Makan-makan di INDIA

sebelum kita sambung episod seterusnya catatan perjalanan aku, meh kita tengok apa yang aku makan sepanjang kat INDIA arituh. kalau kat malaysia nih, kedai mamak ngan aku dah sinonim lah kot kan. well aku dan kari nih kira takde lah masalah kan. katanya lah kan. hmm, tapi kalau dah pagi petang siang malam selama seminggu tuh. apa korang rasa. eh apa aku rasa lah kan. kalau makan asam pedas pagi petang siang malam selama seminggu pon tak jalan kan. aku rasa bermasalah jugak. hehe. tapi masakan northern india nih, takde lah exactly ngan kedai mamak tuh. tapi jugak kan, dah macam2 vegi jugak yang di karikan tau. kentang pun banyak. macam2 jenis masakan. meh lah kita layan sebahagian dari gambar makanan yang aku makan. sebahagian jer lah ye. mana yang sempat di snap. hehe

tuh adalah kari ayam. dan kari sayur apa aku tatau, ada kentang ada green peas etc lah jugak. nih dinner masa hari pertama. bleh lagik lah layan.


nasi putih memang marvellous. beras basmathi.
nih lunch kat mana ntah agra. aku order stuffed paratha ngan dal. fuhh ini memang best. paratha tuh stuffed dengan kentang. dorang nih memang suka sangat kentang. dan dal nya memang best. susah nak carik dal camnih kat sini. owh ini mungkin sebab hidangan hari kedua. kalau hari berikutnya, mungkin kesedapannya tak sama dah kot. KOT lah kan.



dinner. roti nan ngan capati ngan kari ayam. nan dia best lah dari kat sini. sebab tak lah tebal sgt. lama2 macam dah tatau nak makan apa gak tau.

puree ngan potato untuk bfast. tapi potato tuh dah rasa kari gak tau. tatau lah kari ker apa, tapi ada rasa rempah lah. hehe. so the following day kalau nampak potato pon dah taknak dah. boleh gitu? hehe

serious tatau apa ke nama. hehe



roti dengan butter ngan jem nih memang kene ambik gak. kalau tak, kang takut tak kenyang. sebab dah tatau nak makan apa kan. perjalanan nak diteruskan jauh gak tuh. kang lapar susah gak kan. *alasan*

steam rice memang best lah tengok. sebab beras nya cantik. beras basmathi.



kat mesia kalau tengok chicken masala .. paneer macam best jer kan. tapi skang kene berpantang lah dulu. heheh.

tiap meal dorang mesti serve roti (nan atau capati etc) ngan steam rice. roti nan tuh makan cenggitu pon kira ok jer lah.

papadom

gulab jamun. dessert. aku tak makan pon. tapi since dorang suh gak rasa. rasa lah sket. sangat manis.

buffet bfast

beriani telur. best. beriani memang best lah.

nih chicken beriani dalam flight masa nak balik KL . errr, apasal lah bukan nasi lemak pak naseer ker, nasi ayam ke kan. hmmm.

basically makanannya memang ok lah. cuma dah kita nih rupanya tak boleh makan kari pagi petang siang malam :P . so buat dua tiga menjak nih, kalau tengok kari2 bagai nih, kenalah aku bawak2 bertenang dulu ye. hehe.

so cenggitu jer lah kesah makan .




Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan