catatan perjalanan : DELHI-AGRA-KASHMIR (II)

Hari ketiga (15 Februari 2012)
hari nih birthday adik saya yang kedua.

pagi tuh cuaca memang sejuk. sementara menunggu nak gi airport untuk meneruskan perjalanan ke KASHMIR, lepas breakfast, sempat jugak jenguk2 sekitar tempat kitorang tinggal tuh. aktiviti dorang lebih kurang kita jugak lah. kebetulan depan hotel tuh ada macam public park, so adalah dorang beriadah kat situ. kalau aku sejuk2 gitu malas dah kot nak jogging. hehe.



kalau keadaan di NEW DELHI adalah maju. biasalah bandar besar. jalan raya, bangunan tinggi, hotel mewah semua pon ada.
kitorang nak ke kashmir tuh naik penerbangan indigo. nih kira macam AA lah kat tempat kita. banyak betul domestik flight kat sini. ada 4 5 syarikat gak lah. indigo nih best gak, airbus, kapal pon baru. penerbangan kitorang makan masa sejam lebih sket. sepanjang penerbangan tuh aku tido jer. ngantuk kot tido lambat malam tadik.






WELCOME TO KASHMIR!!!

sesampai jer kitorang kat Srinagar, suhu pada masa tuh ada 5 darjah celcius. sangatttt sejuk. tapi kitorang memang dah prepare lah. sebab masa kat Agra harituh, kami diberitahu, kat Gulmarg ada heavy snow falls. nasib baik masa kami sampai tuh matahari terpancar. tapi tetap lah sejuk menggigilkan. dugaan jugak nak ngambik gambar. kene bukak glove.


pemandangan di Srinagar memang jauh berbeza dengan Delhi dan Agra. kat sini bersih. jauh lah bersih dari dua tempat tuh. tapi KASHMIR kan kawasan bergolak. so, memang kawalan sangat ketat. sana sini nampak askar/polis pegang senapang bagai. setiap beberapa meter memang akan nampak askar berdiri dengan senjata. gerun jugak tengok keadaan macam tuh kan. pemandangan kat sini, aku bleh rasa, aku bukan kat india jer. rasa macam kat afghanistan ke, kabul ke. *macam lah pernah pergi kan haha* pemandangan kat sini macam kat kamping aku ada juga. ada rumah besar2 , ada jugak rumah kecik. tapi takde lah nampak yang homeless. penduduk KASHMIR adalah 90% islam. so nak makan senang lah kan.


kitorang dibawak ke taman2 MUGHAL. Nishat Bagh dan apa ntah nama satu lagik tuh. tapi melawat taman2 mughal di musim winter adalah tidak berwarna. owh ya, pemandangan di Srinagar nih tidak lah berwarna warni dah kata pon winter kan. hijau pon susah nak nampak. tapi dah kata nak merasa pengalaman bersalji kan. kalau nak cantik dan berwarna warni, datanglah bulan jun atau julai. wah tuh memang bleh buat drama hindi lah kan.


again kat sini pon kitorang dibawa membeli belah kat kawasan pelancongan dorang. dah memang nasib kitorang kot kan. so beli jer lah apa yang ada. owh ya, shuh pada masa nih dah nak mencecah o darjah celsius lah. sebab malamnya dah mencecah suhu negatif. duduk dalam kereta sangat lah seronok. panas!


selepas tuh kitorang di bawa ke tempat menginap. kitorang menginap dalam Houseboat kat DAL LAKE. masa kat jeti tuh, suhu sangat lah sejuk. kalau lama sangat tunggu tuh, mau aku bleh collapse kot. nak pergi ke HOUSEBOAT tuh kene naik SHIKARA - boat / sampan. masuk jer dalam houseboat terus jer semua berkumpul kat keliling pemanas. sementara mengunggu dorang serve dinner.


masa dinner pon semua pon makan dengan lahapnya.hahah. lapar kot. tapi makanan nya agak lain sket. walaupon kari. tapi boleh diterima lah. lepas tuh aku memang dah flat giller. dah lah sejuk. penat. semualah kan. dorang melepak kat hall houseboat tuh. taoi aku terus jer tido. heater dorang guna gas/minyak, so memang berbau lah kan. memang lah tak selesa, tapi janji dapat panas dah lah. dekat houseboat nih, tido pon guna hot blanket, eh bukan, hot bed. kalau tak, maunya tak boleh tido kot.







inilah taman-taman mughal tuh, bayangkan kalau datang time tengah berbunga, mesti cantikkan. skang pon dorang dah start tanam dah lah.masa nih dah nampak salji dari jauh. wow!





HOUSEBOAT-DAL LAKE





gambar atas tuh kat living hall BOAT HOUSE tuh... semua tengah mengelilingi pemanas..klassik kan... tengah kesejukkan semua nih... tuh baju seluar stoking semua berlapis lapis pakai...hehe

kat bawah tuh gambar barangan jualan.. dlm boathouse pon dorang datang gak berjual... tapi aku dah malas dok layan..sebab dah memborong kat tempat mahal tadik.. dah tuh.. dorang susah sgt nak turun harga...aku plak dah ngantuk dan sejuk...

malam tuh, settle makan bagai, ada gak yang lepak kat living hall , tengok tivi kot, atau pon dok view gambar2 di siang harinya... atau pon dok borak2... aku letih sangat... tido jer lah jawab nya... esok dah nak ke kawasan salji plak kan... ok aku stop dulu yer... nanti kita cerita kesah bersalji plak... hehehe..tungguuuuuu... :)


Comments

attyfir said…
cantiknya view kat kashmir tu sid..

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan