Makan : Kulcats Barrio

Yuhuuuuuu, jom dinner!
Opsss masa nih aku gi dinner lah kat sini. selalu dok tengok kat IG Nabila Huda melepak kat sini. macam best jer. bila google tengok kt TTDI. hmmm kat Kajai 13 plak tuh. memang tak susah lah nak carik. TTDI nih kan dah macam kampung ai, hehehe.


nih dinner sambil celebrate brthday kawan, dah lepas 2 3 hari baru berkesempatan nak dinner sesama. 3 of us. bila dah set malam tuh semua free, so balik dr sekolah terus lah ke sini.
alamat kedai tu macam kat bawah nih. saper yang familiar ngan ttdi, kedai nih kat kedai tayar depan hong leong tuh. sederet ngan mini market azlinah *lama bertahan mini market nih, sejak2 aku kecik lagi dah ada nih*

bila baca review orang kata kalau weekend memang ramai orang siap kene beratur tunggu meja. hmmmm, hari yang kitorang pergi tu, khamis malam, pon sama. ramao beratur kat luar. kalau korang nak dtg 6 orang atau lebih boleh lah call dulu reserve meja. so memandangkan ramai yang menunggu kat luar, kitorang takde lah melepak lama sangat.

aku order steak malam tuh. "err, medium tu dia tak masak betul" . hmm mentang2 lah aku pakai selipar jer kan, dia risau kot aku tak pernah makan steak hehe. bagus lah tuh, kekadang kita nih main hentam jer kan. owh, by teh way, i'm the meat eater hehe. kekadang memang order medium rare. sebab yang aku tahu, steak nak sedap yang medium rare.
aku sangat puas hati lah dengan pesanan. rasa dia just nice. dah lah harga amat berpatutan. satu lagi order lamb chop. portion besar. memang puas makan lahh

teriyaki salmon! kalau penggemar salmon memang kene cuba. simple but tasty. pasta tuh pon digoreng dengan teriyaki sauce kot, errr basically rasa teriyaki lah. just plain pasta rasa teriyaki. best!

dessert time! fuhhh, tatau nak pilih apa. tapi kan, bagi aku dessert kat sini sgt murah lah. mostly rm10 jer. portion besar gak. tetiba aku rasa nak makan red velvet. aku ska lah, sebab light jer cake tuh, dah basah2 sket, hmmm tatau nak explain camner. bukan moist, tapi basah.
kat baah tuh tak ingat lah nama apa, tapi macam creme brulle. ok lah not bad. cuma aku tak minat sgt mende cenggini.

ada lagi order volcano milo. yang tuh pon aku tengok ramai orang order. aku order ar mineral jer, sebab nak makan dessert katanya. hehehe.
nak datang lagik, sebab nak try burger pulak. datang minum petang pon ok nih. sebb boleh try banyak dessert :)


so sesapa yang nak try, pergi lah, bagi memang tak rugi lah. :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Anonymous said…
makanan biasa je..ada ummph pun

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam