B.O.R.O.S

halluuuu...

tengah malam nih malas pulak nak buat kerja, ehh dah pagi hehehe. nak rehat jap. jap lagik sambung hehehe. hishh tak disiplin langsung kan.

korang boros tak? hmmm, kalau cakap pasal boros, sebelum nak tentukan boros ke tak, hmmm terpulanglah camner kita define boros tuh kan. kalau aku, bagi akulah, aku define boros tuh sebagai, berbelanja melebihi kemampuan, membeli bende2 yang bukan keperluan dan yang seumpamanya. lepas tub plak, kene lah tgk kemampuan kita banyak mana kan. bagi aku aku nih memang boros. takleh lah ada duit sket ada jer nak beli benda yang ntah haper-haper.

dulu2 aku selalu terpikir, tak berkat ker rezki yang aku dapat nih? asyik tak cukup jer. pernah lah dulu aku rasa memang rezki aku tak berkat, sebab aku rasa sgt jauh diri nih dengan pencipta kita. bila muhasabah, ada yang tak kene. tak boleh nak buat banyak, buat sikt, oppssss, let's not go there, bukan nak bagik ceramah agama hehe. tapi aku rasa, aku nih boros, sbb rezki tuh tetap je ada. dah macam2 cara tekad azam taknak boros. tapi, tetap jugak susah nak berubah.

ok, mungkin bagik korang takde lah apa sgt kan, tapi bagi aku yang pendapatan tak lumayan nih, boros dah lah tuh. korang pernah tak berubah dari boros ke kurang boros? meh lah share tips. kekadang sesak nafas gak tgk hutang sana sini kan. hutang ngan bank lah hahaha. kereta lah, rumah lah, kad kredit lah. kalau dah hutang kad kredit tuh bagi aku memang berbelanja melebihi pendapatan lah kan hahaha. sendiri mau ingat lah.

bila nak hidup dengan financial freedom nih? so, aku punya azam skang nak menuju ke arah financial freedom. tapi bila bleh capai tatau lah kan. sbb sikap boros belum terkikis lagik. tapi kalau dah azam mesti ada target. dlm masa 5 tahun lagik pon tatau lah tercapai tak. tapi rezki sapa boleh jangka kan. langkah pertama aku buat skang, hidup bebas kad kredit. sbb ngeri tgk statement tiap bulan. aku dah amal dari september harituh. cuma, ada few utilities yang memang direct ke situ supaya tak terlepas pandang nak bayar, so memang ada jer lah perbelanjaan gak ngan kad.

cuma target taknak lah skang, ternampak jer bende yang berkenan takde duit pon bleh jer dapat. skang, kalau terguna mmg cepat2 je settlekan. sampai petrol pon aku dah taknak guna kad. kalau terguna cepat2 settle. fuhhh terasa lah sakit. mau taknya, baru terjaga dari mimpi yang pendapatan tak seberapa senang2 hati nak berbelanja hahaha. biasalah kan, dah sakit baru nak sedar. hehehe

hah, jangan ada yang ajak aku buat biznes yang kaya cepat dah lah, i tak minat. tak kaya cepat pon takper lah. hahaha. kata nak financial freedom tapi org ajak kaya cepat taknak plak. :P . ajak lah aku buat kerja yang related dengan apa aku buat oklah. baru jer kata tgh belajar takleh buat part time. hahaha, cenggini lah jadiknya, takleh nak melena time orang lena, kalau buat kerja part time. tapi memandangkan kerja part time adalah part of bende yang perlu dalam perjuangan aku skang, redha jer lah. kannnn.

nak harap buat duit ngan blog takde nampak jalan lah . hahaha, berapa orang jer pon yang singgah baca, takat lepas minum kopi jer lah kot kan.  tapi kan, kekadang kalau datang pikiran jahat tuh, hmmm kalau boros pon, selagi boleh apa salahnya kan, sbb rezki kalau ada, adalah jugak kan. hehehe, memang tak tercapai lah niat nak financial freedom kalau cenggitu.

apapun, yakinlah dengan rezeki kita. dah nama pon boros tuh membazir, macamana nak menjana rezeki kalau dah membazir tuh dah salah disisi agama.

ok, itu jer bebelan dinihari. :)

Comments

Harry said…
mayang.. lama tak jumpa dalam blog..
hehehe( walaupun jumpa kat FB)

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam