Isnin..owhh rabu...

(google image)


halluuu...


ehh ada lagi yang sambung cuti ke? aku pon kalau boleh nak sambung cuti gak. tapi bila pikir tinggal sehari dua jer lagi kat opis. hmm batalkan jer lah niat. *padahal simpan cuti yang dah tak seberapa tuh ke bulan depan*




#eh, betul lah. 3 hari nih jer lagi aku officially datang opis. minggu depan outstation jap. lepas tuh nak ambik cuti panjang sebelum cuti panjang. hehe. tapi kene gak lah datang opis nak setllekan urusan pentadbiran nih.




korang tak rasa hari nih macam isnin ke. aku rasa lebih dari isnin lah. tuh lah padah kalau cuti lama. korang buat apa cuti lama? aku siap sampai johor dah. biasa lah kan. pantang di ajak.




hari nih macam malas jer nak buat keje. *ada keje ke pon* sendiri punya keje jer lagi nak settlekan. tapi itu lah yang malas. bertangguh2 dari minggu lepas. bukan , dari 2 3 minggu lepas kot. hari nih kene kasi settle lah. lepas tuh kene belek nota untuk lecture minggu depan sket. macam lama jer plak tak ngajar CCNA.




rasa macam nak duduk seminggu kat sabah. walaupon part ngajar aku settle awal jer. tapi bila pikir duduk dalam kampus yang agak terpencil tuh. macam nak ubah pikiran. kalau dok tengah pekan tuh. panjang lah jugak langkah ku. so, confirm lah, nak tukar tiket balik awal lah. dua hari dah lah. abis keje, balik kl jer.




malas lah nak merepek panjang2 tengah2 blues nih. kang keluar cerita merapu plak. kang sambung erk. bye.








Comments

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London