cuti itu....bukan lah cuti....
image: google
hai korang!
ada ke yang masih bercuti...? best kan kalau cuti jer... tapi kalau tak buat keje... takde cuti lah kan. hehe. sebab bagi aku, cuti nih adalah berhenti sekejap dari kerja yang biasa kita buat. pandai-pandai jer lah buat definisi sendiri.
aku skang orang katakan sedang 'cuti belajar', eh bukan cuti dari belajar, tapi cuti untuk belajar. atas pilihan sendiri. takde sape nak paksa pon. haha. aku pernah jugak buat pilihan cenggini dulu, tapi keadaan adalah berbeza. sebab cuti kali nih aku rasa sangat sesak dada. sesak nafas. semua lah sesak kekadang. tapi pada hakikatnya, semua pon ada, susah senangnya. apapun kalau dengan izinNya semua pon boleh jadi. semoga dipermudahkan lah kan.
Pandangan orang: aku seorang yang sedang bercuti, mudah kemana kemari, sangat flexible. masuk kerja (ke library atau Uni) lambat atau balik awal takde yang kesah pon. nak pergi ke tak pergi ke takde sapa yang kesah pon. orang tengah bekerja sedap2 jer aku dok melilau kat shopping complex. orang sedang bekerja sedap2 jer aku dok minum kopi. orang sedang bekerja aku sedang tido. owh indahnya dunia KAN! haha. itu lah hakikat nya, yang dilihat pada zahirnya.
Yang aku alami:
ye, untuk sementara waktu, pengurusan masa aku adalah sgt flexible. bila kata flexible bukan beerti semua boleh lewat, semua boleh ikut suka. flexible tu, ada yang boleh dilonggarkan, ada yang perlu diketatkan. most of the time aku pergi library atau Uni sama time macam aku pergi kerja. adalah juga kadang2 lambat.
aku kadang2 bekerja waktu malam. kadang2 bekerja awal pagi. kadang2 tengahari. bekerja kadang2 kat library. kadang2 kat fakulti, kadang2 kat kedai kopi, hmmm kat rumah pon jadik. kalau korang nak tau, selepas jer aku mendaftar dulu, buat lawatan hormat jumpa SV, siap dah pesan, jangan dok buat kerja kat rumah, takut kerja rumah yang dibuatkan hahaha.
yang agak flexible jugak adalah pakaian. tak perlulah nak berpakaian rasmi sentiasa. tak perlu nak melaram sentiasa. #eh melaram ke pon aku nih? takat bedak, eye liner ngan lipstick jer pon. kebebasan ada lah disini. so, tak perlu lah beli baju cantik2 hehe. uniform aku skang adalah jeans ngan blouse or kemeja jer.
hmm, cenggitu lah hakikat sebuah kehidupan yang aku sedang alami skang hehe. tapi selalu jer kedengaran, "seronok ye orang cuti" , hahaha, tang mana seronoknya tuh? takper lah itu pandangan, hakikatnya kita yang rasa. kalau seronok, jom lah join sekali. tau taknak kan. hahaha.
sebenarnya, bekerja ke, 'bercuti' ke, kita ada tanggung jawab kita kan. laksanakan jer lah tanggungjawab kita tu dengan baik. kita nih melaksanakan tanggungjawab dengan bayaran. setimpal ke pelaksanaan kita dengan apa yang kita dapat? aku tak kata kat orang lah, aku pon sama lah kene hisab diri nih. lebih tinggi kedudukan kita, biasanya kita dibayar lebih tinggi kan. so ingat-ingat lah, sebenarnya besar tanggungjawab kita tuh. contohlah kan, kalau gi meeting takat dengar angguk, makan minum, defeat the purpose lah kot kan. hahaha.
hmm cenggitu lah, hakikat sebuah 'cuti' yang sangat besar bebannya. besar tanggungjawabnya. tetapi, aku yang memilih untuk ini, again, aku jugak dibayar untuk ini. banayk yang aku kene hisab balik diri nih. :(
ok dah lah ye, membebel banyak2 kang orang taknak singgah plak. hehehe.
Comments