Buat baik berpada-pada

Buat baik berpada-pada... Buat jahat sesekali (eh cenggitu erk). Macam mana nak buat baik berpada2.. Kalau dah baik ..baik ajer lah kan. Kalau orang buat baik aku baik jugak lah..

Aku nih kalau depan org cenggitu, belakang pon cenggitu lah. Bukan lah aku malaikat. Tapi kalau nama manusia, kadang2 tak puas hati kat org lain biasa lah cerita kat yang rapat ngan kita sebb nak release kan apa yang terbuku tu. Tapi takde lah sampai buat fitnah ke..menuduh ke hapa kan. Dengan adik beradik yang asal dr perut mak yg sama pon kadang2 ada berselisih faham, inikan ngan kawan-kawan.

Dulu masa kat keje, aku mmg susah nak terus berbaik rapat ngan org2 yg baru masuk atau baru kenal. sebb dah pernah kene, kita tak usik dia, eh dia seronok jaja fitnah sana sini. Tapi aku tak kesah. Kerja aku jalan jugak. Rupanya, kalau kita tak layan lagik org tuh sakit hati erk. Hehehe. So memacam lah dia buat kan. Ikut suka ko lah.

Korang boleh ke, berkawan ngan orang yg bermuka2? Aku tak reti. Kalau dah tak suka, nih kira sakit hati sesangat lah kan, mmg aku jauhkan diri jer. Abis cerita. Selisih faham sesikit. Terkecik hati sket tuh biasa lah. Terkutuk, terkata, tergossip sesikit tuh mungkin lumrah kita manusia yg tak sempurna. Tapi kalau menjaja cerita yang aku tak buat. Takkan nak senyum lebar kan. Pls stay away!

Aku pernah cakap kat beberapa org yg rapat ngan aku, bukan aku memutuskan silaturrahim. Tapi elok lah jauhkan diri, daripada teraniaya lagi. Mungkin ini tak betul disisi agama. Tapi camner nak buat? Aku nih, bukan alim ulama kannnnnnn.

Aku tak paham dengan manusia sekeliling nih. Setiap manusia nih memang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Walau sikit pon mmg ada lebihnya, kurang mmg dah sah lah kan. Kadang2 kita mmg tak nampak lah apa kelebihan kita, sebab macamana kita nak rasa itu satu kelebihan, sedangkan org lain melambak ada yg lebih baik dari kita. Lain lah kalau ko mmg rasa ko jer yg terbaik. Eh, tapi kan korang, rupanya, yang ramai adalah org yang tatau kekurangan atau keburukkan dia. Standard lah... Kata manusia kan.
Eh aku tau kekurangan aku. Tiada harta dan rupa. Dah lah gemok, gelap pulak warna kulit. Ketinggian pon takde. Hahh apa lagi..berlari pon tak larat. Hahaha.

Tapi apsal nak jadikan kekurangan dan kelemahan aku sebagai bahan untuk nak cerita sana sini? Tak perlu kot.

Quotes sana sini banyak yang cakap lebih kurang macam ni 'orang yg suka sgt ambik tau hal org lain nih, adalah org yg dengki kat org tuh, atau pon dia tak puas hati dengan diri dia'. Bukan aku yg pandai2 kata. Tapi cerdik pandai sejagat yg kata cenggitu.

So sbb tuh lah aku malas nk confront ke, malas nak carik plak kelemahan dia untuk dijaja kembali ke etc lah kan. Aku cuma jauhkan diri jer. So paham lah kenapa aku jauhkan diri kan.

Buat apa ada sejuta orang kawan, kalau semua pon tak jujur. Cukup lah ngan yang tak ramai nih, tapi kita tak sakit hati.

Eh dah bertahun tak buat entri cenggini. Nih entri open, aku tak mention pon sesapa. Tak perlu kot ada yg nak terasa. #eh kenapa ko nak terasa? Kalau ko terasa mesti ko ada buat cenggini kat aku ke, kat org lain ke, atau apa2 lah kan. Hahaha warning sesiap, sbb dulu ada yg tetiba gi confront ngan kawan aku, bila baca entri cenggini. Macam aku specific tulis nama dia lak.

Sesekali bengang tak salah kot buat entri cenggini. Dah nak tahun baru, jom lah ubah mana2 yg perlu. Mmg takleh nak sempurna, tapi berusaha lah untuk menghampiri kesempurnaan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Gina said…
Salam Sid
Gina pun selalu juga terkena dengan kawan-kawan yang macam tu mmg sakit hati dibuatnya
adenium said…
gina - tu lah kan, mmg kene berhati hati. Sakit hati, sedih, geram, semua ada

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan