Selamat Hari Ibu
ini entri lama.... dri tahun 2006 punya entri... tapi... tetiba rasa rindu pada emak... aku up kan balik lah entri nih.... :D ...
-------------------------------------------------------------------------------------------
“ Syurga itu di telapak kaki ibu”…. Emak – Rokiah Binti Sulaiman ( 10 Oktober 1952 – 27 Oktober 1997 ). Emak seorang yang tabah, sabar dan pemaaf. Emak juga suka menolong orang dan pemaaf. Aku selalu berdoa supaya aku setabah dan sesabar emak. Emak sentiasa redha dengan ujian dan ketentuanNya. Mengharungi cabaran menangani keluarga semasa ayah sakit. Sedang aku dan adik2 masih lagi belajar. Pengorbanan emak tidak aku lupa. Walaupun dalam keaadan susah, kami tetap mampu bersekolah dan berjaya sampai macam sekarang. Aku sedih, emak tidak sempat melihat aku lebih berjaya (dan aku tidak sempat membalas pengorbanan emak). Aku harap emak berbangga dapat anak sulung macam aku, walaupun agak degil di zaman remaja, tapi masih aku ingat, emak pernah kata, emak seronok anak2 tidak ada masalah dalam pelajaran, malah emak sering merasa bangga apabila orang selalu memuji emak kerana kemajuan anak-anaknya. Aku yakin, emak akan lebih bangga sekarang dengan kemajuan anak2nya. Kejayaan Ayu dan Adik yang emak tak sempat kecapi.
Emak meninggal semasa usia aku 21 tahun, namun aku memang kekurangan kasih sayang emak. Selepas sekolah rendah aku tinggal di asrama, sehinggalah detik emak meninggal. Masa yang ada untuk aku bersama emak hanya waktu cuti yang terhad. Pernah aku berangan untuk habiskan masa bersama emak selepas graduate. Tapi semua itu tinggal angan-angan dan sesuatu yang mustahil untuk terjadi. Apabila emak meninggal, aku memang collapse, hilang arah dan hilang segala2 nya. Tapi masa tu, aku perlu terus bangun, aku masih ada ayah dan adik2, aku masih perlu habiskan tahun akhir di UKM.
Jauh di sudut hati, aku selalu cemburu tengok orang yang masih ada emak. Aku selalu bertanya, kenapa Allah ambil orang-orang yang aku sayang. Aku mesti sedih bila dengar kawan2 bercerita pasal emak mereka, kerana aku tak dapat nak buat macam apa yang diorang buat. Tapi ada juga mereka yang tidak menghargai emak, masih ada emak, tapi jarang balik jenguk emak mereka. Masih aku ingat, kalau dulu orang lain beratur tgu public phone untuk call pakwe, tapi aku sanggup tgu giliran, semata-mata untuk call emak.
Semoga roh emak ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman, Al-Fatihah.

Comments
If she's still around, she must be very proud of you!