Mana silapnya
ok berbalik pada kesesakan. actually tak lah teruk sgt jalan yang aku guna nih. jalan berbayar kan. tapi kalau ada accident, masak jugak lah. atau, kalau kuar lambat, memang depan opis kadang2 dah bumper to bumper. #eh kadang2 dah stand still jer kenderaan sumer. kalau takde hal, aku balik on time. or else, aku balik sangat lewat. takper, janji tak bersesak. sesak nya dekat jer, tapi kalau dah nama sesak jadi lamaaaaaa.
dulu aku selalu terpikir, kenapa benarkan lori lalu hiway waktu puncak. tapi skang memang dah ada lah larangan dari jam 6.30am sampai 9.00am kot kalau tak silap. di hiway tertentu. bagusnya. ye, negara saya memang bagus dalam menggubal undang2, polisi dan sebagainya kot. tapi penguatkuasaan agak mengecewakan. bukan aku kata takde penguatkuasaan, tapi amat mendukacitakan kot. memang aku pernah nampak sekali dua. kalau setakat papan tanda merah, tanda amaran kan. lori masih bermaharajalela kat jalan. ada juga pemandu yang berhenti di hentian sebelah, tapi masih ramaiiii yang tak mengendahkan.kalau selepas jenjantas sungai buloh, ada cabang nak ke selatan, nak ke kl, kat situ kan ker agak berbulit, kalau dah dimonopoli dek lori jalan rayanya, hmm disitulah kesesakan bermula. bayangkan, kalau yang sama2 berat muatan nak conquer jalan. gambar kat bawah tuh, dah kol 7 lebih pon. tuh kat lps jalan duta nak menghala ke mont kiara. bapak lori kayu tuh.
satu lagi, aku tak pelik lah kalau kejadian kemalangan melibatkan kenderaan berat nih. harituh dua hari berturut2 awal pagi dah accident. harinih lori batu, esok lori bawak kereta. dari pemerhatian akulah, kalau nampak lori bagi signal tuh, dah get ready slowkan kereta. memang dari pemerhatian aku, dorang nih bagi signal jer terus tukar lane. tak masuk lagik yang lori yang suka nak memotong jugak lori yang slow tuh.padahal, lori tuh takde lah laju mana pon. so, berderet lah kereta kat belakang tuh hah. bas pon macam tuh. fuhh, kalau ko bawak 110km/h kat lane tengah, memang ko kene cucuk lah. itu sangat normal. hah, dari pemerhatian aku jugak, kalau bas nih, yang agak berhemah adalah bas trans nasional. aku kan pengguna hiway yang tegar. so selalu tengok lah kan.
hmm kat mana silapnya kan. undang2 dah ada, taknak ikut. sama lah kan kalau takde undang2. tapi kita masih ada pihak tertentu yang boleh memantau dan kuatkuasakan undang2 tuh. tapi kalau semua taknak berperanan. memang apa pun tak boleh nak cakap lah. kita pemandu pon berperanan jugak. jangan lah sampai membahayakan orang lain plak. pikirkan lah ...
Comments