Bootcamp






korang pernah dengar bootcamp tak.. or whatever u call it.. ni kira macam bigger loser punya training tuh. actually dah lama pon berminat nak join. tapi takde gang. aiyoo nak kurus pon kene carik gang ke. pernah jugak nak beli M.A.D coupon dulu. sebab memang giller murah. around 50rm jer. dan dah few time jugak my fren cakap nanti ikut jer lah dia masa ada Bring A Friend tuh. finally, aku ikut jugak lah kan.


so gagahkan diri bangun pagi buta. dah lah minggu tuh aku langsung tak training apa2. hahah kira menadah leherjer lah nih. tgk TL FB kawan aku plak. asyik mintak nyawa jer. cuak ok! tapi kawan aku kata masa BAF takde lah heavy sgt. so aku signup jer lah.


fuhhh, a great experience!!!! dari mula sampai habis sejam takde nak stop minum air ker. stop rehat kejap ke. a BIG NO ok! huhh patut lah kawan aku join 3 bulan boleh kurus giler. 40kg dia hilang. the best part, kalau kita kurus sebab exercise nih, lambat nak naik balik walaupon lepas tuh ko makan macam biasa. kalau kurangkan makan sampai kurus, sampai bila nak kurangkan makan kannnn. nak2 lagi orang yang sgt suka makan macam aku.


memang non stop beraktiviti. tapi itu kira ringan lah. sebab BAF. seb baik aku dapat habiskan jugak. tapi memang separuh nyawa lah. dah lah trainer tuh bleh ingat nama aku. memang pantang nampak aku nak ngelat lah terus kene jerit. yang best, masa kene denda bleh plak dia KOP RIZ the trainer tuh dtg sebelah aku, 'lets do it together', wah wah wah, lagi lah tak leh nak ngelat.


so, aku memang ada hati lah nak join bootcamp nih. tapi aku kene train diri sendiri dulu. so, aku kene berlari semula lah macam dulu. hopefully januari nih bleh start berlari dulu lah. disember gone. asyik hujan rahmat, so banyak yang skip. hehe. tapi makan tak skip tau. :D


Comments

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London