"sebuah perjalanan yang SEPI"


image google

'Sebuah perjalanan yang SEPI' itulah ungkapan yang sedang aku lalui sekarang, bak kata orang british, a lonely journey! sebuah perjalanan yang dikelilingi oleh riuh rendah, hiruk pikuk kehidupan, tapi hakikatnya perjalanan ini adalah sepi, sunyi! kalau tak caya tanya lah orang2 yang seangkatan dengan aku.

Pada zahirnya aku bergelak ketawa. tetapi, perjuangan yang belum tiba titik noktah nih adalah sesuatu yang perit. ntah apa lagi lah rintangan dan halangan yang bakal ditempuhi dalam mencari titik noktah perjuangan ini. dapat ke aku mencari titik noktah nya. owh korang, tolonglah doakan aku. sesungguhnya itu satu faktor ketakutan juga, kerana walaubagaimana bagus pon kita, DIA maha berkuasa kan. 

Pernah jugak kadang2 aku kecewa dengan perjalanan ini, sipi-sipi kat ruang hati tuh macam terdetik sesuatu yang sgt negatif. TAPI, inilah sebuah perjalanan yang aku pilih. ramai orang lain jugak pilih jalan ini dan mereka berjaya. aku pon bermohon padaNya supaya perjalanan ini berakhir dengan baik. dan bukan aku lah orang yang mengalah sebelum waktunya.

kitorang ada satu group whatsapp untuk yang sama2 dalam perjalanan ini. disini lah kadang2 kitorang meluahkan rasa sedih dan gembira. sebab memang tidak ada orang yang paham apa yang kita alami. betul! mungkin aku yang hidup seorang diri ni akan berkata begitu. malah mereka yang dikelilingi orang tersayang pon rasa begitu.tapi dorang nih kadang2 boleh lah divert attention sket kadang2, katanya. sebab tu lah kitorang ada group wa tu. tapi kadang2 segan lah jugak kalau asyik nak merintih sedih kan. kang silap2 tak bergerak pulak.
macam-macam dugaan. dugaan yang berlainan walaupon matlamat yang nya sama.

dalam perjalanan sepi ini, kita boleh kehilangan semua orang. hilang kawan hilang saudara. siapa yang sanggup nak menjebakkan diri dengan ketidakstabilan kita. kadang2 aku rasa, aku kehilangan diri aku sendiri. STRESS je manjang. takut pon ada. walaupon pada zahirnya.......... dah memang hidup seorang diri macam aku, pada siapa nak mengadu? sesekali boleh lah mengadu kat group kan. ye lah dorang pon mengalami benda yang sama juga  kan. 

dalam perjalanan sepi ini, aku perlukan sokongan. sokongan untuk terus tabah menempuhi perjalanan ini. again, hidup seorang diri, saper nak nak berikan sokongan dan dorongan kan?*aku tak pernah lah salahkan itu.* hmmm, tapi itu bukanlah sesuatu yang boleh aku jadikan faktor untuk mengalah. ramai jer orang macam aku, atau lebih teruk dari aku yang berjaya. TAPI dalam hati ini, aku YAKIN, kalau mak dan ayah masih ada, mereka akan sokong dan doakan aku. mereka akan tetap sokong aku sepenuhnya. itulah KEKUATAN aku sebenarnya. kasih mak dan ayah sampai bila-bila. bak kata Osman Awang 'Kini kurasakan Kasihnya lagi, Meski Jauh Dibatasi Bumi'. 
*raya baru nih, sebak jugak bila pakcik yang paling aku rapat bertanya pasal perjalanan sepi ini. lebih sebak bila katanya, sempat ke tidak agaknya dia tgk aku berjaya mencapai impian aku. nangis! sebak sebab dialah orang yang kerap ambik berat tentang perjuangan ini. alhamdulillah ada gak kan . senyum!*

apapun, keyakinan tetap ada, dengan izinNya, setiap usaha akan berhasil. kadang2 bila google kesah ' a lonely journey' nih, macam2 dugaan dan cabaran yang mereka hadapi. sebuah perjalanan yang belum pasti nih sebenarnya, cuma kita hanya mampu berusaha dan berdoa. hmmmm, berbalik kepada entri sebelum nih, sebab tuh, walaupon orang selalu cakap ' best lah cuti ye' tapi tak ramai yang sama2 nak bercuti. so, sebelum nak luahkan 'ke-best-san' nya tuh, kene tengok balik kot, kenapa ada ketidaksanggupan untuk 'bercuti' itu.

*tukar font, kasi lawa sket* ada yang kata perjalan ini, adalah sebuah perjalanan yang penuh dengan 'sweat, tears and blood' . huhh jangan lah sampai ada blood kot kan, parah nanti kang. *walaupon masa buat entri nih menagis2 jugak sebenarnya. beriya buat entri sebab stuck nak analyse bende kecik pon tak dapat nih :( * banyak lagi lah istilah yang didengar. 'permanent head damage' ! fuhh seriau dan sgt takut lah kan. *kadang2 kan aku rasa aku makin pelupa skang, terutama bende baru lah. kalau ada sesuatu yang urgent, tolong lah ingatkan ye... :)*

kadang-kadang kan, terasa berada di tengah2 lautan, tanpa kompas, aku sendiri tidak pasti arah mana daratan yang boleh dituju. bila hilang pedoman macam nih lah jadi goyah nih. kadang2 aku dok diam2 sendiri, kadang2 mencari tempat untuk boleh bergelak tawa. *tuh lah orang kata kan, luaran nampak sihat, gemuk jer, dalaman belum tahu, hehe*

oklah, itu jer lah, sekadar nak kongsi rasa. suka duka sebuah perjalanan yang sepi ini. yang pasti bukan aku seorang sahaja yang menempah perjalanan ini. walaupon ada yang tewas. tapi ramai yang berjaya kan. semoga aku tergolong dalam golongan yang berjaya. *doakanlah yang terbaik untuk aku ye, itu pon satu sokongan yang sangat aku hargai :) *


Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan