Catatan Perjalanan : UK dan France - II

Jom sambung ...

30/11/2014 - Day 4

Hari ni masih di Canterbury, actually Canterbury ni kecik jer lah, tapi cantik. So hari ni, tkde lah aktiviti apa, kecuali nak tgk2 sekeliling Canterbury ni jer lah. So pagi tu lepas breakfast, aku jenjalan sekitar Hi Street kat situ, jalan kaki jer. Biasa kalau gi High Street nih, jalan2 cuci mata jer lah. tapi memang tak lepas memang akan masuk lah Primark, Boots, Sports Direct hehehe, tuh memang merata tempat ada, so adalah terlekat satu 2 barang buat buah tangan untuk adik beradik.

cuaca hari tuh pon agak sejuk, masa memula sampai London memang rasa sejuk, rupanya kat sini lagi sejuk hehe. tapi memang suhu kat situ lebih rendah dari London pon lah. lepas jalan2 kat High sreet tu, balik lunch. Tuan rumah dah sediakan nasi lemak siap dengan ayam goreng. Sambal, timun telur semua tu memang dah kengkap lah. makan sejuk2 nih memang tak sedar bertambah hehehe. kalau ada kawan2 nih, memang merasa lah masakan Malaysia.

Lepas tu bersiap-siap nak ke Ashford Designer Outlet. Memang dah ada barangan yang berkenan semalam kan. hehehe. ada lah satu dua. tapi ntah kenapa debit card aku tak boleh guna. hishh, walaupon ada cash, tapi risau lah jugakkan. perjalanan masih panjang. kalau memang debit card tak boleh guna habis lah. masa kat clark dah memang terpaksa guna cash lah. masa kat Fossil, kawan aku bagi guna credit card dia jer. pelik betul. nama pon debit card kan. dah tentu ada duit baru kita guna. memang dah call siap2 nak guna kat luar negara. tak nak jadi macam masa kat Phuket dulu. rupanya terlupa nak inform bank.

so memang potong lah nak shopping. so sempat lah masuk 3 4 kedai jer.  balik tu, kawan aku suruh call bank. dia memang ada satu phone yang memang murah untuk call Malaysia. tapi jawapan dari yang handle customer service tu memang agak menghampa kan. so kawan aku suh try call semula bila malaysia dah siang. so esok nya call lah lagi. rupanya aku tak ubah default limit hanya rm500, hmmm. So dan dan tuh lah tukar kan. rm500 tak sampai 100 pound pon. haiii mana boleh jadik kan. so takde lah sempat membeli semua yang diidamkan. hehehehe

ni rumah kawan aku kat Canterbury.

park kat tepi rumah. so masa musim sejuk main jalan tengok2 jer lah. takde lah nak melepak kan hehe
sekitar jalan nak ke Hi street
salah sebuah public library kat situ
ok, bangunan kat atas dan bawah ni aku lupa nama apa. tapi cantik kan. ini lah seronok kalau berjalan ke tempat yang senibina lain dari tempat kita. dapat melihat kelainan pulak

owh masuk Fossil memang rambang mata. mana nak ambik nih hehehe. Harga kalau kat Outlet memang boleh beli lah, memang kat Malaysia tak boleh dapat lah. kalau beli kat Hi Street, bila convert tuh terasa lah kan hahaha.
dah nak masuk winter memang banyak boots sesaja. fuhh rambang mata. hahaha
buah tangan untuk anak buah sorang tuh. since mak dia suh tengokkan first shoes Clarks untuk che mek tuh. Anak buah kesayangan pon tak dapat kasut Clarks, sebb kasut yang dia berkenan takde size. bukan boleh main beli yang dia taknak susah pulak nak suruh pakai nanti.
 
 
 
1/12/2014 - Day 5
 
Last day kat Canterbury. pagi ni lepas breakfast keluar jalan-jalan. lepas kawan aku hantar anak sekolah, kitorang jenjalan sekitar Canterbury lagi. Memula ingat nak gi bergambar kat Dover. Nak tgk White Cliff, tapi cuaca yang tak berapa cantik, nnt tak nampak pulak view yang cantik tuh kan.
 
 
so saja jalan2 tengok sekitar University of Kent, Uni kawan aku nih lah. Tapi hari nih tak boleh nak jalan merata sangat lah sebab petang nanti nak balik London pulak, sebab nak ambik bas gi Paris. Sebab tiket dah beli awal, perancangan semua dari London, so terpaksa lah balik ke London. Nak ambik Eurostar dari Ashford tambang dah mencecah ribua ringgit malaysia. sebab lambat beli, so batalkan jer lah hajat nak naik euro star yang memang dah lama diimpikan. hehehe
 
 
so petang tuh, aku naik tren ke London dari Canterbury East, Canterbury East ni jauh sket lah, dalam 5 mint naik kereta dari rumah kawan aku. sbb tengok jadual memang better naik dari Canterbury East.
 
