Photobook aku!

Meh nak cerita pasal photobook. Dok dengar org ada photobook, nak gak ada. Takat nak jer lah, tak pernah lah usaha pon. Lagi pulak gambar2 aku mmg berterabur, hmm lagi lah tinggal niat jer. Tapi arituh, tgk kat groupon ada, terus jer beli. Walaupon ada halangan2 masa nak beli, pendek cerita berjaya gak beli hehe.

Masa memula tuh, download lah segala apa yg disarankan. *masa nih tak berjaya beli lagi* so sket2 susun gambar. Konon nak buat yang travel punya. So susun ikut tempat etc lah kan. Skali bila dah siap, nak submit order, tak boleh nak tukar ikut keperluan voucher yg dibeli, which is kene bayar banyak lah. *nih lah akibatnya bila voucher beli kemudian* . Cuba duplicate apa yg dah dibuat pon tak berjaya. Nak tak nak kene buat semula. Hmmm hazab lah plak nak cari balik gambar kat mana. Nak susun satu2 semula kan. Ntah, aku tak rajin lah kalau dalam keadaan masa yg limited nak buat plak semua skali tu kan. Hmmm kang silap2 mau expired voucher.

So dlm kepala masa tuh, jadikkan photobook jer dah lah, nasib lah caca marba pon *macam ni punya org pon ada kan*. Akhirnya susun jer lah gambar2 tu ikut suka, janji siap. So mmg siaplah. Terus jer submit order untuk printing.

Haha, walaupon tak cantik macam photobook orang, aku ada gak photobook hehe. Masa photobook tuh sampai, ada plak voucher discount. Dah mula dok pikir nih, tapi, masa singkat plak. Tgk lah camner, kalau sempat, sempatlah kan. Hehe.

Idea dah ada nih, tatau lah terlaksana ke tak. Limited time pon ye jugak. *alasan tetap kene valid* :p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Temuduga: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

peribahasa : tiada beban batu digalas