Lari...Lari...Kita lari...

Halluuu....
Meh nak citer sket preparation untuk aku join HM PBIM harituh. training takde lah hebat sangat. tak larat sebenarnya nak lari jauh2. berangan jugak nak buat LSD at least 30KM macam orang lain. tapi kemampuan tak ada.
sebenarnya kan, nak buat apa saja kita kene tau macamana nak buat lah kan. dengan kata lain, tak boleh lah main redah jer sebanarnya. kene belajar jugak.

aku skang giller kat kasut sukan lah. kalau dulu beli kasut ikut warna kesukaan, jenama fave, yang nampak cantik. bukan semua kaki kasut sesuai untuk semua kaki. pakai kasut nih almost 20km baru kaki sakit. hmmm ok lah kan. tapi kene belajar lagik lah apa yang tak kene. orang lain boleh lari 42km ok jer kaki kan, hehehe

beli botol air tuh. nasib baik tak beli yang 4 botol hehe. kadang2 aku bawak pouch jer bila berlari. tapi aku beli nih memang sebab aku dah register HM lah harituh. konon nak bakar semangat untuk training lebih, so macam-macam nak beli hehe. pakai nih best lah sebab tak bouncing. 

compression socks. hmm, nih last minute beli nih. memula berangan nak beli compression pant. tapi sebab baru balik berjalan, poket pun susut, memadai lah beli compression sock dulu. compression pant tuh mahal weihh. bagi aku mahal lah kalau rege macam bleh dapat 2 Levi's kan. best gak pakai socks nih, memang betis aku tak sakit sgt lah masa berlari. cuma kat jari2 kaki kurang compress. sbb tuh sakit kaki kot hehe. main taram jer

selain tuh, sediakan jugak lah diri supaya tak de-hydrate kan. sesambil ambik something untuk bagi tenaga cepat. aku siap bawak bekal sneakers lagi masa lari, tapi tak makan pon. macam2 dok pikir sebelum lari, kang kot takde tenaga kang camner hahaha. maklumlah, 1st time kan.

mende2 gini memang amat perlu lah, infact banyak dan macam2 sapuan yang dapat percuma. tapi tetap bekalkan yoko2 nih. next time nak beli salonpas spray tuh plak :P

ini adalah kaki yang keletihan. balik tuh, lepas breakfast, mandi dan tido. cuba untuk tido memula. sebab letih susah jugak nak lelapkan mata. tapi bila dah bangun fuhhh, kelaparan. so marilah kita load calories :p

aku rasa ini lah larian yang sgt seronok persediaan nya. dengan kerisauan, dengan segala macam rasa nak beli, apapun, untuk orang macam aku, dapat finisher medal 21km yang pertama macam mimpi jer. mimpi yang dah jadi kenyataan :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Temuduga: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

peribahasa : tiada beban batu digalas