Lautan Buku

Buku-buku-buku. Pencinta buku mesti tak lepaskan peluang untuk singgah ke BIG BAD WOLF baru-baru ni kan. Malah ada yang datang berulang kali. Owh this is my first time ever.

Aku mmg suka beli buku, tapi baca buku sangat slow lah kan. Teringin jugak nak gi BBW, tapi kalau nak meredah kesesakkan disiang hari kesana, hmmm memang takde lah kan. Kalau nak pergi sorang2 tgh malam atau awal pagi masa dorang buat 60 jam tuh, pon tak jugak lah kan. But thanks god, ada kawan yang dtg dari penang untuk beberapa agenda lain, then ajak aku kesana. So dah sah2 lah aku nak pergi. Katanya, dia akan cari jugak masa wpon pada jam 3 pagi. Yes, kitorang selesai pon almost jam 4 pagi.

Aku memang takde plan nak beli buku apa. Tatau nak beli buku apa pon. Sebb, ada a few buku yang not so tebal yang aku beli blom habis baca. Malah buku buku tebal, 'doctor in the house' dan 'steve job' pon blom abis baca. Hahaha... Cuma yg ada dlm fikiran aku adalah nak beli buku yang berkaitan dengan berlari. Yey, finally aku jumpa jugak. Walaupon satu jer. Then yang lain buku yang sgt menarik minat adalah buku2 masakan dan self development.

Aku rembat jugak 3 buah buku Nigella. Buku2 jamie oliver dan ramsay tak ambik pon, walaupon hati mmg nak. Aku cepat settle sebab kotak yang aku hold untuk letak buku dah berat sgt dah. Patut kene bawak beg troli kan. Yes, my fren memang dah siap2 dengan beg troli. Tapi mana nak menumpang, masuk2 je pintu, kita pakat gi cari buku memasing lah kan.

Aku yg tak terpikir nak beli buku pon merembat buku-buku. So mmg tak heran lah yang mmg dah plan nak beli tu, datang berkali-kali.

Skang aku rasa, semua bende yg nak dibaca pon mesti yg berkaitan ngan bidang study aku jer, hish ntah haper2 kan. Kalau nk baca buku lain, rasa macam bersalah jer. End up langsung tak baca apa2 pon.hehe.

So untuk tahun baru nih, aku plan, hari ahad, kalau aku nak baca pon adalah buku yang takde kaitan dengan study aku. Kecuali ada kerja penyelidikan yang perlu nak disiapkan. So, dengan cara nih, aku rasa aku akan dpt habiskan baca buku2 aku tuh. Dan jugak dapat belajar menulis dengan lebih baik. Tinggi harapan nih. :)

So sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Temuduga: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

peribahasa : tiada beban batu digalas