Canterbury => London
 
Southestern Train = Canterbury East - Victoria Station.
 
Memang nak turun kat Victoria, sebab nnt senang nak jalan kaki jer ke Victoria Coach Station. Malam tu jam 8 kot naik megabus ke Paris. tapi bas ke paris ni takde pulak yang megabus Gold. so teringat pulak macam balik naik bas kat kampong zaman dulu2. tapi bas dorang tak laju, takde lah takut sgt nak naik. bas nih. bas ni rupanya lepas tuh meneruskan perjalanan ke Barcelona
 
 
yang makan masa lama naik bas nih sebab ada dekat check point memang check can chop passport bagai. lepas tuh nak seberang Selat Inggeris tu naik Ferry. best jugak lah naik ferry nih, sebab kitorang kene turun dari bas. so boleh lah minum2 kopi atas feri atau shopping mana yang patut. tapi sebab hari dah malam, so takde lah nampak pemandangan kan.  so berhajat nak tgk masa balik nanti lah. hmmmm tapi lain pulak ceritanya. hehehe. feri tuh ambik masa dalam 90 minit. kemudian perjalanan bas diteruskan ke Paris melalui Amien.
 

Sekitar University of Kent
barang tinggal kat rumah kawan aku untuk shipping balik. bukan beli apa pon, ada lah chocolate, kopi, jer yang banyak, lepas tuh kelengkapan conference haritu malas nak bawak balik sebab berat. sebenarnya memang ada barang2 yang nak bawak balik pon tinggal sini dulu dan ambik kemudia.
Victoria Station 
Victoria Coach Station
Megabus. aku menag dah beli sesiap tiket online sebelum datang so murah sket lah. nih kira bus murah lah nih, London_Paris_london 40 pound jer. banyak tiket bas dah keretapi ke luar London memang aku dah beli sesiap dari Malaysia.
 
 
2/12/2014 - Day 6
 
Paris! here i come. Bas stop dekat Porte Maillot coach station. tapi coach station dia taklah hebat macam kat Victoria tuh, kat kawasan tanah lapang cenggitu jer. tapi berdepan dengan mall apa ntah. lupa pulak.
 
 
so dah sampai Paris guna lah kemudahan google map dan apps citymapper tuh. hmmm, ntah apa lah dua benda nih buat hal, ntah mana2 dia bawak aku. kalau ikut arahan tuh, aku kene naik tren Line Kuning (C) dari Neuilly- Porte Maillot ke Pereire - Levallois.
 
 
sampai situ bukan main pusing keliling nak carik hotel. memang ntah camner dia detect area hotel tuh jer. area WAGRAM. padahal ada jer station lain yang dekat. aatau boleh jalan kaki jer. hmmmm pengalaman lah kan. dah lah nak sebut nama satu2 tempat tuh tak berapa nak betul. so memang tertanya2 orang jugak lah. simpang kat situ pon memang bersimpang siur lah. hmmmm
 
 
lst2 jumpa lah jugak hotel. fuhhh. tak boleh nak check in lah pulak, takper lah, simpan barang jer. then terus gi cari breakfast. bila tgk google map, Arc De Triomphe memang dekat jer nih, so tanya lah orang kedai tuh. sebab dia tak reti nak bg direction, hmmm sampai ke tepi jalan dia tunjuk arah hehehe.
 
 
so menapak lah aku ke Arc De Triomphe, memang walking distance pon, tak sampai kot 1km.
 
lepas tuh menapak pulak mencari Eiffel Tower. ini lah yang semua orang pon nak tengok kan. dok pikir jalan kaki jer lah sbb tengok dalam map dekat jer. dah nama pon tower mesti tinggi, so nnt mesti nampak kan... Jalan punya jalan memang jumpa lah hehehe.
 
 
lepas ke Eiffel, aku nak ke Notre Dame  pulak, so dari sini ambik tren line kuning (C) dari Champs de Mars ke Bir Hakiem, then tukar naik line 6 (hijau) ke Edgar Quinet untuk ke Notre Dame.  aktiviti memang tegok pemandangan dan ambik gambar jer lah. kat sini memang ada jugak lah gantung kunci kt bridge. macam kat korea harituh lah, tapi takde lah aku nak mengunci cintaku dalam hatimu kan. hehehehe. lain lah kalau aku dah pasti orang tuh memang nak mengunci cintanya untuk ku kan. eh... tetiba.. hahahah... main2 jer lah.
 
