terumbang ambing
image google
hello everyone..
dah lama tak menulis kat sini. walaupun banyak jer nak tunjuk kesah makan2 nih. semua tersimpan dalam draft lagik. ok no worries. akan keluar jugak by next week.
kehidupan terumbang ambing jer lately. tido awal bangun lewat. tidor lewat bangun awal. tido awal bangun awal. macam2 lah.
eh gammbar kat atas tuh macam orang putus cinta jer kan. owh tidak lah. tidak ada kene mengena dengan perasaan lah. sekarang perasaan happy jer. berbunga bunga adalah kot. bunga bunga cinta? bunga bunga syurga? ok itu dah melalut. please not go there.
aku nih tak abis2 dengan kelas methodology tau. yang fakulti punya pon dah habis. dua tiga minggu lepas dok kena buat assignment yang ntah haper2 dari kelas tuh. kenapa aku kata ntah haper2, sebab aku memang tak buat approach tuh. so, macam sgt lah buang masa aku . experimental approach. dah tuh kene compare 2 thesis dan buat comparison lah kan. weightage hanya 5 marks sahaja. damnnnn. so aku buat kerja secara smart jer lah kan. selidik satu thesis, bagik kawan selidik satu then combine lah :P. hmm nsib baik normal approach takde assignment. paling best aku bosan terus keluar kelas. konon bijak sangat lah tuh. lalalala.
ok, again aku akan ada proposal defence lagik untuk kelas tuh. insya allah tak akan teruk macam masa kelas QA lah kot. belum sentuh lagik secara serious pon. sebab , hmm banyak sgt sebab dalam hidup nih. takper lah. memang nak kene buat dah nih. nak buat bersungguh2. kalau ok, next sem terus buat real punya proposal defence. SEMANGAT!!!
sehari dua nih jugak, aku dok sibuk belek MAMPU punya ICT Governance blueprint. rasa macam , dorang buat macam-macam lah. tarik sana sini, buat itu ini jer rasanya. takper, esok discuss ngan SV. tengok framewoek pon macam tak menyeluruh jer. eceh ceh, menyeluruh lh sangat apa yang aku nak propose tuh kan :p.
disamping tuh jugak, aku ada join kawan dari uni lain tulis paper, walaupon sangat jauh dari apa yang aku buat, tapi pada dasar asalnya, aku buat yang berkaitan dengan latar belakang aku jugak lah kan. tapi itu lah, demi nak dapat pengalaman. kuteruskan jugak lah. dengan pembiayaan sendiri, gagah jugak kesana nanti. yang best ada ISSN/ISBN, hahah jakunnya aku kan. orang tak pernah menulis macam nih lah.
eh cukup lah kot melalut mende nih kan. bosan kot kan.
:)
Comments
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !