Xterra Malaysia 2013

Xterra Malaysia 2013. Your dirty weekend.
Pengalaman pertama untuk trail running. Aku nih trekking pon pernah sekali dua jer zaman dolu2. Tetiba nak join trail running kan. Seb baik berkawan dengan seseorang yang sgt adventure, so terjebak lah jugak aku skali.

Xterra nih ada triathlon. Owh, aku mmg tak mungkin lah nak lakukan itu. *cepatnya mengalahkan* sebab aku boleh swim pon dlm kolam renang yang tenang jer. Kalau dah ramai2 dan competing each other, no komen lah. Berbasikal pon satu hal. Berbasikal kat jalan rata kurang lah masalah kot. Tapi, kalau dah bukit bukau tu, tak boleh komen lah selagi tak cuba. *ada niat nak cuba ker nih?*

Untuk Xterra ni, aku join 5KM trail running jer. Seronok jugak. Berlari dlm hutan, semak samun. Naik turun tanah yang berselut. Naik turun bukit berbatu. Mengharungi lopak air. Aku takut jatuhhhhhhh! Dah pernah jatuh teruk dan masih berkesan sampai skang, so minda masih lagi dibelenggu oleh perasaan takut.

Aku mmg tak pikir ada lopak air bagai. Lopak ke tuh? Takungan air lah kot. Walaupon memang tau 'the dirty weekend' tuh. Dah lah kasut tak sesuai. Ada ke pakai kasut yg dah season kan. Fuhhhhh mmg bernasib baik lah tak tergelincir. *nak beli kasut unt trail run! Hmmm running shoes jugak*

Apapun, dpt lah jugak habis kan cabaran. Eh lupa nak cakap, ada satu kat tengah2 kawasan lapang tuh, diletakkan satu tangga. Anak tangga tuh boleh tahan lah jugak tinggi nak melangkah. Walaupun 3-4 tangga untuk naik dan 3-4 tangga jugak untuk turun *lupa bilangan anak tangga* tapi dlm keadaan tercungap cungap tuh, wooo payah sungguh rasa nak memanjat anak tangga tuh. Sekali dua pikir mmg nak join lagik lah trail run nih masa akan datang KOT.

Inilah 'produk-produk' untuk kurus yang aku dok invest. *walaupon tak gak kurus-kurus macam yg aku nak kannnnnn*

Dah bulan 4 tapi baru ada 3 medals.*hobi baru, kumpul tshirt, kumpul number, kumpul medal.*

Ok lah, jom lari... :p

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

RaYzeef said…
congrats Sid. sila beli kasut trail ya...baru best sikit lari :)
adenium said…
Rayzeef- thanks bro. hahaha nak kene carik kasut nih.
Unknown said…
bro, dpt finisher tshirt & medal ke utk category 5km trail run ni?
adenium said…
yahya mohamad - ye, finisher tshirt and medal for 5km finisher.

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London