selamat tinggal 2011

(google image)




dah menghampiri penghujung tahun 2011 ... rasa macam baru jer lagi masuk tahun 2011... sekejapan jer kan... so macamana tahun 2011 korang? ada kemajuan berbanding tahun sebelumnya ke. hehe



tahun 2011 bagi aku sama sajer dengan tahun sebelumnya. takde kemajuan yang sgt membanggakan kot. cuma perjalanan hidup agak relaks dan mendatar. so takde lah banyak sgt stress. cuma towards the end lah kalau stress lebih pon.



tahun nih, aktiviti cop passport tak menggalakkan. dengan kata lain tak berjalan lah kan. cuma gi spore jer over the weekend. cop jugak lah tuh kan. cuti dlm malaysia pon ujung tahun baru ni jer. eh macam tak caya jer. tapi itu lah hakikatnya.



tahun 2011 jugak, aku mula nak berjinak balik dengan gadget. wooo lama dah aku tinggalkan dunia teknologi nih kan. tapi end up hanya dua jer yang sempat dimiliki. awal tahun beli blackberry torch. dan hampir hujung tahun beli samsung galaxy tab 10.1 tuh jer. walaupon dalam perkiraan macam ada jer dua 3 mende lagik yang nak di rembat kan.



tahun 2011, aku pon tukar kereta. kereta malaysia.walaupon hajat hati nak jer kereta berenjin MIVEC 2.4 tuh. tapi ikut kemampuan diri. cukup lah dengan 1.6 liter campro putih tuh. tapi kan, kereta putih sangat lah susah nak dijaga. considering the flat black, tapi bawak2 lah bertenang wahai tuan kereta.



owh ya, tahun 2011 nih jugak, aku beralih arah masuk latihan kepakaran setelah berabad buat support dan jugak setelah rayuan untuk keluar ke tempat lain ditolak bulat2. teringat kata2 former boss aku "i dont think u have problem, standing in front of people and talk" . ye memang saya tidak ada masalah itu. kalau itu kualiti yang diperlukan, nampaknya tak kemana lah halatuju latihan ICT sektor awam. masa tuh, sedih aku dengar, kalau macam itu lah pendiriannya. tapi, semasa di 'tempat baru' seronok jugak, satu mungkin mende baru, tambah pulak boss yang lebih tinggi motivasi dari anak buah. baru lah boss namanya kan.



setelah beberapa tahun menangguh permohonan untuk dapatkan pembiayaan untuk sambung belajar. tahun 2011 ni, aku apply jugak. alhamdulillah, aku dapat. rezeki aku lah kot kat situ. so skang dah mula risau dah nih memikirkan liku-liku perjalanan yang bakal ditempuhi.



hmm, apa lagik ye.











Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan