Catatan Perjalanan : UK dan France di musim sejuk - V

sambung lagi...

11/12/2014 - Day 14
Hari nih nak gerak ke Liverpool. kat Manchester memang sejuk, semalam ada hujan ais. comel pulak tengok ais kecik2 jatuh dari langit. pagi nih check weather kat Liverpool, 0 degree, tapi real feel -8 huhhhhh sejukkkk.

pagi tuh breakfast kat Manchester Piccadully, beli sanwich kat Greggs, murah. lepas tuh minum kopi  kat starbucks. train dalam pukul 10. naik tren dari Manchester Piccadilly ke Lime Street Liverpool. sebab nak jalan2, just left luggage kat station tu je.



Liverpool


keluar dari station gi beli ticket bas kat Merseytravel Queen Sq. beli day ticket jer senang. cuma 3.7 pound. depan tu memang banyak bus stop. owh aku dah tentu2 nak gi Anfield kan. duku kan aku peminat tegar Liverpool. sekarang dah tak tengok bola. hehehe.

nak gi Anfield kene naik bas no 17, tunggu kat bus stop no 6.


Liverpool! here i come

sekitar anfield

This is Anfield



Lepas bergambar bagai, naik bas balik ke Lime Street. weather memang sejuk giller. sampai town tu nak pergi kat Beatles punya exhibition, so tunggu bas kat bus stop no 9, ambik bas city link (CL) untk ke Albrt Dock. sebelum tuh lalu kat tepi Laut tuh. Liverpool memang cantik. dah booking hotel kat Manchester baru aku perasan yang sepatutnya aku kene overnight kat Liverpool bukan manchester. tapi ok lah, i have reason to come again hehehehe.

sekitar Albert Doc














lepas tuh aku naik bas semula ke lime street, padahal boleh jer jalan kaki. tapi sejuk hehehe. padahal 1 liverpool coach station tuh depan albert dock jer. tapi malas nak bawak beg so kene lah gi ambik semula beg kat train stesen.


cantikkkkkkkk ni sekitar Mersey ferries tuh. dekat ngan Albert Dock jugak

 
 
petang tuh naik mega bus juga balik London. rupanya bas tuh patah balik ke Manchester bukan terus ke London.
 
sampai London Victoria coach station, singgah TREATS beli food. sebab malas nak makan berat, kat liverpool dah beli fish and chips makan dalam bas.. so beli samosa ngan coffee.
 
 
dari Victoria coach station menapak jugak ke Grosvenor garden nak ambik bas 36 ke St  Mary Hospital. Malam ni tido kat Continental Hotel. turun bas jer terus hotel.
 


12/12/2014 - Day 15

Kawasan hotel ni best sebab dekat jer dengan Paddington station, so area Paddington tuh memang senang makanan halal, nak makan subway kfc pon ada halal. tapi silap pilih hotel. hotel tak best hehehe. tapi takper lah memang dua hari nih balik lewat malam dan sampai hotel untk tido jer.

ni kira hari2 terakhir di London. hari nih nak gi Canterbury lagi, sebab nak ambik beg. skang dah pandai dah gi sana hehehe. pergi naik bas jer.

tapi pagi tuh sebelum tuh, pergi ke Covent Garden dulu. saja lah nak jugak tengok Covent Garden ni. owh, Covent garden nih bukan lah garden macam hyde park tuh. tapi tempat shopping. kalau dulu kat sini kira pasar jer. Ada lah sejarah dia. dekat2 situ ada jugak tempat nak tgk teater willy winka the chocolate factory. tapi, tak kena pulak masa nak tgk. hmmm lain kali jugak lah jawabnya.

nak ke Cobent Garden ni aku ambik bakerloo kat Edgware road, then turun kat Charing cross- depan trafalgar square. so menapak jer ke Covent Garden.  balik tuh ingat nak pergi Wembley , nak gi sekali lagi London factory outlet. sekali tersilap tengok train. memandangkan Chiltern rail nih kekerapan kurang sket so, aku decided pergi esok jer lah. sebab hari nih nak ke Canterbury.

so ambik Bakerloo dr Marylebone ke Oxford circus then dari situ tukar victoria line sampai ke Victoria Station. jalan kaki ke Victoria coach station dan beli tiket National express ke Canterbury.
kalau naik bas kat sini, memang dorang pentingkan keselamatan. kene pakai seat belt. pemandu bas pon sangat mesra pelanggan.

Sampai Canterbury, dok merayau dulu kat Hi street tuh, siap bagitau kawan aku tak payah datang ambik lah, nanti aku jalan kaki jer gi ruma dia. dah expert katanya hehehe. kebetulan pulak, ada buat makan2 kat rumah kawan aku malam tuh. ada sorang student tuh family dtg dari Malaysia. so dorang kumpul lah few Malaysians student jugak kat situ. Main menu Nasi bukhara ayam dengan kurma telur dan kentang. hmmm rezeki betul kueh muih pon macam2 ada.

pukul 8, aku gerak ke station bas, nak balik London semula. sampai Victoria coach station ambik bas 36 untuk balik hotel. macam biasa lah tunggu bas kat bus stop Q dekat Grosvenor garden..

ok...ok.... kita stop dulu ye.... nanti sambung lagik.... ada sket jer lagi dah... :)

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Temuduga: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

peribahasa : tiada beban batu digalas