadhan nih. nak nak penghujung ramadhan dah pon kan. jom kita imbas kembali kenangan zaman kekecik dulu. tahun-tahun lepas pon dah cerita. tapi kita cerita lah lagi. hehehe. paling best masa zaman kanak2.. mesti time nak berbuka kan. mau taknya kan, dah sehari suntuk menahan diri dari lapar dan dahaga *berserta niat* hehe. dulu paling suka minum sirap selasih. mak lah selalu buatkan. skang takde orang nak buatkan dah, so minum jer lah kopi. makan dengan cucur udang. owh rindunya cucur udang yang mak aku buat. :( dulu kalau tak puasa, kene makan asing, tak bleh join orang yang puasa. so, skang kalau haziq tak puasa, dia kene makan kat bawah. so kalau dia puasa, dia memang seronok lah dapat makan sama@ kat meja, haha. raya zaman tuh memang serba sederhana. apa saja yang disediakan untuk raya, kita terima jer, takde lah nak demand lebih2. baju raya pon sepasang jer kot. baju raya memang takde pilihan lah. ikut kemampuan mak bapak j…

Perkhidmatan online

Image
Salam Ramadhan.Nak tanya ni, korang pernah guna tak perkhidmatan online yang disediakan oleh kerajaan Malaysia? Aku mmg jarang lah. Nama je berkhidmat dgn gomen. Bidang IT lak tuh. Adoiii ntah apa2 lah aku nih kan.Tapi aku cuba2 jugak lah guna. Aku pernah cuba bayar saman online. Bayar saman MBPJ pon pernah. Itu jer lah kot. Walaupon dah lama dengar myeg. Dan dah merata org guna. Aku baru jer try guna haha. Tuh pon sebab nak renew roadtax. Biasa awal2 lagi dah ada agen insurance yg call nak offer perkhidmatan. Tahun nih dah dekat mid july pon takde yang call. Then kawan aku suggest guna myeg jer.Sah mmg senang lah myeg nih. So len kali takde lah aku susah2 kan. Dok depan pc jer , sekejapan jer siap. Suka lah. Suka sgt hahaha. Roadtax tu boleh jer dorang post. Tapi memandangkan kaunter myeg kat 1st avenue, dan itu adalah kawasan jajahan. Gi ambik sendiri jer lah. Dah terlanjur cerita ni, aku nak tambah cerita. Kalau uols ada masalah dgn telekomunikasi, internet etc yang berkaitan boleh…

Salam Ramadhan

Image
image: google
Salam Ramadhan. Dah hampir setengah bulan Ramadhan baru nak ada entri mengenai ramadhan. takper lah, janji ada kan. hehe. Ramadhan tahun nih macam ramadhan yang lepas jugak agaknya. cuma, azam untuk menjadikan ramadhan ini yang terbaik berbanding tahun tahun sebelumnya sentiasa ada. 
Ramadhan tahun ini aku memang agak bizi dengan perjuangan aku nih *keduniaan*. ada banyak bende nak kene finalize sebelum semester baru bermula. progress yang agak slow menjadi semakin slow di bulan ramadhan. eh, bukan aku menyalahkan ramadhan, tapi diri sendiri lah. senang-senang jer memendekkan waktu 'kerja'. hmm, tapi kalau dah terpaksa, kene jugak lah berjaga malam seperti biasa. takkan nak mengalah di tengah jalan, kan. 
agenda berbuka puasa adalah sederhana. kadang2 ke pasar ramadhan, dan kdang2 jugak masak jer sendirik. masak sempoi2 jer lah. sengsorang nih agak tak berbaloi kengkadang nak masak. kalau takde pilihan masak jugak lah. kalau ke pasar ramadhan pon memang takde la…

Jom Berbuka Puasa : Le Meridien -Ramadhan 2013

Image
Salam Ramadhan,  Ramadhan dah semakin hampir, semoga Ramadhan kali ni adalah yang terbaik untuk kita. Bila dah bulan Ramadhan nih, mesti kita nak jenguk2 jugak kat mana nak berbuka puasa. Walaupon memasak, atau beli kat pasar Ramadhan, sesekali nak jugak berbuka dengan pelbagai jenis juadah kan. Macam tahun lepas2, Le Meridien ada menyediakan Buffet berbuka puasa. 
Latest Recipe, Le Meridien Buffet Ramadhan - 10 July - 6 August 2013. Harga: RM128++ (Monday - Friday) RM118++ (Saturday & Sunday) RM88++ (for booking after 9pm-Monday -Thursday) (http://www.lemeridienkualalumpur.com)
Buffet kat Le Meridien nih memang banyak pilihan. Aku sendiri pon macam semua pon nak makan. Tapi memang tak termakan lah kan. Pilih mana2 yang memang teringin jer. Rendang ni memang best sangat. Aku memang suka rendang. tak kesah lah makan dengan nasi atau ketupat, lemang etc. semua pon layan.  Ni lagi satu makanan yang menajdi pilihan kalau bulan Ramadhan kan. ikan percik. dan ini jugak salah satu yang …

Catatan Perjalanan : Ho Chi Minh (i)

Image
Day 1 Dah lama tak berjalan since lepas gi Beijing tahun lepas. nih kira aktiviti cop passport pertama tahun nih. sekali jer cop passport kot tahun nih. owh ya, kalau nak keluar lagik, kene renew passport dah. sebab dah tak cukup dah 6 bulan dari tarikh tamat tempoh sah laku. 
actually memang dah lama berhajat nak pergi vietnam, to be specific nak pergi Hanoi. tapi kengkaan semua pon dah pergi. tetiba ada kawan yang nak arrange bagai. so kira jadik jer lah. tambang ngan package pon kira dalam kemampuan terus lah on. biasa lah duit negara murah nih, takde masalah sgt lah kan. package tak mahal. hmm tuh yang tak terbang jauh tuh. hehe Aku rasa dah seronok pulak pergi package kalau ke negara2 macam nih. sebab makan adalah sgt mewah, hotel pon best hehe. tapi trip ke Ho Chi Minh City nih agak best walaupon guna package, sebab takde lah dia bawak kita merata ke tempat yang kita tak nak pergi. lebih kepada ikut mana kita nak pergi.
trip nih kitorang gi 5 orang. 3 kawan-kawan yang sedang sa…