selamat datang 2012
selamat datang 2012. dengan harapan yang besar untuk lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelumnya.
semua orang sibuk senaraikan apa resolusi tahun baru ker? hmm, aku dah malas lah dengan mende yang sama setiap tahun. cumanya, takkan takde impian dan harapan kan? so, untuk tahun ini, aku nak lebih cemerlangkan mana yang kurang cemerlang pada tahun lepas. tambah mana yang tak ada, atau kurangkan mana yang tak penting. cukup lah kot kan.
tahun ini, aku akan jadik student semula. postgrad student. dengan macam bagus jer. tapi daripada pengalaman-pengalaman mereka yang sedang melaluinya, dan jugak mereka2 yang telah berjaya buat aku jadi sangat risau. apapun, dah itu impian aku, takkan nak menyerah sebelum berjuang. bukan aku lah tuh kot.
aktiviti cop passport. yang dah dibooking satu. dalam perancangan banyakkkk. apapun, tengok balik duit tabung buloh tuh, cukup ker. kalau duit tabung buloh mencukupi, sampai lah aku. kalau tak cukup, cuba lagi tahun depan.hehe.
macam nak hidup bebas hutang. aku peliklah kalau orang hidup takde hutang. aku nih sana sini hutang. hehe. nak hidup kan. sanggup ker aku nak ubah lifestyle. takde shopping. tak payah ada aktiviti cop passport. makan makanan asas jer. so duit tuh bleh settlekan hutang kereta. hutang rumah. hah, itukah hidup. ok, tak sanggup. pass... :p
dulu kan setiap tahun masuk dlm list untuk kurus kan badan. tapi tak gak kurus lah. masa kurus dulu pon nak kurus gak. end up jadik gemok. so, malas nak pikir dah *PENIPU NYA AKU!!!!!*
ok tahun nih nak buat physical exercise dengan jayanya. kalau ada kemampuan fizikal nak join bootcamp *duit boleh carik* . so dengan sendiriknya, ini dapat replace apa yang tertulis kat atas tuh. nak jadi student phd mesti creative :p
apa kaitan nak kurus dan physical exercise? ok, kalau nak kurus tuh, more tuh tak makan. well bagi aku kan makan itu indah. apalah hidup tanpa makan. jadik kesimpulannya, makan lah dan buat physical exercise banyak2. *melalut*
sebab banyak mende2 penting yang akan berlaku pada tahun 2012, aku berharap semua halangan yang bakal muncul dapat ditangani dengan bijak. *jom doa*
Comments