Penang Bridge International Marathon - PBIM 2013

Tahun ni adalah tahun kedua aku lari Jambatan Pulau Pinang. Tahun ni last lari kat jambatan ni. Tahun depan kat jambatan baru.
Larian tahun nih memang satu pengalaman baru. Tahun lepas aku lari 10KM jer, tahun nih aku beranikan diri unt ambik Half Marathon, 21KM. Kalau ikut sejarah larian, aku mula join tahun lepas, larian pertama masa SCKLM 2012, join fun run 5KM jer. Aku bukan lah seorang pelari tegar pon. Dah lah larian tak konsisten. Tapi ntah apa yang buat aku berani untuk register HM untuk PBIM 2013 pon aku tatau.
Selama ni, aku biasa lari 10km atau 12KM jer lah. Owh ada penah join MALAKOFF kat penang gak bulan March haritu, lari 17KM. Biasalah, larian aku nih kira run-walk punya style jer. Dah dekat2 nak lari risau jugak, so kalau trainning pon memang banyak jalan dr lari. Dah lah lately dengan kurang sihat etc. Terganggu jugak lah latihan tu hehe.
Paling takut bila seminggu lagi nak lari. Seriously aku tak pernah rasa macam tuh. Dah lah baru baik demam dan masih selsema. Tambah plak dengan period pain yang agak teruk. Biasalah sakit bulanan perempuan kan. Masa dah sampai penang aku memang tak yakin dapat habiskan 21KM dalam masa 3jam setengah. Tapi aku tekad untuk habiskan jugak larian tuh.
Malam sebelom lari tuh hujan selebat-lebatnya kat penang, makin menurun semangat nak lari. Tapi masa dah nak lari, hujan renyai2 sket jer, dan stop.
Larian mula jam 3am. Selepas reached 1km, aku start kira, another 20Km. Reached 2Km, another 19KM, woooo bosan, dan I stop counting. Seronok berlari atas jambatan mana ada peluang nak jejak kaki atas jambatan kan kalau tak join larian nih. Selepas jer U turn unt HM, dan reached 10KM, semangat naik semula, another 11KM. Tapi paling best masa dah reached 15KM, masa tuh aku yakin, aku boleh habiskan larian ni, dpt medal atau tak belom tentu. Masa tinggal lagi 3KM kaki dah mula sakit, kene pakai ankle guard kot lain kali. Masa tu tgk jam, owh kalau jalan kaki pon aku boleh habiskan dlm 3jam setengah nih. So masa tu dah banyak berjalan dr berlari lah.
Finally, aku dapat cross finishing line dlm masa 3:23 jam. Satu kejayaan baru bagi aku. Betul lah orang kata, starting is BRAVE,finishing is GREAT.
Banyak lagi nak kene tau selok belok berlari long distannce nih. Kawan2 dah mula kata boleh upgrade ke Full Marathon. Fuhh, masih jauh tu perjalanannya hehehe.
Terima kasih pada kawan2 yang banyak bagi kata2 semangat untuk aku lari HM nih. Untuk kawan aku Sunie Nordin jugak, yang sanggup teman aku trainning. Ja yang dah jadi running partner. Dan yang lain2 jugak hehe.
Tahniah kpd kawan2 yang berjaya buat FM. Tahniah jugak untuk kawan-kawan yang berjayah buat HM. Untuk semua yang buat 10km dan fun run pon tahniah. :)
Jumpa lagi PBIM 2014 - 16 November 2014.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








Comments

attyfir said…
Tahniah sid..
bila lah kty dpt join nie.
adenium said…
attyfir - thanks kakty :)

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London