Catatan Perjalanan: Patong Beach - the food

Sambungan kesah di Phuket. setakat pergi berehat dua hari, memang takde apa nak cerita. tambah pulak memang aktiviti melepak jer. apapun, nak jugak share makanan dia kan. hehe. *siapalah aku tanpa makan-makan*

Nasi goreng seafood. sedap. apa nama kedai makan pon lupa dah. ada jer kedai halal kat sini. harga lebih kurang 100 baht. *kalau tak silap*

order jugak fish n chips. portion agak besar lah dan puas hati makan. kalau makan fish n chips, apa nak kata kan. as long as the fish tuh ok, memang tak complain lah. hmm nih pon kira makanan senang kalau ada kat mana negara lah. harga 180 baht

nih makan malam yang sangat mahal. garlic nan + tandoori chicken, chapatti + chicken tikka + kuah dal + tea dengan harga 870 baht.

buah-buahan segar yang beli tepi jalan, makan dengan garam+asam tuh. lam gambar tuh, jambu batu dan nenas. ada gak beli mango. nenas dia memang serious sedap lah! biasa kalau gi memana memang takde lah nak beli buah tepi jalan. tapi Patong beach aku nampak agak bersih. ye besrsih lah. so ken main beli buah tepi jalan. or jabung bakar. ke sebab nih aku sakit perut hehehe. *no komen. perut memang sensitip*

nasi bentuk lurve! hmmm rasa sama jer ngan nasi kita hehe

steam fish ke apa ntah nama masakan nih. tapi memang serious sedap, ikan merah yang dimasak denganlime sket kot, coriander leaf nih memang manikkan aroma masakan kan. puah hati lah

tomyam yang sgt sedap, tapi sgttttt pedas. hmm tapi aku rasa mungkin bagi korang tahap pedas jer kot. aku yang memang tak makan pedas nih, berpeluh sakan lah.

pulut mangga. aku teringin sangat nak makan nih. sbb pernah tgk kawan aku gi main golf kat bangkok makan nih. tapi aku tatau lah versi nih sama tak dengan yang dia makan.  bila makan, aku rasa biasa jer. sebab pulut dia manis. aku expect pulut tuh tawar/lemak jer, mango pon dah manis. so takleh nak komen sedap lah.
cop! dah letk 3 benda berasingan cenggini, memang makan pulut dan makan mangga berasingan lah haha. teringat masa matriks gi umah kawan kat pasir mas, mak dia serve macam nih lah tapi bukan mangga, DURIAN. last2 aku surrender! tk reti makan. aku makan the durian jer. then makan pulut jer. hahaha *citer selingan*

petang tuh, jenjalan menyusuri pantai, stop lepak minum salted caramel mocha kat nearby starbucks. nih starbucks dekat dengan banana walk, memang cross the road jer beach nih. dah takde tumbler Phuket, Chiangmai pon beli gak ;p

masa nak gi arituh, haziq kata 'mamalong nnt tolong ambik gambar beach ye. haziq nak tengok.' i cakap sama jer beach macam kat Dungun, he said '; hazir nak tgk gambar beach kat Phuket' . haziq memang suka beach lah kot. kalau balik kampung, lalu kat beach memang dia akan bukak tingkap. *lagi cerita selingan*

hmm cenggitu jer lah citer makan kat Patong beach nih. dah gi pon 2 hari jer, ada apa nak citer sgt kan. hehe. nanti citer pasal hotel plak. *dah tatau apa nak citer kan*
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

attyfir said…
sedapnya pulut mangga.
adenium said…
attyfir - kakty, pulut tuh tak sedap..sebab manis, dah lah mangga manis :(

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London