Catatan Perjalanan: Patong Beach, PHUKET

Percutian pendek ke Phuket. ye pergi Phuket 2 hari jer. sajer lepak kat Patong beach. ambik flight awal pagi, MH798. flight ke Phuket ambik masa sejam lebih sket jer. tuh gambar bfast pagi tuh, ada nasi lemak ngan chicken noodle. i opt for nasi lemak. serious nasi lemak dia, memang macam nasi lemak kat rumah, bersantan cukup. cuma sambal udang ikan bilis macam masin sket. hmm camner nak cakap, rasa tak balance, lebih ke arah masin. ada ikan bilis dan kacang goreng gak ye. terbaik.

Sampai phuket pon awal pagi lah jugak. dah lah masa phuket awal sejam. dari airport kalau nak ke Patong beach harga teksi 800 baht*lebih kurang rm80* . tapi aku tunggu mini bas jer, so harga 160 baht. mini bus nih adalah van dorang tuh. cuma kene tunggu sket lah, takde lah terus jer bayar dan naik.

sampai hotel, bilik pon belum siap. aku stay kat Horizon Beach resort and spa ke cenggitu lah nama dia. ada dua branch kot hotel nih, satu kat Patong beach, satu lagi kat karon beach.

tujuan datang sini memang nak berehat melepak jer. takde cadang nak gi pulau ke hapa pon. aku kan penakut sket nak naik bot bagai nih. kalau takde pilihan on jer lah. dah nama pon nak melepak jer, so dok jer lah kat Patong nih.

gambar kaki kat atas tuh masa nak buat pedi mani lahkan. memang mende cenggini murah kat sini. memang tak lepas kan peluang lah. termasuklah body massage dan foot massage. beriya carik hotel ada spa, skali, buat spa kat luar lah sbb damn cheap! keluar dari hotel jer ada satu tempat massage pink! B.B massage nama dia. so meamng senang lah, balik jer singgah. budak2 urut tuh pon dah kenal aku. owh, orang kat kedai2 sekitar hotel pon bleh kenal dah aku, sebb mostly yang dok hotel sejengkal gan beach nih omputeh jer. tambah plak gi weekdays, hmm memang tak nampak muka melayu lah.

kat kawasan aku stay tuh, makan dan transport memang sgt mahal lah. tapi kalau setakat Jungceylon mall, hard rock cafe Phuket dan kawasan tarikkan lain adalah walking distance, so selamat lah duit transport.

selain tuh, kat sini memag murah lah kalau nak tempah suit. dan bleh siap sehari jer. so tenmpah lah jugak. *walaupon dah tak kerja, murah punya pasal, tempah jer* aku penah tempat paint suit kat KL yang cost me rm800, tapi tu dah lebih 5 tahun lepas lah kan. kat sini, aku tempah pant suit + pant bleh dpt 5000 baht jer. tuh yang tak kerja pon tempah gak tuh. Giller!!hahaha.

kat sini satu lagik yang murah adalah tatoo. kalau sesapa yang nak buat tatoo tuh mai lah datang. saper yang bleh buat lah kan. hehehe. kedai tatoo merata. sama macam tempat massage. kebetulan masa nak balik, kat airport, borak ngan sorang mamat Australian ni,Nick nama dia,  dia dah beberapa tahun dok Phuket, keje buat tatoo. so pelukis tatoo kat sini memang bleh survive lah.

the beach. cantik!!! different lah ngan beach kat kampung aku. masing2 ada keuikan tersendiri. kalau dok lama mau aku join omputih tuh berjemur dan mandi. tapi kali nih, aku dok melepak jerlah. kebetulan 1st day tuh hujan, memang sgt menepati tujuan gi nak berehat lah. melepak lam bilik jer. dah bayar hotel, lepak lah lam bilk kan. dah lah dapat upgrade bilik. pasal hotel nnt aku citer next entri ye

ada lagi gambar beach yang cantik2 termasuk gambar sunset, kat dalam camera. tapi malas nak upload. so mana gambar yang ada dlm phone jer buat entri. hehe. kalau nak tunggu uplead, dah berjalan ke tempat lain pon tak buat entri lagi kot kan.hehehe.

atas tuh gambar malam, sekitr hotel yang aku stay.
bawah: Hard Rock Cafe Phuket. masa nak sampai hotel dah ternampak, tambah plak walking distance. dengar nya ada orang tu *ROSE* hotel attach lagik ngan HRC nih hehe

nih satu lagi hobby baru. collect starbucks tumbler. hmmm tatau lah nnt mana nak letak the tumblers. skang tak banyak lagik. aku jumpa dua starbucks kat yang walking distance jer ngan hotel aku. satu kat Jungceylon mall, satu lagi kat hala ker banana walk. hmmm tapi sayangnya takde tumbler PHUKET. ada chiangmai jer. *tapi beli jugak! :p* *dah pesan kat ROSE, kalau dia jumpa starbucks dan ada tumbler PHUKET mintak belikan hehe*

malam sebelum balik, aku kene cirit birit yang teruk. makan tomyam pedas sgt kot. sampai dah balik kl pon sehari tak bangun sebab takut nak makan. haha.

balik ke KL pon flight pagi gak, MH799. kenapa MAS buat flight pagi buta? aku rasa sebab nak cater untuk omputih tuh balik ke negara masing2. dorang ambik MH untuk connecting flight. sebab masa pergi flight memang tak penuh. so terpikir gak, macamana MAS nak survive kan, comoared to AA. tapi masa balik KL, memang full house lah ngan omputeh tuh.

hmmm cenggitu jer lah cerita pendek aku di Patong Beach, Phuket. tapi kan, i will come again Insya Allah, untuk relak-relaks. suka lah tempat nih untuk berehat :)

cnantio next entry aku cter pasal hotel dan food plak ye.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

UmiMia said…
yer yer...nanti i carikan gak tumbler PHUKET tu...tak sabar nak pergi yeay....3 hari jer lagi...

Popular posts from this blog

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London

aku dan lagu : MIMPI YANG SEMPURNA - peter pan