setelah 6 minggu berkursus

hallu korang. owh ye, aku memang dah abis kursus. minggu lepas pon dah dok kat opis dah. tapi malas nak bercerita. weekend sibuk jer. biasa weekend lah aku dok buat entri kan. senang auto publish jer.

rasa macam sedih jer dah abis kursus 6 minggu tau, #eh ye ke. memang lah masa kursus tension ngan proposal defence lah, exam lah, assignment lah. tapi, bila dah abis macam tak best plak. hehe. kalau boleh rasa macam terus jer nak sambung masuk U plak, malas dah nak masuk opis. banyak cantik muka aku. ye lah, sebab bila masuk ofis mesti banyak keje.

ok, selama 6 minggu tuh, ramai orang2 yang telah berjaya kitorang jumpa. maksud aku, orang2 yang dah berjaya melepasi segala hazab yang akan aku tempohi tuh la. jeles pulak tengok dorang. mostly lecturer tu adalah dari universiti. ahli akademik nih, dah environment keje dorang memang biasa dengan research nih, hmm senang jer lah bagi dorang. dengan environment aku plak, dari dulu buat mende teknikal, ngadap screen hitam (tapi tak gak pandai linux) dan seangkatan nya lah kan. tapi dah aku yang pilih jalan hidup macam nih. tempoh ajer lah.

well itu bukan lah alasan. aku ker manusia yang mengaku kalah sebelum berjuang? #eh. hahaha.. apapun. semoga semuanya dipermudahkan. sekarang walaupon belum betul2 masuk uni, aku dah terasa stress nya. dah mula pon sessi nya. cuma tak masuk uni jer. fuhhhhh... i'm gonna face this for another few years ahead. haha. dah aku yang pilih jalan hidup nih kan. aku yakin, kalau ayah masih ada mesti ayah gembira.

semangat tengah berkobar2 nih. so, tak terasa lah sgt lagi 'sakit'nya ..semoga sentiasa berkobar2 lah semangat aku kan. hehe.













Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan