Jom Makan : makan-makan di perantauan - II

Kesah makan-makan lagik
Belgian Waffle, di London hahaha. ni makan dekat2 dengan London Bridge. Sekejapan jer Choc tu beku, sebab cuaca sejuk

pastries kat Harrods, aku beli chessy scone jer pon :p
mix shawarma kat Taza restoren
ni breakfast kat palace court hotel. kalau tgk timun, tomato dan telur tuh, memang rasa macam ada nasi lemak jer kan. tapi takde lah nya . sebab tak reti makan sayur gitu, so makan jer lah roti dan cheese ngan telur tu

creamy scone, beli kat Greggs. aku suka beli food kat Greggs ni sebab murah, scone ni 90P jer tak silap. kebanyakan pastry dalam 1 pound jer. Tuna sandwich 6 inch kot baru 2.5 pound
fish and chips, beli kedai turki masa nak tunggu bas balik ke London, dari Liverpool
tadaaaaaaa, ada kenduri. ni masa aku datang balik ke umah kawan aku di Canterbury, nak ambik beg yang tinggal kat situ. kebetulan, dia buat makan2 ada orang malaysia datang, so panggil lah beberapa student2 Malayia kat situ jugak
nasi bukhara ayam dan dalca telur dan kentang. 
bit root salad dan akok
agar2 coklat, ada student mana ntah datang bawak
bread butter pudding pon ada yang datang bawak.
my plate. full plate hahahaha
flight nak balik KL delay. so melepak kat Lounge. makan tak berhenti. nak sampai ke Kl, tak berhenti aku makan. 
fish plate. ikan yang rolls tuh sangat sedap. tatau ikan apa
nasi lemak dan ayam masak merah. ada jer kacang telur timun etc, tapi malas plak nak ngambik.
sandwiches, cheese dan ikan. aku suka betul lah makan cheese gitu. 
sambung makan dalam flight pulak. hmmm memang no stop lah. stop pon masa tido jer, latte pon bercawan2 request, best pulak minum latte makan biskut, chocolate sambil tgk movie. 
starter. 
pan grilled salmon kot. with potatoes and vegies. aku kalau ada salmon memang akan pilih yang tu lah kan.
breakfast pulak. croissant tu sedap giller, mungkin sebab makan panas2 kot.
untuk breakfast ni aku pilih mix grilled. ada chicken sausage, beaf steak, dan lamb kebab. served with potatos and vegies.
 
ok, balik Malaysia terus semua baju pon dah ketat. 2015 start diet balik :p

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan