Catatan Perjalanan : Uk dan France di musim sejuk -III

Sambung lagi.....

5/12/2014 - Day 9

Pagi tuh sampai Edinburgh dalam jam 7am. memula nak tunggu kawan aku datang ambik lepas dia hantar anak sekolah, tapi lepas tuh dia kata husband dia abis kerja 830am, kalau nak tunggu nnt husband dia dtg dlm 845am sampai situ. ok lah kan, gi toilet, breakfast etc, dah pon 830. kawan aku tuh siap lah bagi plate kereta nnt husband dia datang pick up.

dalam perjalanan nak balik rumah, husband dia bawak singgah Arthur's Seat dulu, untuk bergambar dan tgk pemandangan, katanya skang cuaca tak menentu, nnt takut tak sempat nak pergi kalau hujan. kalau orang datang Edinburgh mesti naik Arthur's Seat nih. hmmm terus jer pasang angan2 nak datang lagi untuk jalan naik ke atas. bukan naik kereta. ok, berangan memang kuat aku nih. ok jom makan megi, simpan duit. eh megi pon mahal skang wei... abis camno.

sampai rumah kawan aku dok tgh sedia kan bfast, since dia nak jumpa SV dia kejap tghari tuh, so dia just sediakan simple western breakfast. alhamdulillah, hujan2 nih semua pon memang makan bertambah.

pemandangan sekitar Arthur's seat.







tengah hari aku ikut jer kawan aku pergi Uni kejap. kejap jer pon, sebab dia nak jumpa SV untuk sign borang appraisal. huhh, aku lps balik jalan baru suh SV sign heheh.
ni pemandangan Edinburgh University new college. sejuk gille kot, malas aku nak merayau kawasan sekitar.
ni pemandangan Edinburgh Castle dari University. owh ya Husband kawan aku nih orang seni, pandai melukis, so activity sampingan melukis dan jual lukisan. cantikkkkkkk
lepas tuh kitorang jalan kaki ikut Grass market nak naik ke Edinburgh Castle. lepas ambik2 gambar kat kawasan castle tuh, kitorang turun ikut Princes Street, lalu ikut Waverly Edinburghdan naik pulak ke Carlton Hill nak tengok Sunset.
lepas tuh turun nak ke town, sempat lah lalu ikut North Bridge. lepas tu tunggu bas no 30. tunggu bas kat sana memang senang sebab memang dia siap2 bagi tau berapa minit lagik bas sampai. dah kekerpan sgt kerap lah kan. apa punya ayat aku nih, hmmmmmm
malam tuh, dinner asam pedas! huhhh memang makan non stop lah. dorang nih kalau ada tetamu dari malaysia memang kene pasang heater lebih waktu sket. maklumlah, tak tahan sejuk. owhhh dekat Edinburgh memang sejuk sangattttt. 

Edinburgh Castle
sekitar Grass market
sekitar grass market

Edinburgh Castle.









Carlton Hill

Carlton Hill


Carlton Hill






area north bridge


University of Edinburgh - Old College

University of Edinburgh - Old College


6/12/2014 - day 10

Hari nih kawan aku ada majlis sket dengan gang2 student malaysia kat situ, aku malas lah nak join, so aku plan nak gi Glasgow. pagi ni breakfast nasi goreng dengan roti. hmmm memang makan sampai kenyang lah.

dari rumah kawan aku, ambik bas no 30 untuk ke town. amnik day ticket terus, 3,50 pound. so sehari boleh guna, kalau tersesat pon senang turun naik bas jer. tak bayar dah. sampai situ terus ke trai station - Waverly Edinburgh. ambik tiket untuk ke Queen Street. ticket dalam 12.6 pound . kalau turun sini sennag sikit, tak macam central station Glasgow, situ banyak sgt train. plan nya memang nak lah jenjalan sampai ke University of Glasgow, sampai Strathclyde  University ke. tapi cuaca tak mengizin kan. memang cuaca kat Scotland time tuh tak menentu sket. so, aku pin sama-sama sibuk dengan orang yang nak sambut Christmas kat Hi Street. - Buchanan Street.

so activity hanya mengelilingi High Street jer lah. hmmm ada reason untuk datang lagik. bila tu, jangan tanya lah. ada rezeki sampai lah. hehehe. ni yang tak best jenjalan time nih, cepat sangat malam. dalam kol 5 lebih ambik tren balik Edinburgh. % lbih tuh dah isyak lah kan,

sampai Waverly station, menapak ke George St, nak gi HRC Edinburgh. HRC ni kat area Princes Street. selesai aktivity kat HRC, tunggu bas, naik bas 30 jugaklah nak balik. actually ada few buses lah jugak lalu kawasan rumah kawan aku tuh. punya kenyang makan breakfast pagi tuh, memang tak lunch pon hehehe. balik jer dinner is served. Fuhhh lauk punya lah best, sambal sotong, ada kari ayam, telur dadar dan sayur. mana tak bertambah. naju pon dah ketat nih hehehe.

penat punya pasal, memang lena lah tido malam tuh


Edinburgh Waverly 

naik tren dalam sejam gak kot sampai Glasgow


ni sekitar hi street kat queen station tuh

Buchanan Street, Glasgow
HRC Edinburgh


7/12/2014 - Day 11

Last day in Edinburgh. Edinburgh memang cantik. antik sungguh senibina bangunan nya. rasa tenang jer kat sini. rasa macam bukan hiduop di tahun 2014. tapi facilities sangat bagus.

pagi tu, kawan aku buat hash brown untuk breakfast. hmmm duduk tempat orang kene rajin lah masak. kawan aku nih memang pandai buat cake etc, memang siap buat tiramisu bagai lah harituh.

lepas breakfast tuh, husband kawan aku tuh bawak ke car boot sale. seronok jugak tengok macam2 pon ada. dan kalau dudk situ memang sangat berbaloi nak beli macam2. aku dapat satu kemeja Fossil putih yang belum pakai pon. tag pon ada lagi hahaha. lepas bargain dapat 3 pound jer. Giller kan, harga asal 50 pound kalau beli kat High Street. lepas tuh singgah town nak carik apa2 yang patut.

balik terus lunch, hmmm luch ikan bakar air asam dan sup tulang. fuhh, memang tak hingat lah bertambah2 makan. siap ada dessert tiramisu cake.

hari nih cuaca kat Edinburgh memang tak menentu. pagi tuh, dah frosting, fuhh memang sangat2 sejuk lah. memang tak tahan nak duduk kat luar lama2. lepas tuh panas, maksud aku ada matahari. tapi tetap lah sejuk kan. so mencair lah frost tadik tuh. so cadang lepas lunch nak naik ke Arthur's seat. tapi lepas tuh hujan. lps tuh jugak kelam jer cuaca. hmm ini lah yang dorang kata four season in a day. hehehe.

so hari tuh aktivity indoor. dah alang2 stay indoor tuh, aku dok discuss pasal research ngan kawan aku tuh. kebetulan methodology kitorang sama, cuma field lah berbeza. sebelum dinner tuh sempat lah pergi kedai area rumah. hmmm groceries memang murah lah sini, kalau ikut macam2 kawan aku nak bekal kan, tapi sebab berat nak bawak balik, sikit cukupla heheh.
ni rumah kawan aku kat Edinburgh

Car boot sale











Malam tuh dah nak balik London semula. sama jugak ambik megabus Gold. ticket memang dah beli siap2 sebelum gi UK pon. bas malam tu jam 1045pm. sebab dah tau, so cepat2 que nak duduk kat bawah so katil best sikit hehehe.
kati kat bawah bukan untuk double so rasa selesa dan luas siket. 


so itu lah kesah sepanjang kat Scotland. tak abis lagi nih, lepas nih kesah kat london, manchester dan liverpool pulak. next entri ye. :)

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Temuduga: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

peribahasa : tiada beban batu digalas