Jom makan : belanga

Jom makan lagi. Belanga! yes, dah lama teringin nak singgah sini kalau gi MV. lebih2 lagi kalau parking kat Garden kan. tapi tak jugak tercapai hajat. so tahun baru baru nih, masa bila JULES initiate nak jumpa, dan last sekali YANOK kata makan kat sini. terus teruja. * #eh, aku sentiasa teruja kalau ajak makan lah :P* AYU, ROSE pon join gak. Plus Syahrul ngan Bojeng ngan Mia.


nasi kwrabu rose. nampak sgt menarik. dan rasa pon sedap. aku cuma rasa sesudu. tapi kuah nya best. *apa ke korang panggil kuah dia tuh, hahaha aku walaopon orang ganu kononnya, fail lah bab nih*


nasi tumpang *Jules* selalu dah tengok dlm blog orang nih baru dapat rasa. masa baca dan tengok gambar, i have no idea at all. nasi campur terus dengan lauk macam nih memang nampak weird. tapi sedap jugak. macam nasi impit. i should try lah next time.


mine was LAKSAM. damn! gambar nya aku terdelete. memang terbaik lah laksamnya. kuahnya pekat dan best. *sungguh rasa bersalah makan santan*



mi kari yang rose order untuk mia. ye mee kari yang berkuah tu lah. bukan dry curry mee atau apa. cuma kuahnya diasingkan.


kueh-tatau-nama nih adalah jugak sedap. yam kalau tak silap aku. ada letak lauk tuh. memang terbaik lah. ini adalah macam cara berlauk jugak.


lompat tikam. best. cuma aku tatau kenapa versi kelantan nih ada letak pulut pink tuh. tapi kalau tak usik pulut tuh, still i can have the authentic trg syle jugak kan. hehe.

selain tuh aku try jugak cucur udang -kene cuba next time.

aku rasa ada few lagi menu yang aku kene cuba. so, there will be next time lah kan. care to join me? hehe. jommmm





Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam