catatan perjalanan : DELHI -AGRA-KASHMIR (IV)
16 februari 2012
tak habis lagik penceritaan aku nih. jom sambung.
pagi tuh selepas ronda-ronda dengan shikara kat DAL LAKE tuh, kitorang teruskan gi ke GULMARG. Gulmarg nih adalah kawasan pergunungan salji. perjalanan dari srinagar (dal lake) ke situ almost 2 jam jugak lah. cuaca memang sejuk ye.
walaupon dah pernah baca pengalaman orang lain sebelum pergi, tetap aku tak sangka salji setebal itu.
masa dalam perjalanan tuh, bila ternampak salji sket2 kat tepi jalan, semua pon dah macam happy jer. siap berhenti lagik ambik gambar. pegang2 salji bagai lah kan. * kata pon aku nih first time gi main salji haha*
dalam sejam lebih perjalanan tuh, kitorang sampai kat TANGMARG. kat sini kene tukar naik bas untuk ke pergunungan sana. sebab salji sangat tebal, so kitorang kene sewa kasut lain plak untuk salji. 100 rupee sorang. tapi kasut tuh licin giller.
dalam perjalanan ke gulmarg tuh, menaiki gunung tuh, pemandangan sangat cantikkkkk. macam kat switzealand. macam pernah pergi. #eh memang pernah pergi pon Switzealand, tapi pergi time summer. masa tuh nyesal giller tak gi top of europe (JUNGFRAU). sebab kat top of europe tuh tak kira lah summer ke atau apa musim memang bersalji. tapi bila dah merasai salji kat gulmarg nih, tak nyesal dah. oppsss, kita sambung citer gulmarg ye. hehe.
masa dalam bas nak menuju hotel kat puncak gulmarg tuh ada angin tiup, skali nampak lah salji jatuh, terus macam ambik gambar, konon snow fall. konon katanya kan. hehehe
salji tengah tebal masa nih

cuak gak kan naik bas dorang tuh kalau tengok jalan gini.
nih kitorang dah sampai kat atas pergunungan gulmarg tuh. dah sampai hotel. korang tengok lah bas tuh. klassik kan. kat atas sket dr hotel kitorang nih korang bleh tengok banyak truck askar. kawasan bergolak biasalah.
lepas lunch kitorang jalan ke tempat gondola sambil main salji lah kononnya. memang ramai penarik sledge yang offer kan perkhidmatan. tapi kitorang ingat dekat. rupanya berjalan 2km kot nak sampai kat gondola station tuh. jalan dalam salji penat. dah lah kasut licin.
masa dalam perjalanan tuh tetiba snow fall. wah dapat lah merasa snow fall sekali. seronokkkk.
nih adalah gondola yang tertinggi di duni kalau tak silap aku. naik gondola nih nampak lah pemandangan salji. nampak putih lah kan. bayangkan kalau time summer, mesti cantik kan. masa nih nampak lah ramai yang main ski kat bawah tuh.
masa nak balik semula ke hotel tuh, memang tengah heavy snow fall. masa datang tadi sket jer. so, kitorang semua decide naik sledge. bayaran dalam 200-600 rupee. nasib2 lah dapat penarik yang mana kan.
ada jugak yang try gi main ski. tapi aku tak larat dah, dengan snow yang lebat sangat tuh. dry snow nih, sebab takde lah lencun walaupon salji dah penuh kat baju seluar tuh.
nih salhi yang beku. kat bilik kitotang tuh kalau bukak tingkap nampak bangunan yang diselaputi salji dan ais. tetiba rasa macam tak percaya plak dok kat kawasan pergunungan salji #eh. heheh.
cantik kan pemandangan nih.
korang nampak tak kenderaanberatur banyak2 tuh. tuh lah truck2 askar. ada kem tentera kot kat situ.
malam tuh, lepas dinner, ada yang keluar gi ambik gambar. suhu sejuk tuh buat aku malas nak join. dah lah boot yang disewa tuh licin. so ada antara kitorang yang lepak kat tempat makan tuh. kira2 melepak kat kedai kopi lah kan. suhu malam tuh dah cecah -10 darjah celcius. bayangkan dalam bangunan hotel tuh pon sejuk. kat bilik jer ok sebab ada heater. kat tempat makan tuh ada heater gak. tapi dah tempat tuh besar terasa gak sejuk lah. sambik borak, sambil duduk bagun dekat kan diri kat heater tuh. hehe
pagi ni, lepas breakfast kitorang dah nak kene gerak ke srinagar semula. nak fly balik ke delhi. jem jugak nak turun tuh, sebab ada kenderaan tentera nak naik. so kat mana2 yang selisih tuh, ada yang kene berhenti dulu. lama jugak perjalanan nak turun tuh.
tengok lah tayar kenderaan tuh. diletak rantai, sebab licin kan. nak kurangkan geseran lah tuh kan. tayar bas pon sama gak lah. sampai kat TANGMARG, kitorang pulangkan balik kasut dan tukar naik kenderaan lain. kemudian perjalanan kami terus ke airport. kat bawah tuh gambar budak skolah main kriket. nih dah kat srinagar. dah nak masuk kawasan airport pon nih.
airport kat srinagar nih, kawalan memang ketat. berapa banyak kali security check. masuk jer kawasan airport. kenderaan kene berhenti, keluarkan beg segala bagai untuk security check. kene scan bagai lah kan. lepas tuh hangkut balik masuk kereta.
kemudian dlm 1km, keluarkan balik beg tuh sebab dah nak masuk dalam building airport. masa nih kene beratur, sebab nak masuk jer terus kene security check sekali lagik. beg dan orang. so, kira kalau nak hantar sampai kat luar tuh jer lah. masa nih plak, dorang tak bagik hand luggage. semua kene naik belenggang kecuali camera atau beg kecik macam pouch jer lah.
lepas tuh, sebelum nak check in, sekali lagik ke isi maklumat diri, ngan no passport, tarikh luput bagai lah. leceh! masa sampai arituh pon kene gak. banyak maklumat nak kene isi, dah makan masa kat situ.
masa nak masuk departure hall tuh, ada lagik security check. masa tuh dah takde bag. aku cuma bawak naik kamera kecik dan beg duit jer. tuh pon kene bukak tunhjuk bagai. camera pon dia tengok, suh on lah.
sebelum fly, tiket saper yang ada tag bag2 semua tuh, kene gi check bag. kebetulan aku ngan 2 orang lagik punya tiket nih dorang tag kan semua bag2 kitorang, so, gi lah kat satu tempat tuh. dorang kira lah bilngan bag semua. nak make sure beg semua tuh cukup. tak pernah lagik aku cengginih. hehe.
lepas tuh terkejar2 lah nak masuk kapal terbang kan. guess whatttttt. sebelum masuk kapal terbang tuh ada lagik security check. again, beg duit aku pon dorang suh bukan bagai. hah, korang kira lah berapa security check yang ada. dah pergi jenjalan kat kawasan bergolak cenggini lah cerita nya kan.
alhamdulillah selamat. 2 3 hari leaps balik kl, ada berita dorang kat srinagar kene tembak. penduduk tempata kot tak silap. apa ksahnya ntah.
flight 1 jam lebih tuh aku ambik peluang tido jer.
so macam tuh lah kesah perjalanan kitorang kat kashmir - srinagar, dal lake, gulmarg. ada sket jer lagik nak citer. nanti lah kita sambung lagik ye. :) tunguuuuu
Comments