Hello Monday

Salam isnin.
Pagi nih rasa sgt terrible. Agaknya penangan long weekend. Satu kerja pon tak disentuh. Last buat kerja khamis malam. Tu pon just edit kerja siang tuh jer sket.

Owh, waktu kerja saya sgt flexible, waktu cuti pon kene pulun hehe. Kalau tak buat, terpaksa lah kerja lebih keras di hari berikutnya. Kenapa tgh banyak kerja pon stop buat entri nih? Sbb saya tgh takde idea nih. Hehe. Tapi esok ada discussion dgn SV. So sendiri kene ingat lah kan.

Seronok rasanya ujung minggu yang panjang baru nih. Penuh dgn aktiviti makan2. Hmm harini seluar pon dah terasa ketat. Macamana nih? Perlu balik ke pangkal jalan lah kan.

Selain aktiviti makan. Sempat jugak ikut kawan panjat bukit gasing. Fuhh kali nih kawan bawak kat the longest n highest track of bukit gasing tuh. Saya mengaku saya takde stamina. Terberhenti banyak kali. Tapi kita buat ikut pace masing2 lah. Sapa sampai atas dulu kene lah tunggu I yang tercungap2. Owh, salah satu sebab I kene fit, hehe

Shopping pon ye jugak. Hmm shopping ker? Lebih kepada topup barang keperluan jer lah sebenarnya. Kebetulan kat aeon dpt voucher kalau beli skincare/cosmetic dan fragrance. Aku biasanya mmg time cenggini lah topup skincare or fragrance nih. Time lain kecuali terdesak. Rasa sgt berbaloi sbb rm350 berbelanja dah dot rm50 voucher. Dah kebetulan nak CNY dpt extra voucher lagi. Which is boleh redeem 2 kali lah vouchernya. I suka tau kalau macam nih. Hehehe. Owh, I shopping kat jusco jerrrr, tak mampu kot nak shopping kat pavi dan setarafnya. Hehe

Dan lagi aktiviti cuti adalah tido. So cenggitu jer berlalu cuti panjang. Tanpa rasa bersalah tak buat kerja. Tetiba harini plak nak rasa bersalah. Apa hal kan?

Apapun kene sambung kerja lah pulak.
Happy monday all! :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan