Posts

Showing posts from September, 2006

Matured Man

Dah lama aku tak bercerita pada blog, aku hampir tidak ada masa untuk diri sendiri sekarang. Terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan, dirancang dan sebagainya. Peluang ‘berehat’ di Allson Klana Resort Seremban ini, mungkin dapat aku gunakan untuk menyiapkan beberapa kertas cadangan dan menulis blog ni.

Kebelakangan ini banyak berita perkahwinan perempuan muda dengan lelaki matang disiarkan. Perkahwinan Siti dan Dato’ K, kemudiannya Puteri Shahnaz. Aku ada komen dan pendapat sendiri mengenai persoalan tersebut. Mungkin daripada pengalaman sendiri, kawan-kawan dan pembacaan, menjadikan aku tidak memandang terlalu negatif isu yang diperkatakan ini. Tetapi tidak lah menyokong sebenarnya.

Kebanyakkan lelaki matang yang berkawan dengan perempuan muda adalah dari golongan yang stabil kewangannya, status dalam masyarakat yang agak baik, atau paling tidak pandai mengambil hati dan prihatin.

Tidak dinafikan golongan tersebut mempunyai pelbagai agenda tersembunyi dalam ‘persahabatan’ mereka d…

Mencintai & Dicintai

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin Tiada lagi peluang kedua.

Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah Bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia Berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau Anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada Sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia.


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air Mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja Me…

KIAN....(song of the month.. August)

Kian jauh kian hilang
Kasih antara kita
Nampak tenang pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak di mata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak di dada

Kemanakah nak dibawa
Resah kian melanda
Di manakah hendak ku khabar
Pilu di dalam dada
Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh
Apakah yang dikejar dalam hidupmu

Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya
Yang kekal di sana
Biarlah kita bersama
Usahlah hanyut terus terlena
Kerana dunia
Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

Amir Haziq vs Amer Munawer

Image
The baby is my nephew Haziq 'hikhok' and the sweety smiling guy is my adorable ruffedge boy

MERDEKA

Dah setahun rupanya aku ada kawan untuk aku cakap apa sahaja… blog ni la…
MERDEKA….. selepas jam 7 baru aku tinggalkan pejabat…. Tu pun nak tgk preparation kat rumah Mak Lang, dan tengokkan kalau apa-apa yang patut aku tolong…. Tapi mesti aku tak akan MERDEKA di jalan raya… betul pun….arrrrrggghhhhh sesak teruk jalan ke TTDI…. Padahal…kalau dari ofis ke TTDI… paling lama pun 10 minit…

Malam ni memang terasa nak abiskan masa bersama kawan-kawan… tapi …mungkin berada di rumah Mak Lang lebih afdhal dalam masa-masa macam ni… walaupun tidak banyak bende yang aku buat… terasa jugak untuk sekadar keluar ke Bandar Utama yang hanya sepelaung jer dari rumah Mak Lang… tapi sebenarnya aku memang tak larat… letih sangat sebenarnya… sebab itu aku rasa tindakan tak keluar tu betul…. Aku tak sanggup nak bersesak di jalanraya..

Tahun lepas… aku masuk perarakan hari kemerdekaan..(walaupun kene paksa…tapi tahun ini baru aku rasa KELEBIHAN nya)

Apapun, tepat jam 12 malam itu, apabila terdengar bunyi dentuman…