teater mahsuri

bila terpandang jer iklan teater mahsuri depan IB...sesama ulang alik ke setiawangsa... aku terus ctc kawan2 untuk book tiket... they then change plan to Black dog bone :-(.... aku ajak plak gang lain nak g tgk.... but last wednesday... kak red kata ada chance untuk g tgk preview... so aku cancel everything.....sbb this is not only chances... but for sure it's free... so.. thanks Kak Red....

ini pun kali keberapa ntah aku tgk teater.... tapi masih tak banyak lah...dulu pun tgk kat dewan badaraya kot...aku lupa citer apa... so last nite was my first time ever kat IB....

Teater musical ini... bagik aku... permulaannya agak menghiburkan.... aku yang memang meminati vanida imran... memang suka jer cara lakonan dia...dulu kecik2 adalah baca sejarah lagenda mahsuri ini.... so secara umum.. aku tau jalan cerita mahsuri tu... dan begitu lah flownya... diselang selikan dengan tarian dan muzikal.... aku rasa terhibur lah malam tadik.... walaupun sebelum masuk ke teater... all the GBM kata muka aku memang tak ceria.....


gandingan vanida dan wan derus (azharuddin ramli - arja lee) memang aku rasa mcam sepadan.... cantik dan hensem... emmm kalau nak buat perbadingan nya... macam aku dan aaron kot...hahahah...perasan lah ko mayang kan.... walaupun memang aku cakap wan derus tu hensem... tapi hati aku kata... pandak maya ayah mahsuri itu lebih hensem dihatiku... hahahah... abis tuh.... dah aku memang suka tgk lelaki yang cenggitu.....

last nite... seronok dan rasa menarik tuh mungkin kitorang dapat seat yang depan.... so memang clera lah sgt2nya.... tiket mahal beb... hehehe..... dah banyak kali ada nak datang dan ada peluang nk ke IB pun aku tak g... so itu yang sungguh teruja tu agaknya.....
sinopsis :
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi. Dara pingitan Pandak Maya dan Mak Andam. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Darus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura. Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal di rumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekermajaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat untuk dijatuhkan hukuman. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum matinya Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggal Langkawi.



Comments

zOe said…
tgh KIV lagi ..so far aku nengok tickets price stil ok lagi ..not as much as i paid for PGL dulu lah but PGL was worth it ..tgk la probabli next week il drag bodigud aku g tgk ker ...tapi mamat tu dulu pernah sekali teman aku tgk rubiah ker tun fatimah leh tertido tu ..huhu
adenium said…
zoe - g jer lah tgk...ticket pun bukan mahal..hehehehe

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam