Seorang Kawan Lama
Ptg tadi aku sempat berborak secara virtual dengan seorang kawan yang berada di -Kuching. Dulu kami sama-sama di INTAN – aku di Kiara dia di Kluang. Kini kami sama-sama kembali ke INTAN. Aku masih lagi di Kiara dan dia di Kuching. Ntah kenapa aku tetiba jer terasa nak visit Kuching. Sudah 3 tahun aku tidak ke sana…. Asyik ke Sabah sajer lately (sebelum inilah maksud aku…) Aku bagitau dia…
Pertama kali aku ke Kuching, aku berjumpa seseorang yang seterusnya menjadi kawan aku. Itulah kawan lama yang aku maksudkan.
Dia seorang kawan lama… tak keterlaluan kalau aku kata, kami pernah suatu ketika dahulu saling sayang menyayangi. Sayang aku pada kawan lama itu banyak faktor luaran kalau aku fikir balik, kalau kerana dirinya semata-mata, aku sendiri tidak pasti perasaan sayang itu akan wujud atau tidak. Maaf, itu pada fikiran aku. Walaupun kadangakala bila aku fikir kembali, ada juga kebaikan lain pada dirinya selain faktor luaran yang aku nampak. Mungkin perasaan sayang aku itu dulu timbul kerana setelah mengenali diri kawan lama itu, banyak kesenangan dan kemudahan yang aku perolehi. Bukan sifat aku sebenarnya to be an opportunist, tapi itu kelaziman manusia mungkin. Semenjak berkawan dengan kawan lama itu, diri aku seperti bukan lagi diriku yang sebenar ketika bersamanya. Bagi aku, he pampered me too much. Kalau dulu sebagai lone ranger, aku memang berdikari. Semua perkara dilakukan sendiri, tetapi sejak kehadiran kawan lama itu, aku seolah-olah tidak perlu banyak berfikir untuk itu dan ini. Itu cerita lama, sekarang aku kembali aku yang dulu. (aku sendiri tidak berapa pasti sebenarnya).
Tapi dah lama aku tak jumpa dia. Dah bertahun-tahun. Pernah juga sesekali sebelum ni aku dapat email dari kawan lama tuh, tapi aku menolak untuk jumpa dia, walaupun sebagai kawan. Sebab masa tu, aku ada seseorang yang aku sayangi (walaupun aku masih sayang dia). Tiba-tiba end of April, aku dapat mail lagi, kawan lama nak jumpa if I’m able to (tak memaksa katanya)…. Tapi kali ini aku nak jumpa dia. Mungkin Allah saja nak kami berjumpa untuk seketika, sebagai dua insan yang pernah berkawan. Walaupun dia menunggu aku lebih setengah jam, dan telah ambil keputusan untuk pulang sahaja. Tapi kami masih berselisih di tengah jalan, dan dia berpatah balik. Kalau tuhan dah nak kami berjumpa hari itu, itulah takdirNya. Kami jumpa sekejap jer, berborak hal semasa dan sempat juga mengimbas kenangan lalu. Itu saja, sampai sekarang kami dah tak hubungi antara saru sama lain lagi.
Itulah kawan lama yang pernah pampered me too much. Banyak juga memberi aku semangat, perangsang dan dorongan untuk terus maju dan berjaya dalam hidup. Thanks for everything.

Comments