Catatan Perjalanan : KUL-CGK-BDO-CGK-KUL - the food


hai semua.
ok jom kita cerita pasal makan pulak. tak sah lah kan kalau tak cerita pasal makan. nih pon maa  yang sempat jer. tuh pon SEDERHANA tak sempat pergi. makanan padang, sunda pun tak sempat singgah. nih yang enjoy nih pergi dengan gang macam nih. semua pon kita boleh makan. bukan apa, kita kalau travel tak boleh ikut kepala kita sorang jer, tak bleh ikut tekak kita jer. sebab tuh aku kata trip aku ke INDIA dulu SANGAT BEST. bayangkan, dari aku knal sorang jer, terus dah jadik 12 orang yang boleh toleransi. SUPERB! eh melalut plak. haha
nih adala makanan kat food court manggaa dua tuh. sebelum fly dah makan McD, tuh kira breakfast. masa nih pon dah petang, memang harus lah makan dulu sebelum teruskan perjalanan ke bandong kan. masa dalam perjalanan ke bandong singgah jugak lah RnR. tapi penat ngantuk segala. takde masa nak ambik gambar makanan ye.
breakfast kat hotel. not so bad sebab ada beberapa pilihan lah. pilih lah mana satu yang berkenan. ada roti dengan omelette, chicken poridge (yang nih best) dan ada lah bebeapa pilihan lagi.
makanan masa seminar. memang best. hehe. memang kitorang dah kenyang pon makan jugak sebab nak try apa yang dighidangkan. kalau tak cuba tatau kan
nih pon masa minum petang kat universiti. mana yang sempat snap lah kan. tapi hari kedua, sebab tak larat dah nak makan. tuh teh botol. nih kalau gi indon memang tak sah lah tak rasa. walaupon aku takde lah fave sgt teh botol nih. sebab aku ada minuman pilihan hati :p
mee apa ntah dengan sup. mi nih, ala2 mi kicap kat tempat kita lah. not bad lah kan. burger triple layer kat McD. roti sandwich coklat, peanut butter pun ada. Sate. lupa dah sate apa. tapi dia macam daging yang di bakar. best
minuman pilihan hati adalah yang berkaitan dengan strawberry. sebab kat sini dorang memang blend strawberry tuh.mostly kalau ada strawberry dalam menu, memang aku order lah.
nescaffe dalam kotak nih pon memang pujaan hati. memang selalu lah singgah 7-11 dok beli air kotak nih, pagi malam. lalu jer singgah. beli
nih makanan kat food court sebelah HERITAGE. sesekali layan western. sphagetti bolongnase dan carbonara. chicken-apa-nama tatau dah,lupa dah. ngan sup ekor.
nih aku punya order, fish n chips. murah giller kot.berapa jer ntah rege. memula ingat yang bulat tuh squid. rupanya onion rings.
gado-gado dengan set nasi apa erk, lpa lah. nih makan kat kedai pak tamrin kot kat food court SARINAH tuh. tengok deco kedai nih,tak cayaa lah makanan nya murah giller.set nasi ayam lengkap tuh tak sampai pon 30k rupiah.
nih makan kat airport, sebelum terbang balik. airport biassalah mahal sket kan.
nih yang aku order. tak miss makan nasi woo. tapi macam frust jer, tengok gambar macam menarik. owhhh tipah tertipu. seb baik rasa sedap. :)

ok tuh jer lah ye :) .
nant aku ambung lagik cerita pasal hotek pulak.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Perjalanan : Perjalanan ke Beijing (I)

Temuduga: Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

peribahasa : tiada beban batu digalas