catatan perjalanan : DELHI-AGRA-KASHMIR (finale)

17 february 2012
sambungan sket lagik jer nih. kitorang sampai delhi masa tuh dah petang jugak. so perjalanan diteruskan lah. konon nak shopping bagai. again, tempat yang dorang bawak tuh tak memuaskan hati kitorang. sebab mahal dan tak banyak pilihan.
ada few places jugak yang kitoarng sempat tengok jer. sebab tak sempat nak singgah. contohnya india gate, tulip temple etc. tak bleh nak bergambarlah. tapi dah nampak ok lah tuh kot kan.


sampai kat hotel. malam tuh lepas dinner, ada jugak yang ambik peluang gi jenjalan kat sekitar tuh, few of us jer pon. mostly kitorang dah malas nak keluar. sebab dah sgt penat. cuaca sejuk. nak pack barang sebab esok nak fly balik malaysia semula kan.


kat new delhi punya hotel memang best lah. sebab hotel baru. kitorang stay kat hotel blueberry.









lupa nak tunjuk harituh, nih lah heater yang digunakan kat dalam bilik masa kat gulmarg tuh. tapi nyenyak tido. tak sejuk. cuma bau minyak sket lah. aku tahan jer lah yang tuh, janji tak sejuk. hehe

18 february 2012.

selepas breakfast jugak kitorang dah bergerak ker airport. biasalah international airport biasa memang kene datang awal, ramai orang, banyak flight. so, lepas setlle check in semua kitorang habiskan masa kat airport jer lah. sempat lah habis kan duit kat situ.


perjalan dari new delhi ke Kl ambik masa 5jam lebih. dalam flight, malaysian meal served nasi beriani.owhh tidak!!! ingatkan dapat lah nasik lemak pak naseer ke. nasi ayam ke kan. hehehe.


masa trip ke india nih dapat lagik lah pengalaman baru. disamping tengok tempat orang. india memang daif lah. keadaan jalan raya yang bersimpang siur pon macam kat indonesia lah. even worst agaknya. penduduk yang padat dan miskin. kalau korang gi india, walau kat mana sahaja korang bearda, jaga lah beg korang tuh, jangan biarkan orang lain angkat.kang bergaduh2 ramai2 mintak tips. bayangkan kalau korang bawak 3 beg. orang lain2 angkat beg, kang dorang mintak sampai bergaduh antar dorang lah. pernah jugak, masa kat domestik airport tuh, elok jer ada sekumpulan dorang nih dok smoking kat tepi coaster kitorang. tetiba nampak kitorang datang terus mengendeng angkat beg. aku memang tak bagik. aku angkat sedirik. ada yang tak pearsan tuh, hah memang dia ikut lah mintak duit.


walau apapun, itu adalah satu lagi pengalaman baru bagi aku. :)







Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan