Catatan perjalanan : 3D2N PENANG
aku tunggu kat rumah jer, since memang laluan ke penang lalu umah aku. so, dari situ kitorang singgah breakfast kat tanjung malim. yik mun - pau, aku makan pau dan roti dan half boiled egg dan kopi. bekalan untuk sampai ke penang. mana lah tau jalan jem ke kan. dan aku lah yang drive dari mula sampai balik. kecuali ke sg dua jer. takper, aku memang suka pon. kalau track memang takde masalah. cuma rally lah aku tak minat sgt dah skang. hehe.
memula memang banyak kereta. tapi around 20KM tanjung malim. dah start jem. check kat twitter, rupanya ada accident. tapi mental dan fizikal memang dah sedia. tapi jem tuh memang jauh lebih baik dari apa yang disangkankan. walaupun perlahan still moving lah jugak. kalau stand still tuh, mau tergugat kot emosi.hehe. lps ipoh baru seronok drive. baru lah bleh nak tengok meter tuh sampai 120km/h. aku skang pemandu berhemah tak bawak laju dah. cuma kadang2 terlajak ke 130km/h jer, terus aku masuk lane slow balik. supaya tak exceed limit. hehe.
hajat hati nak menginap kat HARD ROCK Hotel. tapi apakan daya. dah semua orang pon nak duduk hotel tuh. macam dah takde hotel lain plak kat penang. lebih sedih, near by hotel pon penuh. ubah haluan ke mainland. hotel IXORA. hotel baru. so, memang puas hati lah. letak plak betul2 sebelah megamall penang. *i have no ideas why they call it mega mall* . senang citer, kalau tak cukup keperluan takde masalah lah. so, bolehlah dok hotel nih lagik lain kali ye.
sri tambang mee udang kat sg dua. nih sebab one of my fren memang biasa makan sini. tidak mengecewakan. to be frank, aku takde lah kesah sgt mee udang nih. maksud aku, aku baru berjinak2 makan mee. dulu tak makan pon. tapi ramai jer orang makan kat sini. dan mostly adalah local. so, bagi aku itu memang dorang sependapat dengan aku kot. makanan kat sini tak mengecewakan. citer pasal makanannya, aku kasik lain entri lah ye.
tatau apa nak buat malam tuh. nak masuk pulau pon macam tak berbaloi. dah lah ken main jem. semua pon nak celebrate krismas kot. tgk2 info, kat auto city bleh jer kalau nak gi jengah. aku setuju jer. at least bleh lah bakar kalori yang dah bertambah tadi *lupakanlah pasal kolestrol yang tak hengat tuh*. macam uptown kat kl nih jer lah kan. knowing me, aku kan tak suka gi tempat crowded nih. hehe. tapi sesekali layan ok lah. lepas tuh, balik tido lah. berehat lepas perjalanan yang jauh tuh. esok nak meredah laut plak nak ke pulau tuh. :p
jerukkk. a-must-buy kot kalau dtg penang. again, aku bukanlah pemakan jeruk yang hebat. setakat nak makan satu dua tuh oklah. tapi aku yang paling banyak beli. takperlah kawan-kawan kat KL ramai. bagik sana sket sini sket, dah abis.
owh ya. sebelum tuh kitorang gi makan kat hameediyah restoren .makan nasi kandar. sedap dan murah. punyalah payah nak carik tempat. memula dengan printed map. huhh sungguh tak jalan lah. sangat tak membantu sebab kitorang langsung takde idea pasal penang nih. kemudian aku follow map kat Blackberry ku. so-so sahaja lah, sebab aku perasan yang BB nya map ada lari jugak dlm 100 200 meter kadang2. tapi orait lah dr takde. *dlm hati menyesal tak bawak tab*. kemudian baru lah guna GPS. memula dia buat pangai jugak. tapi later ok lah. haha.
lepas tuh, kitorang gi lepak padang kota. makan passembur ngan ABC. aku tak reti sgt nak minum ABC nih. so aku opt for cendol jer lah. seriously memang dah tak larat nak makan pon. tekak yang teringin nak makan laksa pon terpaksa dibatalkan niat. macamana nak makan kalau dah ketat perut kan.*totally destroy my diet-takperlah sesekali-kata hati orang yang bersalah-tapi nak sedapkan hati sendiri*
masa makan, berfikir2 jugak lah macamana nak ke batu ferringhi. dan sangat berharap yang GPS will the job. haha. apa lagik nak harap kan. yes, GPS finally did it. *Tuan GPS, if u happen to read this. i luv your GPS lah. hehe*
so, dah sampai sana tuh, kitorang saja lah jenjalan sampai ke DAM. seb baik tak sampai balik pulau. owh baru aku ingat, aku pernah apa lalu sini dulu. *ok tak payah ingat dah yang dulu*. bestnya kalau dapat stay kat HR hitel. ada pool, ada pantai, ada music.lepas melepak kat HR hotel, kitorang gi buat refleksologi. takleh nak dinner kat HRC hari tuh, since they just have dinner set for christmas. macam tak berbaloi kot nak makan situ. unless nak lepak lama kan.
tengok keadaan traffic yang sgt hebat untuk turun ke bawah for dinner, we decided untuk jalan kaki jer lah. alah, around 1km jer kot. we ended up with TARBUSH *again i tell u bout food later*. seb baik tak order banyak. kalau tak maunya tido situ jer. aku rasa pasar malam kat situ dah tak happening macam 5 6 tahun dulu kot. dulu rasa macam lain jer.
so nothing much pon lah kan. dah nama pun light n easy penang. it's all about makan jer. selesai semua, balik hotel tido. sampai hotel pon dah past midnite. traffic not so kind. tapi we had fun. #eh.
our last day in penang. kene lah experience the ferry service jugak. especially for the first timer. nak tau my first ever experience naik ferry nih. yearssss back, masa aku kat uni kot. ikut my fren balik penang. dah sampai tuh, dah jalan kuar pon, aku still nak naik the ferry again. so my fren terpaksa layan jer lah. end up 3 trip lah aku naik, hehe. memang masuk pulau semata2 nak naik ferry jer pon. dan lps tuh dah nak balik KL. kang lambat2 takut jam. hmm kuor pon dah kol 10 lebih, takut lambat katanya.
pikir punya pikir mana nak lunch. terus teringat nak makan ikan bawal. memang ada few places lah yang serve ikan bawal nih kan. tapi aku remember, there's one place in Juru. tapi sumpah tak ingat macamana nak gi situ. text my old fren. he did mention Juru. bila dia call bagik direction, aku rasa macam tempat yang aku nak pergi sangat tuh. haha. yes, memang betul pon. thanks my old fren *huh, tahun 2012 aku takut sket dengan word old frens. well, better not to go there. keep it to myself :P*
eh finally we mad it!!! ikan bawal nih sgt sempoi jer pon. tapi baru ku tahu tempat tuh, memang ramai sgt orang singgah makan. kat belakang2 kilang tuh lah. dulu, masa ada org tu bawak gi sana, i fikir saja jer dia bawak gi situ. since he's local, so he might know banyak tempat ceruk2 gitu untuk makan. *eh apsal banyak sangat selingan nih.*
dah selesai makan sumer, kol 2 gak lah, terus gerak balik KL. traffic memang takleh nak memecut lah. tapi far more better from expected. ada lagi mende yang nak kene buat kat Penang. so Penang, i'll come back. wait for me. hehe.
Comments
Yg Benar,
Tuan GPS