Biggest Loser Challenge with Wardina (By Kevin Zahri)
The Biggest Loser Challenge. Bila terbaca jer pasal ni terus teruja nak join. Actually program nih bukanlah macam isihat yang jugak dianjurkan oleh Kevin. Ini lebih kepada usaha sendiri. sebab kita tak jumpa the contestants sampai lah ke akhir cabaran nih. initially i was a 6 weeks challenge, due to GE13, jadik 7 weeks.
aku memang nak sangat kurangkan berat badan nih. siapa taknak kan. buat lah jugak sendirik2, tapi susah jugak nak turun dengan consistent. competing with myself memang susah. kalau kita compete dengan orang tuh, at least bergerak lebih sket lah jarum weight scale tuh (eh, i guna digital weight scale lah hehe).
so niat memula nak masuk cabaran nih just nak motivate diri jer. sebab kadang2 asyik tersasar jer matlamat tuh kan. tapi bila dah dengar taklimat Kevin pada registration day tuh, terus set dalam kepala nak turun 6kg supaya boleh join dinner dengan para pemenang. tapi bila balik rumah, terus jadi tamak. terasa nak jadik champion untuk menang RM2000. menang cash is a bonus, tapi biasa lah, kalau dah challenge macam nih mesti aku nak menang jer kan. yes, aku mesti nak menang.
kalau duduk goyang kaki memang tak menang lah kan. walaupon sibuk itu ini, asyik stress jer pon, dah kebetulan banyak pulak bende nak kene settle etc kan. tetap lah berusaha. lebih2 lagik aku dah volunteer jadik case study masa hari pendaftaran tuh. dok berdiri kat depan kira kalori etc. so lagik lah berkobar2 nak menang hehe.
during that challenge banyak jugak lah aktiviti makan-makan. birthday aku, birthday anak buat lah, balik kampong lah. so kene jugak lah cheating kan. terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan, puasa lah esoknya kan. lagi satu masalah aku nih, tak reti nak makan salad ke, ulam ulaman ker. so kurang lah bonus untuk itu. tapi itu bukan lah alasan kan. hehehe
aku suka ikut cara kevin dalam diet nih sebab takdelah strict dengan tak boleh makan itu ini. makan lah apa sahaja janji calorie intake terkawal. lebih kurang macam tu lah. hmm, tapi walaupon mengawal bilangan kalori yang diambil, tengok lah jugak kandungan lemak gula dan seangkatan dengannya yang tak patut diambil secara berlebihan kannn.
dua hari sebelum hari penentuan, aku tgk dah ada contestant yang turun almost 10kg. down sekejap aku. terus hari esoknya berjalan kaki berkilometer, hahaha.
sedih jugak lah, impian untuk memenangi cabaran nih tak kesampaian. Tahniah kepada champion. aku dapat no 2 jer. tapi aku sgt lah gembira jugak. sebab berat tetap lah turun, masa challenge tuh, aku dapat kurangkan 8.8kg . walaupon cabaran telah berakhir, tapi perjuangan masih perlu diteruskan. ada lagi 10-15kg yang aku nak kurangkan. owhh, jauh lagi perjalanan ini. target aku cuma dalam 2 -3 kilo sebulan kalau boleh. :)
jom lah kita berusaha untuk jadik lebih sihat. amalkan gaya hidup yang sihat. :)
Comments