Sedekah

Nak cerita pasal sedekah.#eh sedekah tak baik bgtau hehe. Okeh, ini bukan nak cerita pasal aku sedekah kat sesapa. Ni kesah peminta sedekah.

Biasalah kan, kalau dok lepak makan tu, ramai je yg dtg mintak sedekah kan. Dulu ingat yg bebudak asing tuh jer ada sindiket, lately ada jugak yg tipu. Hmmm macam2 cara nak dapat duitkan. Kadang2 mmg susah nak tau kan yg mana betul atau tidak. Tapi kalau kita nak sedekah tuh, kita ikhlaskan jer lah. Apa yg berlaku dibelakang tu, antara dia dengan Pencipta lah.

Aku sebenarnya dr dulu kekecik mmg kalau makan, makan lah, jangan dok buat mende lain. Even cakap pon takleh. Apa tak lagi nak buat urus niaga. kalau ada apa2 nak diskas pon buat lps makan. Apatah lagi kalau yg negatif atau sedih. Bukan apa situasi dulu, ayah balik kerja dah hampir senja, so dinner biasa lps maghrib. Sama ada ayah solat dirumah atau di surau. So lps dinner baru lah bukak cerita. Kalau berita gembira tak sabar nk bgtau, terbagitau jugak lah before dinner kekadang.

Tapi skang sambil makan tu lah kita nak share itu ini. So berbalik pada isu sedekah tadik, biasa tgh makan, kalau si peminta sedekah dtg, aku mmg malas betul nak bukak beg ambik duit bagai. Tgh ngadap rezki kot. Satu jugak masa kekecik mak aku cukup tak suka kalau kuarkan duit ketika makan, hmmm terikut2 jadinya nih hehe. Kalau yg dtg masa tgh tunggu pesanan sampai ok lah. Eh tapikan, masa tunggu order pon ada, tgh makan lps makan, haha.

Tapi itu terpulanglah korang camne, cuma kadang2 aku tak selesa. Lebih2 lagi bebudak asing tu kan. Biasa, kalau dorang dtg, sorang daripada kita yg duduk semeja tuh akan bersedekah. Baru nih, punya best, kebetulan tgh makan, bila ada peminta sedekah nih, 3 of us kat meja tu bagik. Ok lah tak kesah lah. Bila dah 3 org bagik, eh boleh plak dimintak kat all of us. Hmmm memacam kan.

Dah tercerita pasal sedekah nih, masa bulan puasa, aku ada ternampak seorang nih nampak lain. Seorang makcik dan anaknya, lain yg aku kata ni, dia tak lah nampak selekeh atau macam peminta sedekah selalunya tu, tapi anaknya sakit. Kalau tak silap, aku beberapa kali ternampak dia kat pasar ramadhan berlainan. Tatau lah, tapi bila nampak dia, terdetik dlm hati, mesti dia nak cukupkan duit unt kos rawatan anaknya tu. Tersentuh pulak rasa. Tapi apakan daya, kemampuan aku tak lah besar. Cuma yg aku mampu, berdoa, semoga org menolong dia. Dengan harapan, betullah sangkaan aku tuh.

Hmmmm punya lah takde cerita kan. Cenggini pon jadik hehe. Apapun, bersedekah lah dengan ikhlas :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

peribahasa : tiada beban batu digalas