 
Dari Notre Dame berjalan kaki lah aku ke Musee Du Louvre . alah, yang piramid tuh, memang plan nak masuk dalam nak tgk potret monalisa. owh tutup pulak hari selasa rupanya. so esok lah datang lagi ye.
 
 
kat sini takde kad oyster macam kat London tuh. tapi boleh lah beli sekali kad metro tuh 10 keping. bila dah beli rasa rugi pulak, sebab naik jarak dekat2, tak sampai pon harga kat bulk tickets tu. tapi dah beli guna jer lah.
 
 
Dari De Louvre ni jalan pusing keliling sampai lah ke Galleries La Fayette. agak jauh jugak, tapi being me, jalan kaki kalau 10km pon ok kan hahahaha. so jalan kaki jer lah, sambil ambik gambar, tengok kiri kanan. tapi agak susah sket lah, tak semudah London. tapi kalau tanya orang kat mana La Fayette hmmm semua orang pon kenal lah kan.
 
 
lepas tuh nak mencari Hard Rock Cafe Paris. kalau sebut memang susah lah orang nak paham kan. R aku tak cukup idgham nye hahaha. ada yang memang tatau pon, so sampai tunjuk map, siap tulis dan tanya. dah disebabkan HRC adalah salah satu tempat wajib singgah kat mana2 town yang ada, so gigihlah kan tanya. last skali macam nak give up. stop minum kopi dulu. seb baik barista tuh tau heheheh. tuh lah orang kata usaha tangga kejayaan hahahaha.
 
 
dari HRC terus balik hotel. naik tren kat station apa lupa dah, tapi memang betul2 depan HRC tuh. hmmmm silap turun lagik. turun kat WAGRAM jugak, so memang pusing keliling lah nak carik hotel lagik.
 
 
kat Paris weather memang lagik sejuk lah, nak compare kat London. sejuk sket dari Canterbury. fuhhhh.... malam tuh bukak makanan bekalan brahim. hmmm nit bad gak lah makanan dia kan. hah...terus terpikir nak buat stok kat rumah, kalau malas masak hahaha.
 

ni lah kedai bfast aku hari2 kat Paris nih, sekali makan dalam 5 Euro jer, eh tak sampai kot. lebih kurang lah. 5-days Paris City guide tuh ada orang tolong print. so ada lah guide mana nak pergi. dapat 2 copy satu lagi guide kat London. 

Arc de Triomphe

ambik lah gambar puas 2 kan. ni dekat jer dengan street yang famous tuh, Champs Elysees tu la. 

jalan-jalan meuju Eiffel
tetiba ternampak puncak Eiffel celah2 bangunan hahahha
hmmmmm makin dekat dah tuh
tu dia!
Eiffel! I'm in love. eh tetiba lagi kan. kata kota cinta kan. menjejak cita la kan.

Notre Dame 



Kunci! hahaha. 


Musee Du Louvre
Lafayette. hmm takde lah shopping sgt pon, nama pon back pack kan. beli lah sebijik 2 bag etc. kat sini senang, lps tuh boleh terus claim V.A.T . kat tingkat satu tuh.
HRC Paris
 
 
 
3/12/2014 - Day 7
 
 
Fuhhh punya sejuk malam tadi tido, seb baik lama2 tuh ok, lambat kot heater berfungsi. pagi ni gi breakfast kat kedai yang sama lagi. pagi nih nak pergi Du Louvre semula, sebab semalam tak dapat masuk. hmmm, bila tgk kat google map pon memang tak jauh mana lah jalan. 1km++ jer, so aku decide nak jalan kaki jer lah. jalan kaki ke arah Arc de Triomphe semalam. Lps tuh ikut Avenue Des Champs Elysees. so boleh lah tgk atau singgah mana2 kedai yang berkenan, ni salah satu tempat untuk shopping jugak lah
 


nih lah heater hotel yang aku stay tuh hahaha
pemandangan sepanjang jalan

 
 
ok sampai kat Du Louvre tu orang tak ramai sgt lagi so takde lah beratur panjang. mak masuk kene bayar 12 Euro. untuk kids free. masuk2 tuh takde lah nak cover semua. besar jugak lah.  Niat nak tgk potret monalisa kan.

aku bayangkan besar lah potret ni macam potret2 lain yang terpapar. rupanya kecik jer. dah lah ken main ramai kot orang nak tgk. fuhhhh, memang sesak kejap kat area tuh. tapi kene lah bersesak jugak kan, dah sampai kot.




lepas tuh meneruskan perjalanan lagik, hmmm jalan kaki dalam sejuk nih best jugak, cuma kekadang memang tak tahan sejuk lah kan. pagi ni lagi sejuk rasanya dari semalam. tapi memang dah prepare lah kan. glove semua hehehe.

aku nak gi tengok satu architecture yang sangat menarik lah bagi aku. so jalan kaki lah aku ke Centre G. Pompidou, memang berhajat nak tgk sendiri building nih. yang nih ikut map jer, tapi macam agak bersimpang siur jugak lah jalan nya. kat paris banyak tanya orang sana sini. tgk pois banyak jaga traffic tanya jer lah kan hehehehe
pemandangan sepanjang jalan. 


tadaaaaa, ini lah building yang aku nak tengok tuh. 
Centre G. Pompidou
aku rasa unik lah building ni. kan....


ni kat bahagian dalam. dalam nih ada museum jugak, tapi aku tak masuk lah museum.


fuhh tak tahan sejuk stop minum kopi kejap kat Costa Coffee memang ada kat area tuh, sebelum meneruskan perjalanan.

lepas tu nk ke satu cathedral ni, Sacre Coeur, untuk kesana dari Center G. Pompidou ni aku naik tren, memang depan tuh jer tren nih.

ambik metro (tren) dari situ lupa nama ke Chatelet (naik line coklat -11) , lepas tuh tukar ren (line 4), ke Chateau Rouge. dari situ jauh jugak nak ke Sacre Coeur tuh, tapi biasalah kan menapak lah. bila tanya orang, seb baik ada orang nak tunjuk jalan yang lebih dekat.

Scare Coeur 







lepas tuh jalan balik, biasalah activity nak tengok tempat dan ambik gambar kan.  biasalah pengembaraan kan bergantung hidup dengan peta, google map dan citymapper. so tgk tuh nampak macam dekat jer main stesen Gare du Nord tuh. walking distance jer. so menapak lah ke sana, sebab area tuh memang ada banyak kedai halal, so boleh lah makan terus. so memang lunch kebab kat situ siap set dengan fries, fuhh aku memang suka lah kebab dengan fries sepanjang kat sana. fries dah lah besar2. fish n chips pon, tak kesah pon hari2 makan tu jer hahaha.
Gare Du Nord - main station

lepas lunch nak pergi Eiffel Tower lagi sekali sebab nak tgk masa pasang lampu pulak kan. hehehe

ambik metro tren dari Gare du Nord (line 4) ke St Mitchel. kemudian tukar tren line kuning (c) ke Champs de Mars. sampai lah ke Eiffel Tower,

Eiffel Tower lagi
Eiffel Tower di malam hari
 
 
 
lepas tuh naik tren balik ke hotel. skang dah tau nak turun kat mana yanhg dekat. jenuh lah study malam tadi kan. so dari Eiffel nih,
 
naik tren (line 6) dari Trocadero ke Chales de Gaulle Etolle. Then tukar tren (line 2 - biru) ke Ternes. so memang senang dan tak sesat lagi dah. jalan sket jer depan tuh hotel.
 
 
malam nih memang makin sejuk lah suhu. real feel memang dah below 0 degree.
 
 
 
4/12/2014 - Day 8
 
Last day in Paris. hari nih dah nak balik semula ke London. hmm bagi aku Paris nih ok - ok sahaja lah, London lagik Best lah. hahahaha. mungkin sebab bahasa dan keadaan simpang yang bersimpang siur, pengalam singkat di Paris takde lah hebat sangat. mungkin perlu pergi ke tempat lain France, Tolouse ke, Nice ke kan... lain kali ye.

hari ni kalau nak ikut kan adalah hari di dalam bas sedunia. awal pagi tuh, jalan2 kat street bawah hotel tuh. kalau kira hotel aku nih macam dekat area chow kit lah. eh, tpi chow kit lat paris nih best. takde bau busuk, tak takut. korang tau aku intai2 apa. aku intai tikus, tapi memang tak nampak lah pon. itu lah, nak carik hotel kemampuan aku yang dekat dengan serba serbi, ok lah hotel nih.

lepas check out, aku ke Porte Maillot coach station tuh jalan kaki jer. dalam 20-25 minit dengan beg berat so kira ok lah kan. bas gerak jam 10am. cuaca pagi tuh memang boleh tahan sejuk lah. owh ya, malam nanti aku nak teruskan perjalanan ke Scotland... hmm Edinburgh to be exact... lagik lah sejuk kan. so tahan jer lah. pagi nih having biscuit jer untuk breakfast. konon nak makan dan mengopi dalam ferri.

lepas check point, kat immigration tuh rasa macam lain macam jer. Alamak! bas ikut tunnel ke balik nih untuk melepasi selat Inggeris ni? hmmm betul lah, bas masuk dalam tren dan tren tuh lah bawak lalu ikut tunnel. fuhh memang kelaparan lah nak tunggu sampai london. dalam tunnel tuh cuma 45 minit jer. tapi time orang balik kerja agak slow jugak lah perjalanan lepas keluar tunnel tuh.
 

ni kira macam area chowkit lah kan.

tergedik2 nak beli buah. tapi tak terbeli. sebab sejuk malas nak makan buah hehehe

fresh sgt nampak buah sayur etc.

nih lah mega bus dari paris ke London
 
 
 
so bila keluar tunnel kira dah masuk UK lah kan. so dah dapat line , boleh lah whatsapp bagai. terus wa ke group UK, tanya ada tak kedai makan halal area victoria coach station tuh, dah sah2 lah ada kan. actually nak tanya dekat tak? kalau takde pon memang cadang nak gi makan kat bayswater atau Paddington lah sebelum gerak gi Edinburgh. memang ada pon kedai halal, banyak. even kedai dalam station tuh pon ada yang halal, TREATS kot nama kedai tuh, tapi kira snack lah kat situ, samosa etc. tengah lapar nih nak lah makan fish and chips atau kebab kan hehehe
 
 
kawan-kawan siap masukkan aku dalam group phd UK. so senang lah kalau emergency nak contact dorang. ok bila dah kenyang makan kebab otak laju jer berfungsi. Ujan renyai2 time tuh, tapi sementara nak tunggu bas ke Edinburgh malam tuh, jam 11pm. so sempat lah nak gi memana. tapi definitely taknak lah gi shopping kan.
 
 
hmmm pikir punya pikir apa kata gi HRC London, dekat jer sebenarnya. nak jalan kaki pon ok. tapi ujan sket, naik bas jer lah. beg tinggal kat left luggage. nak naik bas 38 dari Grosvenor Garden ke HRC London. hmmm kene jalan kaki sket dlam few minutes ke Grosvenor Garden tuh. Depan Victoria Station jer. memang bas 38 tuh stop kat Old Park Lane / HRC depan HRC jer lah. errr.... beli collective items jer bukan shopping kan. hehehe.
 
 
HRC ni memang walking distance jer lah dengan Buckingham Palace, Harrods etc. nak balik tuh menapak sampai depan Hilton London. then ambik bas 72 depan hilton tuh sampai ke Victoria station. ni kira memang betul2 Central London lah.
 
Dari VS tu, dok lepak minum kopi jap kat Pret - nih organic coffee katanya. lepas tuh dok lepak kat Victoria coach station, semntara tunggu bas ke Edinburgh. kali ni ambik Megabus Gold. so bas nih memang katil untuk tidor jer lah.
 
 
HRC London

ni lah megabus Gold. kalau naik lambat takde pilihan, kene duduk atas. kalau duduk atas macam sempit sket katilnya, cuma ada sket jer yang besar. tambang bas London- Edinburgh- London 60 pound jer. In fact sebelum nih aku boleh dapat dlm 50 pound dah lambat beli, seb baik maha; 10 pound je.
memula nai, bs malam, dapat lah mineral water ngan muffin. pagi sebelum turun dapat juice ngan croissant.

ini adalah mesin nak tukar syiling. kalau nak masuk toilet kan kene bayar 30P, so memang takde masalah, tukar jer syiling kat sini. senang kan.
ni plak tempat nak charge handphone.
 
 
huhhh panjang pulak entri kali nih. nak cepat habis lah nih kan. ok, cukup2 lah dulu, kita sambung lain kali ye. )

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan