Jom makan: MUKHA, TTDI
aktiviti makan yang dah terlepas hampir sebulan. dok dalam draft terlupa nak publish.
kalau dulu sebut saja TTDI nih,memang macam kampung halaman lah kan. memang dari kecik dah kat sini. walaupon bukan dok sini dari kecik, tapi selalu jer datang umah my aunty kan. eh, nih cerita makan bukan sejarah. hehe
okeh, ada satu tempat makan baru kat TTDI nih. eh ada a few sebenarnya. so let's start dengan MUKHA. sebelum citer kesah makanananya, aku nak cakap, aku memang suka kedai nih. suasana kat kedai nih pon memang best lah, kene jer ngan citarasa aku.
pizza. sorri, semua makanan pon dah lupa nama sebab dah sebulan lebih kot terperap dalam draft kan. pizza nih memang just nice untuk seorang makan. filling nya memang sedap dan padat, tambah pulak dengan cheese yang memang menutupi kesemua bahagian pizza itu. so sila buat andaian sendiri sebelum makan. aku dah rasa, aku suka.
sphagetti olio. di tambah dengan cili flakes memang menjadikan sphagetti ini agak pedas. memang sesuai dengan citarasa asia. terbaek!
kalau yang nak something light.boleh cuba kacang pool nih. ok lah kacang pool nih, not bad. takde lah kurang rasanya, cuma, aku dah merata makan kacaong pool, so kesimpulan aku ada lagik tempat yang lebih hebat. sampai kat singapore pon aku merasa kacang pool nih. hehe
scones! aku kan penggemar scone yang tegar. ok scone nih aku boleh kata best. aku memang suka traditional english scones. so kalau not to buttery, memang terbaek jer lah bagik aku. owhya, scone nih bukan kat mukha, tapi kat kedai sebelah. tapi kalau nak, boleh jer cakap kat staff MUKHA, dorang tolong uruskan.
masa aku makan kt sini, sham -SARAPAN tuh dok ada kat sini. nampak macam dok diskas something. nak buat shooting SARAPAN kat sini kot.
sesapa yang nak carik tempat santai nak makan, blh lah try makan kat sini.
alamt dia aku tak ingat. tapi nih kat rahim kajai 13. kalau korang tahu penang village TTDI, korang jalan ke belakang menuju pasar mini azlinah (eh korang tau ker, hahah). ala, menuju kebelakang ke kawasan perumahan tuh. :)
Comments