Catatan Perjalanan : UK dan France di musim sejuk - VI

Sambungan lagi... sikit jer lagi.. :)

13/12/2014 - Day 16
hari ni kira macam last day lah nak gi memana kat London nih. esok flight pagi. so lepas breakfast aku gi ke Wembley. last kopek punya shopping lah konon. kali nih naik tube dari Paddington. sebenarnya ada jugak niat nak minum Lindt hot choc kat London designer outlet wembley tuh, owh takde rupanya. kat Ashford jer ada. hmmm so beli jer lah chocolate. kat Paris arituh besar jugak kedai Lindt ni, kira siap boleh lepak minum2 lah. dekat2 la Fayette tu je.

actually hari nih dah nak check out hotel tuh. nak terus ke Heathrow. so, kena rushing jugak lah. balik dari Wembley tuh terus turun kat Bayswater, gi pekena Taza kebab sekali lagik.


Covent Garden
Charlie Chocolate Factory... tapi takde jual choicolate kat sini
KFC halal kat Paddington
pondok telefon gan peti surat nih memang glemer lah kan


Lepas lunch, jalan2 lah sekitar Bayswater tuh, keluar masuk kedai souvenir. kalau ada apa2 nak beli last minutes kan. tapi tatau nak beli apa. serious kali nih aku takde beli souvenir pon. ada lah beli fridge magnet 3 4 ketul. lepas tuh belikan buah tangan untuk adik beradik ipar duai ngan anak2 buah .

lepas tuh terus balik hotel. patut check out kol 11, tapi sampai hotetl pon dah kol 1. actually barang2 semua pon dah pack. terus ambik barang dan check out jer. hmmmm.... bermula lah agenda beg berat nak hangkut ke airport. hotel ke station paddington dekat jer, belakang hotel jer.

kali nih takde lah naik Heatjrow express dah, turun naik tube jer lah kan. aku lupa, masa nak tukar train dari stesen mana ntah, ada kene naik tangga tinggi. fuhhhh.... aku pikir kene angkat satu2 lah kot. kalau turun ok lah kan, redah jer tarik haha. hmmm sekali ada lah sorang mamat nih offer nak tolong. hadoi... lega.

sampai airport, terus gi check in dulu. Hilton kat terminal 4 tuh jugak, macam, sama-sama hotel ngan klia lah. lbh 5 minit gak jalan. lepas check in, lepak2 jap, then gi airport semula, nak ambik beg kat left luggage. 4 hari kot erk tinggalkan harituh. kene 30 pound. lepas tuh dok pusing keliling tgk manusia sambil minum kopi. heathrow tuh kecik jer. takde apa nak buat pon. tak kuasa lah nak gi terminal lain kan. so jom lah balik hotel dan packing. kene re arrange barang2 tuh. jenuh lah jugak.

malam tuh, dapat tau flight delay plak. ke kol 1.30pm. hmmmm kalau tau tak payah dok hilton hehehe. owh, tapi dok hilton ada orang belanja, so takper lah kan. rezeki hehe. hmmm tapi sure ramai orang nak check in kalau lambat, takleh lah nak turun lambat sgt kan.



14/12/2014 - day 17
Last day in London. kol 8.30am kot dah settle check out dan menapak ke airport. hmmm dengar macam jauh lah sgt pulak. nasib baik orang tak ramai sangat. owh, rezeki aku kali nih penerbangan ditaja. dapat lah merasa naik business class. kalau bayar sendiri, memang takde lah kan. so lewat pon takpe patutnya check in. bukan panjang pon beratur. tapi aku kan tak suka kelam kabut.

lps check in, gi turun claim V.A.T plak kat level 1 kot. hah, pjg jugak q kat sini. ada satu famili tuh, dari aku line up sampai aku sudah, dia tak settle lagik. hahaha. dah lah banyak nak claim. ye banyak giller ku tgk resit borang etc. dah tuh, time tuh jugak baru nak isi form. hmmmm


lepas tuh terus masuk ke dalam. kat dalam nih ok lah, banyak kedai bagai. tapi hmmm tak kuasa lah aku nak melilau sgt. sbb malas dah nak berbelanja. hahaha. katanya lah. poket pon dah menipis hahaha. so melepak kat lounge jer lah, makan....makan..... dan makan. keluar masuk keluar masuk lounge jugak lah. kol 12 pon flight belum sampai lagik. masa nampak flight sampai tuh, terus semangat patriotik menebal hahaha... proud to be malaysian. so, lps tuh, dalam 2pm jugak baru boleh boarding.

korang tengok tak dulu, majalah 3 ada buat dokumentari pasal A380 ni, masa tgk tuh, terus aku berangan nak rasa naik. akhirnya ada gak rezeki. alhamdulillah selamat mendarat di KLIA selepas 13 jam diudara.


maka berahirlah kesah kelana aku ke UK dan France. eh, ada sket lagik... hehehe, sket jer lagiiiii ye :)

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan