Le Meridien Latest Recipe -Redefining Traditional Malay Cuisine


Selamat Menyambut Ramadhan.
bila nak menjelang bulan ramadhan, dah tentu kita pon mula lah mencari-cari tempat yang sesuai untuk sesekali berbuka puasa bersama keluarga atau kawan-kawan kan. di bulan yang mulia kan elok mengeratkan silaturahim :)
jom berbuka puasa kat hotel plak. kat Le Meridien Hotel. nak rasa air tangan Chef Zubir? siapa Chef Zubir? tak perlu kot kenal kan. sebab dah sah-sah semua pon kenal kan. lebih2 lagik yang tak miss tengok Masterchef.
 sebelum bercerita, meh nak tunjuk muka penulis blog nih ngan Chef Zubir. hehe. kalau selalu kita dengar chef Zubir dok ajar kelas masak, dok komen orang masak, kali nih, meh kita rasa masakan Chef Zubir plak :)

Buffet Ramadhan di Le Meridian bermula 23 Julai - 17 August 2012.  Bermula jam 6.30- 10.30pm setiap hari.
ISNIN-JUMAAT, 6.30-10.30pm.
RM128 (adult) RM64 (child)

ISNIN-KHAMIS, 9.00pm onwards
RM88 (adult) RM44 (child)

SABTU + AHAD, 6.30- 10.30pm
RM118 (adult) RM59 (child)

*Complimentary Parking on Fridays, Saturdays and Sundays
*Prior reservation is recommended to avoid  dissapointment.

untuk pertanyaan atau keterangan lanjut :
layari : discoverlemeridien.com
emel : dining.lmkl@lemeridien.com
call : 603 2263 7434

*price are subjected to 10% service charge and 6% government tax.



 *sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas*
jom citer pasal makanan yang dihidangkan plak. makanan utama sudah tentulah makanan tradisional melayu dan jugak beberapa pilihan makanan terbaik dari seluruh dunia.  bila sebut makanan terpilih dari seluruh dunia, kita akan dapat merasa makanan jepun, makanan barat dan juga disediakan 'Indian live cooking counters'.
yang menarik lagi, Chef Zubir cuba mengingatkan kembali 'childhood memories' dengan makan masakan ibu bersama-sama keluarga melalui masakannya.
antaranya hidangan menarik yang pasti menambat hati dan selera:
~sup jernih udang galah
~rendang ayam pencen pucuk ubi
~ikan kerapu rangup sos berlada bunga kantan
~satay kepal udang dan ikan a la thai
~sizzling makanan laut sos kacang hitam
~rusuk lembu panggang a la Monggolia
~solok sotong bakar lemak kuning
~pengat durian dengan pankek gulung dan macam-macam lagi.







kalau nak cerita memang tak habis. bayangkan punya banyak makanan yang dihidangkan. jadi, apa kata jom cuba berbuka kat sini bula Ramadhan nanti.
kalau tanya saya sendiri, memang saya tak akan lepas peluang untuk menikmati sashimi dan dimsum. raw oyster dan jugak kambing bakar. masakan tempatan memang pasti tak tinggalkan.
pengalaman baru menikmati ice cream kat sini. kalau biasa kita pilih perasa ice cream, scoope ke dalam mangkuk, pilih topping etc, dan nikmati, tapi kat sini saya dapat menikmati dengan cara yang berlainan dan pastinya besttttt. tak lupa juga jus kurma!

bila dihidangkan dengan pelbagai makanan yang terbaik dan lazat, memang berbaloi - 'value for money' kata orang.
lebih-lebih lagi bulan puasa. kadang-kadang sesekali nak juga merasa hidangan yang lain dari yang biasa.

lokasi Le Meridien strategik, boleh ambik pengangkutan awam jer ke KL Sentral, tak perlu bersesak di jalan raya.

so nih dah boleh plan lah slot untuk berbuka puasa. :)

Selamat Menyambut Ramadhan :)

Comments

mak aii...mahainya..hehe
adenium said…
zila -
haha, memang agak mahal lah.. tapi kalau sesekali nak merasai kelainan... main tutup2 mata jer kot.. heheh

Popular posts from this blog

end 2008 @ sri ayuthia

kata-kata hikmah penyejuk hati sendiri

Catatan Perjalanan: #UKtrip2017 #Europetrip2017 - London