jom masak : roti john

yuhuuuu.dah lama dapur mayangkelapa nih tak berasap kan. dah asyik makan kedai jer.hehe. owh ya puan-puan semua, meh nak share resepi roti john nih. macam biasa nih style aku lah kan. dah lama dah buat nih. masa bulan posa arituh. tapi baru arinih nak share. aci lah erk.



bahan nahan nya:
roti
minced beef yang telah dimasak
tomato dipotong kecik2
cili hijau dan bawang besar yang dipotong kecik2 (kalau nak cili merah pon boleh lah letak skali, tapi aku tak makan pedas)
telor
mayonis, sos, majerin untuk menggoreng, dan perasa

camner nak buat:
masak minced beef dengan sedikit minyak. dah agak masak angkat.
lepastuh campor kan daging tadik dengan segala bawang cili dan tomato ngan telur. letak lah garam dan perasa sket. kacau lah kasik semua tuh bercampor.
panaskan kuali dengan sket majerin. masukkan bahan camporan tadik dan letak kan roti kat atas nya. kalau roti dah agak masak bleh lah balik kan roti tadi.
bila dah masak. bleh lah angkat ulang lah sebanyak mana yang nak di buat.
lepas tuh bleh letak mayonis ..sos.. atau apa sahaja yang korang rasa sesuai diletak atas roti tuh.





tak semenggah nya rupa. mayonis dr dlm balang tuh ngan sos dlm botol. so memang sungguh tak sesuai lah untuk masuk masterchef kannnn.



tadaaa.. ini lah hasilnya. ok kalau dah tatau nak makan apa petang2 ker kan. bleh lah trai ye. :D



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London