Catatan Perjalanan : DUNGUN (lagi)

Perjalanan balik kampung. 2 hari 1 malam. actually planned nak balik minggu sebelum nya, tapi sebab macam2 hal lah plak yang tak dapat dielakkan, so, akhirnya balik lah jugak pada hari tersebut. 25 Oktober 2013. balik dengan haziq dan famili. saja lah nak surprise kan adik aku kat Dungun tuh. so tak bagitau langsung. lagi pon malas lah nak susahkan dia yang dalam pantang. tujuan utama balik nak tengok anak buah baru. baby girl, Zara Alisya. *betul kot eja cenggitu*

Lepas subuh bertolak dari Kl sebab nak bfast kat Kemaman. Jumpa kawan sekolah sekali, kebetulan aku order kueh ngan kawan aku tuh. so plan jumpa kat mana2 untuk breakfast. husband and wife tuh adalah kawan sekolah aku. the wife classmate masa f1-f3, the husband classmate masa f4-f5. tempat breakfast tuh memang terbaik lah. aku siap makan nasi kerabu dan nasi dagang. ye , dua dish at one go. *sebab tuh lah jangan heran walaupon aku konon nampak buat exercise jer, tapi tak gak kurus haha* sorry gambar makanan takde hehe.

balik kali nih weolls stay kat Mayangsari resort kat dungun tuh, bout 2km away dari rumah my sis jer. ada few hotel yang kitorang shortlist kan, tapi since laut bergelora, takleh nak ajak haziq main air kat pantai, let him enjoy unlimited time kat pool jer. so, aku decided nak ambik pool villa with 2 bedroom, ada swimming pool skali kat villa tuh. dengan harga yang reasonable dan berbaloi lah. *lupa dah, rm570 kot*

kalau ikut iklannya, memang 'pengalaman bali' lah. yes it is. cantik lah bagi aku resort nih. cuma maintainance kurang lah. banyak kene improve. dari segi bilik dan pool semua ok. kolam ikan kene bersihkan lah. public pool pon kene improvekan.

villa pool nih cenggini lah rupanya. memang dekat ngan pantai. kat entarnce tuh, lintas jalan jer pantai.

pool villa 12

ini yang aku cakap kene maintain sket. keruh dah kot air kat kolam ikan tuh. kang bleh jadi kawasan nyamok kang. *dalam bilik ada kelambu hehe*

dalam bilik.. lupa nak snap gambar. dah bersepah baru teringat. so lupakan jr lah hehe.

pool. seronok jugak lah. makpak dok santai kat gazebo, sambil ber-kudapan. anak dok swimming.

nih bathroom nya. open air. hehehe. belah depan ada pintu, belah tepi terbukak. hehehe. menariks

seronok lah this boy. petang tuh memang dia pulun mandi puas2. esok paginya, bangun tido, takde banyak karenah, sarung swimming suit, terus terjun kolam. air melepasi dada haziq. since dia dah belajar berenang *walaupon belum khatam dan belum pandai sgt* tapi dia dan boleh lah floating etc. dah tak takut air lah. kalau tak risau gak nak lepas dia sengsorang ngan air melepasi dada tuh.
e
the beach. aku penakut air. so, i suka lah kalau dok santai jer tepi laut. namun untuk snorkeling etc, hmmm, lain kali kita cerita lah hehe. dah nak masuk musim bah *tengkujuh* . ombak pon ala2 dah besar. tapi belum besar sgt lagik, kalau ombak besar, percikan air boleh sampai ke kereta kat tengah jalan tuh.

apa lagi kalau balik dungun takde citer pasal makan kan. pulut is a must! aku sangat suka lah pulut lately. tiap kali kalau my in-law nak beli bfast, memang aku pesan nih - beli seketul dah lah. end up dua ketul jugak. again, ai lah perabiskan semua. gambar makanan memang malas nak ambik. hehehe

so ccenggitu jer lah kesah perjalannan ke dungun harituh. sekejapan jer. on the way balik macam2 tempant singgah beli itu ini.

next time nak try resort lain plak, ada nampak resort yang best kat sana. tapi agak mahal lah jugak. hmmm tanjung jara tuh bila lah nak bleh duduk agaknya. nih kira rancangan mempromosikan Dungun gak nih kan. hehehe

welcome to Dungun!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - Amsterdam